“Korang Tak Perlu Kejar Cinta Seseorang, Buang Masa” – Zarina Anjoulie Bagi Pesanan ‘Kakak-Kakak’

Share

 

Ada tak di antara korang yang merasa lonely semasa musim PKP ini?

*Me, guilty!*

 

Yang lonely itu satu golongan. Yang tiba-tiba clash semasa PKP pun ramai!

Dalam diam, ramai yang hadir mengadu masalah hubungan mereka kepada selebriti, Zarina Anjoulie. Siapa sangka, Anju memuat naik video untuk memberi nasihatnya sebagai ‘kakak-kakak’ kepada remaja yang bergelut dalam masalah perhubungan.

“Korang tak perlu kejar seseorang untuk mendapat cinta dan perhatiannya. Jika korang dapati diri korang mengejar dia, that person is not for you.

“Cinta seharusnya tak berat sebelah dan cinta adalah a-two-way-thing. Kedua-duanya perlu melakukan tanggungjawab masing-masing. Bukannya sesiapa kena buat lebih. Bukan dia, bikan korang. Jika korang mulai terbeban dan merasa korang perlu buat lebih, ada masalah di situ.

“Ya, cinta dan disayangi itu memang perasaan yang ‘sedap’.

“Tapi sebelum korang menjumpai the right partner, korang perlu belajar untuk mencintai diri sendiri dulu. Kita sendiri dulu okay.

“Yang penting, sama-sama kena contribute (kepada hubungan itu). Kena keluar sama banyak (mungkin duit), kena sama-sama jaga hati masing-masing.

“Dulu saya pun terkena juga perangkap cinta ini. Mereka tak tahu yang saya ini special

. Masa saya gemuk, pendek mereka tak nak. Bila dah cantik sikit, baru nak. Tak payah,” pesannya sambil mengingati semula zaman bercinta semasa muda gituh!

Ada benarnya gaiss. Janganlah kita terlalu taksub ingin mencari pasangan hanya disebabkan kawan-kawan kita semua dah taken.

Lebih baik untuk menunggu pasangan yang sesuai daripada terjerat dalam isu hubungan tak ke mana. Cer tonton video penuh di bawah.

 

Published by
FZ