Jika sebelum ini kecoh bila ramai yang mengeluh begitu ‘susah’nya nak melancong ke Australia, kini nampaknya giliran jabatan imigresen Korea Selatan pula yang mengawal ketat kemasukan pelancong dari Malaysia.
Seperti Australia, disebabkan terlalu ramai pekerja tanpa permit yang bekerja haram di negara mereka, jadi sekarang ni kalau korang nak bercuti ke Korea, mungkin pihak imigresen disana agak sedikit ketat.
Menurut perkongsian dari Pemburu Tiket Murah, baru-baru ini terjadi satu insiden apabila seorang lelaki ini hampir dihantar pulang oleh imigresen Korea Selatan sewaktu ingin melancong ke sana.
Oleh kerana tidak tahu itinerari sepanjang berada di sana kerana menyerahkan semua urusan kepada isterinya, dia ‘tersangkut’ selama 4 jam dalam sesi soal jawab.
Perkara sebegini sebenarnya memang boleh terjadi dimana-mana airport. Jadi, apa yang korang boleh buat adalah dengan menyediakan perkara-perkara berikut:
a. Print tiket penerbangan dan itenerari
b. Tempahan hotel dan penginapan
c. Duit yang cukup
Letak semua dokumen-dokumen ini dalam satu folder bagi memudahkan urusan sekiranya disoal siasat oleh pihak imigresen.
Bagi yang pergi berkumpulan pula, make sure semua ahli tahu kemana destinasi yang ingin dituju bila sampai ke negara tersebut. Jangan serahkan pada seorang ahli saja untuk uruskan itinerari. Biasanya, individu yang tak lepas dalam sesi soal jawab bersama imigresen ini adalah mereka yang tak buat ‘homework’.
Kalau korang boleh menjawab tanpa ragu dan yakin, insyaAllah semuanya akan berjalan lancar.
Tak perlu takut untuk melancong kalau korang memang datang nak bercuti. Hiks!
Sumber: Pemburu Tiket Murah