Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang terindah dan dikenang sepanjang hidup, selepas penat lelah selama bertahun belajar hingga bergelar graduan.
Disebabkan oleh penularan wabak-Covid-19 di seluruh dunia termasuk Malaysia, beberapa universiti awam tempatan terpaksa menangguhkan sesi konvokesyen di kampus masing-masing sehinggalah kemaskini terbaru diterima mengenai perintah kawalan pergerakan.
Terbaru, UiTM keluarkan idea yang menarik dengan mengadakan majlis dilakukan secara temu janji serta menggunakan teknologi skrin hijau.
Graduan perlu melakukan temu janji untuk hadir ke konvokesyen pada skala mikro ini. Selepas menerima waktu temu janji menerusi SMS mereka perlu ke kolej untuk mengambil gambar konvokesyen yang berlatarbelakangkan skrin hijau. Imej ini kemudian akan dimanipulasi dengan meletakkan imej latar belakang dan bergambar bersama canselor atau naib canselor.
Tbh i want actual convocation ceremony bukan amik gambar dekat green screen je i nak jumpa my friends 😭 pic.twitter.com/B93qnUez5m
— Ayaa (@DearAliaa) June 24, 2020
Selepas itu mereka dibenarkan bergambar bersama ahli keluarga untuk merakamkan memori hari yang bersejarah ini. Majlis konvokesyen yang biasanya mengambil masa berhari-hari untuk raptai dan separuh hari lamanya untuk hari sebenar kini hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk selesai.
Serius la 15 minit je dapat jubah konvo ni.
Namun, rata-rata pelajar memberikan respon yang kurang bersetuju dengan keadah yang ingin UiTM lakukan ini di laman sosial.
Ini ialah langkah yang diambil oleh UiTM untuk memastikan graduan masih boleh menikmati majlis konvokesyen dan pada waktu yang sama mematuhi pembatasan sosial untuk mengelakkan penyebaran Covid-19.
Namun ada juga yang berfikiran positif dan menyambut baik idea majlis konvo secara green screen ini.
Bagaimanapun, sebelum ini Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA ) juga ingin menggunakan robot sebagai ganti graduan tetapi menerima tentangan. Ini adalah sama seperti yang telah dilakukan sebuah universiti di Jepun.
So apa pendapat korang tentang idea majlis konvo secara grewn screen ni, yelah majlis sebegini bukan selalu dan akan diingati sampai ke anak cucu nanti kan.
SUMBER: UITM & Twitter