Korea Selatan Negara Dengan Kelajuan 5G Terpantas Di Dunia

Share

5G merupakan teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima dan lanjutan daripada generasi sebelumnya, 1G ke 4G. Namun begitu, teknologi 5G ini mempunyai keupayaan yang berbeza berbanding teknologi sebelumnya.

Antara sifat utama 5G adalah seperti berkelajuan yang tinggi, kadar lengahan yang rendah (1 milisaat) dan mampu menghubungkan lebih banyak peranti bagi setiap 1 km persegi.

Berdasarkan laporan dari SpeedCheck, Korea Selatan menduduki tempat pertama di dunia daripada segi kelajuan muat turun. Kelajuannya mampu mencapai sehingga 449 Mbps, iaitu kelajuan muat turun median bagi 5G.

Foto: PCMag

Keputusan ini diperoleh berdasarkan ujian yang dilakukan sepanjang tempoh antara Februari sehingga Mac 2021. Manakala Malaysia mempunyai kelajuan muat turun 4G sekitar 10.343 Mbps sahaja.

Melalui akses ke internet berkelajuan tinggi ini, bermakna lebih ramai rakyat Korea Selatan yang dapat menikmati manfaat 5G menerusi muat turun fail besar yang lebih pantas, penstriman video berkualiti tinggi, permainan dalam talian bebas lag, dan sebagainya.

Gambaran di bawah menunjukkan antara negara-negara yang mempunyai kelajuan muat turun 5G terpantas.

Hm, nampaknya negara kita masih jauh untuk menandingi negara-negara tersebut dalam mendapatkan kelajuan capaian internet. Maka, tidak hairanlah ramai yang bergelut sewaktu sesi PdPR kan?

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman