Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 telah melabuhkan tirainya semalam dengan meriah. Selepas dua tahun rakyat Malaysia tidak merasai sambutan kemerdekaan tanag air, akhirnya rindu terubat juga apabila ia dapat disambut di ibu negaa.

ARTIKEL BERKAITAN : Selepas 15 Tahun, Ini Wajah Kanak-Kanak Viral Iklan Merdeka Arwah Yasmin Ahmad

Rata-rata warga kota tidak melepaskan peluang membanjiri kawasan sekitar Dataran Merdeka. Khabarnya ada yang sanggup tidur beralaskan lengan di situ seawal 4.30 pagi bagi memastikan mereka mendapat tempat duduk berhampiran dengan lokasi perbarisan.

Gigih betul!

“Korang Dah Kenapa?” – DBKL Kesal Landskap Di Dataran Merdeka ‘Lunyai’ Dipijak Orang Awam
Foto Via Harian Metro

Berbekalkan semangat patriotik yang tinggi, ramai juga dilihat sanggup bersesak di stesen LRT sekitar kawasan Masjid Jamek, Pasar Seni dan pusat membeli-belah SOGO sebelum berjalan kaki ke Dataran Merdeka.

Senario ini sememangnya membangkitkan rasa bangga apabila melihat rakyat Malaysia begitu mencintai tanah air dan ingin meraikannya dalam persekitaran masyarakat bermajmuk.

Begitupun, ada seperkara yang menyedihkan selepas tamatnya sambutan semalam.

Ads

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri menerusi foto dan video yang dimuat naik oleh pengendali akaun rasmi Facebook mereka. Ia menunjukkan landskap di Dataran Merdeka yang ‘hancur’ setelah dipijak orang ramai.

“Korang dah kenapa?

“Ada pula sesetengah di kalangan kita yang langsung tak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan. Langsung rasa tak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik. Semangat tu dah bagus..Tapi caranya tak betul,” catat DBKL.

“Korang Dah Kenapa?” – DBKL Kesal Landskap Di Dataran Merdeka ‘Lunyai’ Dipijak Orang Awam
FOTO : Faceboook DBKL
“Korang Dah Kenapa?” – DBKL Kesal Landskap Di Dataran Merdeka ‘Lunyai’ Dipijak Orang Awam
Keaadaan memilukan landskap di ibu negara setelah dibanjiri pengunjung sewaktu sambutan hari kemerdekaan semalam.

“Korang Dah Kenapa?” – DBKL Kesal Landskap Di Dataran Merdeka ‘Lunyai’ Dipijak Orang Awam “Korang Dah Kenapa?” – DBKL Kesal Landskap Di Dataran Merdeka ‘Lunyai’ Dipijak Orang Awam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan pelbagai pendapat. Ada yang kesal dengan situasi ini.

Ads

Begitupun, tidak kurang juga yang berpendapat ia berlaku di luar kawalan dengan kehadiran lebih daripada 70,000 orang di kawasan berhampiran Dataran Merdeka.

Ada yang mengatakan Dataran Merdeka tidak sesuai lagi dijadikan lokasi acara besar-besaran seperti sambutan Hari Kemerdekaan dan sebaiknya diadakan di lokasi yang lebih luas seperti Putrajaya pada tahun-tahun akan datang.

“Korang Dah Kenapa?” – DBKL Kesal Landskap Di Dataran Merdeka ‘Lunyai’ Dipijak Orang Awam

“Korang Dah Kenapa?” – DBKL Kesal Landskap Di Dataran Merdeka ‘Lunyai’ Dipijak Orang Awam

Ads

“Korang Dah Kenapa?” – DBKL Kesal Landskap Di Dataran Merdeka ‘Lunyai’ Dipijak Orang Awam

Apa-apapun, bagi REMAJA sama ada sesebuah lokasi itu besar atau kecil bukanlah alasan untuk kita merosakkan harta benda awam termasuklah hiasan landskap.

Seharusnya, sikap dan mentaliti pengunjung seperti kita juga memerlukan perubahan. Apa pendapat korang?

Sumber : Facebook DBKL

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI