Korea Selatan Lancar ‘Kosk’, Pelitup Muka Yang Hanya Menutup Hidung

Share

Sudah lebih kurang dua tahun masyarakat dunia terpaksa ‘hidup’ bersama virus COVID-19 yang nampaknya masih belum beransur pulih, malah hari demi hari macam-macam pula varian baru yang muncul.

Kita juga sudah terbiasa dengan SOP yang ditetapkan dan sentiasa mengenakan pelitup muka ketika berada di tempat awam. Sejak pandemik ini, pelbagai rekaan pelitup muka wujud gara-gara ingin memberi keselesaan kepada pengguna.

Terbaharu, Korea Selatan telah memperkenalkan pelitup muka yang hanya melitupi hidung dikenali sebagai ‘kosk’, iaitu gabungan bahasa Korea ‘Ko’ bermaksud hidung dan ‘Mask’. Ia dikatakan dapat memudahkan pengguna untuk makan dan minum.

Foto: 9News

Walau bagaimanapun, rekaan terbaharu ini telah mendapat perhatian ramai apabila ada yang mendakwa ia tidak berkesan langsung untuk mengekang penularan COVID-19.

Sumber: Twitter

Pelitup muka terbabit mempunyai dua bahagian, iaitu satu daripadanya boleh ditanggalkan untuk membiarkan mulut terdedah atau memberikan tahap perlindungan semasa makan. Difahamkan, buat masa ini pelitup muka tersebut hanya dijual di negara itu.

Segelintir daripada warganet menyifatkan penggunaan mask hidung ini tidak masuk akal dan mustahil dapat mengelakkan virus itu.

Sumber: Twitter

Walau bagaimanapun, ‘Kosk’ telah menerima penarafan lima bintan di platform dalam talian Coupang dan dijual dengan harga 9,800 won (RM34) untuk sepeket yang mempunyai 10 pelitup.

Apa pula pendapat korang? Percaya atau tidak tentang keberkesanannya dan jika dijual di Malaysia adakah korang akan membelinya?

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman