
Jika sebelum ini kami ada menyiarkan informasi tentang Touch n Go eWallet lancar kempen e-tunai rakyat yang membolehkan korang menerima RM30, sudah tiba masanya apabila esok merupakan hari untuk korang menebus jumlah kredit tersebut.
Menteri Kewangan Lim Guang Eng berkata, kerajaan memperuntukkan RM450 juta bagi tujuan itu di bawah pelaksanaan program e-Tunai Rakyat. Tiga pengendali e-dompet terpilih adalah Grab, Boost dan termasuklah Touch n Go.

Korang yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun layak menerima wang e-tunai tersebut.
Menurut laporan Malaysiakini lagi, pengendali e-dompet juga akan menambahbaik pemberian RM30 wang percuma yang dibiayai oleh kerajaan dengan memberi insentif tersendiri.

Ini bermakna, korang yang layak mungkin akan menerima lebih daripada RM30 melalui inisiatif tersebut dan jumlahnya akan diumumkan sendiri oleh tiga pengendali berkenaan esok.

Inisiatif ini dibentuk bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga terutamanya dalam sektor runcit.
So apa lagi guys, esok seawal jam 8 pagi korang dah boleh tebus di aplikasi yang dinyatakan tadi.
Cubalah buat, mana tahu ada rezeki.
“Moga Allah Perkenankan Hajat Kita Semua”, Agong Titah Lakukan Solat Hajat Lepas Zohor Dirumah Serentak Esok

Hari ini saja di Malaysia mencatat sebanyak 235 kes baharu Covid-19 dengan jumlah kes 2031 dan kematian meningkat sebanyak 23 orang.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Itali masih lagi mencatatkan bilangan kematian paling tinggi iaitu seramai 7,503 orang diikuti China (3,350), Sepanyol (3,434), Iran (2,077) dan Perancis (1,434). Jumlah bilangan yang dijangkiti pula hampir setengah juta orang iaitu 467,866 orang.
Terbaru, pegawai istana dan barisan frontliner juga ada yang telah disahkan positif Covid-19 dan perkara tersebut sangat menakutkan kita semua.
Titah KDYMM Agong
Oleh sebab itu, KDYMM Baginda Agong telah menitahkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk melakukan solat hajat di kediaman masing-masing pada esok hari secara serentak.
Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri didalam Facebooknya sebentar tadi.
Solat hajat selepas zohor
Waktu solat hajat tersebut adalah selepas waktu solat Zohor iaitu pada 27 Mac 2020 bersamaan dengan 3 Syaaban 1441H. Solat hajat ini akan dilakukan secara serentak untuk memohon kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.
Rata-rata netizen bersetuju dengan pelaksanaan solat hajat esok di rumah masing-masing!
Jadi, jom la rakyat Malaysia beragama Islam kita sama-sama turut serta bersama keluarga dirumah untuk mendoakan agar Covid-19 yang sedang menular di dalam negara dan juga dunia dapat dihentikan. Moga kita semua dirahmati oleh NYA.
Sumber : Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri
USM Lancar Nombor Pendaftaran Khas Dengan Bidaan Serendah RM250

Universiti Sains Malaysia (USM) secara rasmi telah pun melancarkan penjualan nombor pendaftaran khas USM 1 hingga USM 9999 hari ini. Pihak universiti berbesar hati mengekalkan kombinasi huruf USM bagi mewakili UNIVERSITI SAINS MALAYSIA dalam pemilihan plat khas ini.
Bagi korang yang merupakan warga dan alumni USM bolehlah memberi sokongan dengan membida nombor-nombor plat khas ini bermula pada 17 Jun 2022. Bidaan boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi carplates.my di Google Store dan Apple Store.

Korang boleh memulakan bidaan serendah RM250 bagi empat digit nombor pendaftaran, bergantung kepada nilai yang telah ditetapkan dalam sistem bidaan.
17 Jun 2022 – 20 Jun 2022 bagi nombor 1– 99.
17 Jun 2022 – 21 Jun 2022 bagi nombor 100 – 1999.
17 Jun 2022 – 22 Jun 2022 bagi nombor 2000 – 2999.
17 Jun 2022 – 23 Jun 2022 bagi nombor 3000 – 3999.
17 Jun 2022 – 24 Jun 2022 bagi nombor 4000 – 4999.
17 Jun 2022 – 25 Jun 2022 bagi nombor 5000 – 5999.
17 Jun 2022 – 26 Jun 2022 bagi nombor 6000 – 6999.
17 Jun 2022 – 27 Jun 2022 bagi nombor 7000 – 7999.
17 Jun 2022 – 28 Jun 2022 bagi nombor 8000 – 8999.
17 Jun 2022 – 29 Jun 2022 bagi nombor 9000 – 9999.

Menurut info yang dikongsi di laman Facebook rasmi Universiti Sains Malaysia, dana yang diperolehi daripada hasil penjualan nombor plat ini akan disalurkan bagi membantu pihak universiti menyokong mempertingkatkan lagi kerja-kerja penyelidikan yang sedang giat dijalankan.
So guys, kepada warga dan alumni USM jangan lepaskan peluang untuk merebut nombor pendaftaran khas ini. Ada jugalah kenangan korang sebagai warga USM kan. Hiks!
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Agong, Permaisuri Di Westminster Abbey Wakili Malaysia, Tapi Ada Negara Tidak Dijemput!

Westminster Abbey, London pada hari ini akan memuatkan kapasiti 2,200 orang dari seluruh dunia untuk istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II.
Lapor BBC, kira-kira 500 pemimpin negarayang terdiri daripada ahli politik, kerabat diraja dan tetamu asing menghadiri upacara berkenaan.
Ini termasuklah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mewakili seluruh rakyat Malaysia.

Selain baginda berdua, antara kerabat diraja dunia yang telah mengesahkan kehadiran mereka termasuklah:
Jepun : Maharaja Naruhito dan Maharani Masako
Brunei : Sultan Hassanal Bolkiah
Norway : Raja Harald V
Monaco : Putera Albert II
Belanda : Raja Willem-Alexander
Sweden : Raja Carl XVI Gustaf
Belgium : Raja Phillipe
Denmark : Permaisuri Margrethe II
Sepanyol : Raja Filepe VI, Ratu Letizia dan bapanya, Raja Juan Carlos I
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah & Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke United Kingdom bagi mengadakan lawatan khas mewakili Malaysia ke istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II, Isnin ini pic.twitter.com/fqiywDB7B9
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 16, 2022
Pemimpin Dunia
Sementara itu, pemimpin dunia lain dari pelbagai benua juga dijangka berada di Westminster Abbey bagi mewakili negara masing-masing dalam memberikan penghormatan terakhir . Ia terdiri daripada Presiden Ukraine dan isteri, Presiden Amerika Syarikat dan isteri, Presiden Perancis, Presiden Turki, Presiden Brazil, Naib Presiden China, Presiden Itali, Presiden Jerman, Presiden Israel, Perdana Menteri Ireland, Presiden Ukraine, Presiden Turki dan Presiden Korea Selatan.
Turut hadir ialah Perdana Menteri Kanada, Perdana Menteri Australia, Perdana Menteri New Zealand, Presiden Afrika Selatan, Perdana Menteri Bangladesh, Presiden Sri Lanka dan Perdana Menteri Fiji; yang merupakan sebahagian daripada pemimpin dari 56 buah negara Komanwel.
Tidak ketinggalan adalah pegawai atau duta daripada beberapa buah negara yang mempunyai hubungan tegang dengan kerajaan Britain seperti dari Iran, Nicaragua dan Korea Utara.
Namun, itu tidak bermaksud semua wakil negara akan dijemput. Rusia, Belarus, Myanmar, Syria, Venezuela dan Afghanistan ialah di antara negara yang dikecualikan daripada senarai jemputan.
Rusia dan Belarus dalam hal ini dikecualikan berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Khabarnya, presiden kedua-dua buah negara ini telahpun menghantar mesej takziah kepada Raja Charles III menerusi kedutaan masing-masing di london.
Wakil dari Myanmar tidak dijemput berikutan konflik politik yang sedang melanda negara itu manakala Afghanistan yang sedang ditadbir oleh Taliban juga tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Britain.
ARTIKEL BERKAITAN : AKHIRNYA, Raja Charles Beri Peluang Kedua Pada Putera Harry Sarung Uniform Rasmi – REMAJA
Selepas istiadat pengebumian diraja hari ini, kerandu Ratu Elizabeth II akan dipindahkan ke Istana Windsor di barat london menggunakan kenderaan diraja bagi majlis pemakaman.
Upacara di mana jasad Ratu Elizabeth II akan dimakamkan bersebelahan mendiang suaminya, Putera Philip; ibu bapanya, Raja George VI dan Permaisuri Elizabeth I serta adindanya, Puteri Margaret itu hanya akan dihadiri keluarga diraja.
Ia juga sekaligus menandakan tamatnya 11 hari Britain berkabung di atas kemangkatan monarki itu sejak 9 September lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.