Whoa, whoa. Dah lama kita tak menonton semula filem ‘KAMI’ dari tahun 2008.
Mungkin juga ada sesetengah daripada korang yang tidak perna menonton drama bersiri KAMI di saluran 8TV da seterusnya KAMI The Movie di pawagam kerana terlalu muda untuk menghadam content yang ada. Senang cerita, tak cukup umurlah!
Namun pada hemat REMAJA, KAMI ialah antara karya coming-of-age
terbaik yang pernah dihasilkan oleh produksi di Malaysia. Ia sangat bertepatan dengan isu yang dihadapi oleh remaja pada zaman itu dan pada zaman sekarang. The years may have gone past but the issues remain the same.Malah ada isu yang dipaparka dilihat taboo di kalangan masyarakat kita. Tapi guys, itulah hakikat sebenar yang sedang berlaku kepada sesetengah remaja kita.
Filem terbaru yang juga berkisarkan dunia remaja ialah Busker yang dibintangi Daiyan Trisha dan Hafeez Mikail.
Selain itu, kita ketandusan filem bergenre ini.
Betul tak?
Not for long. Kini, sebuah lagi filem remaja bakal ditayangkan tak lama lagi! Berjudul Menunggu Pagi, ia adalah sebuah naskah dari Indonesia. Dan kalau korang sukakan KAMI, 99.9999% korang akan sukakan Menunggu Pagi juga.
Idea produser Adi Sumarjono dan pengarah Teddy Soeriaatmadja ini berlatar belakangkan festival muzik terbesar di Indonesia dan Asia iaitu DWP.
Kata Adi dalam temu ramah bersama media di Indonesia, “Ia mengangkat Pop Culture dan budaya millenial yang bergantung harap kepada muzik. Ceritanya memang berkait rapat dengan anak muda bandar.”
Menunggu Pagi juga dibintangi oleh pelakon muda berbakat seperti Aurelie Moremans, Arya Saloka, Mario Lawalata, Arya Vasco, Bio One dan ramai lagi.
“Filem ini adalah filem comeback untuk Teddy setelah 5 tahun menyepikan diri. Bila Teddy keluarkan filem baru, kita semua tahu ia bagus!”
Tak sabar untuk menunggu tarikh tayangannya sekitar akhir tahun ini. But for now, apa kata korang tonton dulu klip teaser ini.
Best tak?