Mungkin tak ramai yang tahu tentang penyakit ekzema kerana menganggap ianya hanya dihidapi oleh bayi atau kanak-kanak saja.
Namun begitu, sebenarnya ada juga golongan dewasa yang berhadapan dengan masalah ini. Ekzema merupakan keadaan radang pada kulit, disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang nampak seperti kulit melecur yang berair dan menyebabkan kegatalan.
Bagi individu yang mengalami ekzema, pastinya mereka sangat faham akan situasi ini dan berusaha untuk mencari ubat yang sesuai bagi mengurangkan gejala penyakit ekzema.
Jom kita baca perkongsian yang telah dibuat oleh Zaiazrien Akhmar tentang ubat-ubatan dan rawatan yang digunakan untuk mengubati masalah ekzema yang dihadapinya.
Simptom awal
Permulaan jadi mcm bintik-bintik air gatal atau orang selalu panggil kulat air. Mulanya ingatkan hanya gatal-gatal biasa dan hanya memembeli ubat di farmasi.
Tapi makin lama jadi makin teruk. Lepas satu jari ke satu jari kena dan disebabkan tak tahan gatal sangat, pergilah berjumpa beberapa pakar kulit dan doctor tetapi masih tidak elok. Kulit terus jadi kering dan merekah.
Bukan saja kering, malah sampai berdarah. Nak drive, basuh pingan dan masak pun tak ada mood. Sangat gatal memang tak boleh tahan.
Kos rawatan ke klinik pakar kulit bukannya murah dan hampir enam bulan rawatan dah cecah RM2,000 tapi masih tidak baik.
Sampailah tergerak hati nak ke hospital pakar dan disitu dimasukkan wad selama 5 hari untuk mendapatkan rawatan susulan. Alhamdulillah, kini beransur pulih dan berikut saya nak kongsikan prosedur perubatan daripada doktor pakar yang dirujuk dan semoga berfaedah kepada semua.
Jenis ubat
Ini antara ubat krim dan washing foam untuk tangan yang korang boleh gunakan:
Ads
Cetaphil cleanser- Ubat ini digunakan untuk mencuci tangan setelah melakukan apa-apa aktiviti
Daivobet- Krim malam
Cloderm- Krim pagi
Ceradan- Krim petang
Dan ada juga ubat pil untuk dimakan
Ads
Gambar sebelum dan selepas rawatan
Sebelum menerima rawatan dari hospital pakar
Time ni isi kulit pun Nampak. Bayangkan macam mana rasa pedih tu. Teruk gila, lepas tu busuk tak payah nak cakap. Air yang keluar daripada tangan tu busuk.
Merekah tangan bukan satu jari je tapi lima jari sekali
Ads
Tangan sampai mereka sebab terlalu kering dan berdarah
Hari kedua dalam tempoh rawatan di hospital. Merah-merah, time ni baru lepas sapu krim
Hari ketiga, tinggal menggelupas dan tak gatal lagi
Selepas 5 hari di wad, alhamdulillah yang kering semua dah baik
Walau bagaimanapun, sebelum mengambil apa-apa rawatan adalah lebih baik korang berjumpa dengan doktor pakar terlebih dahulu untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka.
Setiap individu mungkin mengalami tahap ekzema yang berlainan. Jadi, penting untuk korang kenal pasti simptom dahulu sebelum mencari rawatan sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz menasihati golongan selebriti tidak perlu melayan komen yang kurang enak daripada netizen atau ‘berperang’ dalam media sosial.
Selain itu, pelakon filem hit Sheriff: Narko Integriti itu juga memberitahu isteri tercintanya, Datin Diyana Halik sentiasa berpesan agar membiarkan sahaja komen netizen yang menulis perkara yang tidak baik.
“Saya pun kadang-kadang geram juga bila tengok ada orang komen bukan-bukan, tapi isteri saya selalu mengingatkan saya. She is my big alarm clock.
“Dia selalu cakap ‘kenapa nak layan semua ini, orang ada hak untuk bercakap’. Saya selalu nasihat kepada pendatang baharu, ada yang tanya macam mana saya bawa diri dalam bidang macam ini,” katanya.
Aaron berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan gala filem The Experts yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, sesiapa sahaja yang memasuki industri seni seharusnya menerima dengan hati yang terbuka apabila dikritik pelbagai pihak.
“Saya cakap, kalau masuk bidang ini, nak orang puji, siapa yang tak nak dipuji. Semua orang nak, tapi kena terima tiba masa orang nak kritik atau kutuk, kena terima sebab tak semua orang suka.
“Sebab lagi balas, ada saja netizen yang menjawab dan benda itu tak berakhir. Jadinya, cipta satu ruang untuk peminat dan netizen bergaduh,” tambahnya aktor kelahiran Singapura itu lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ramadan yang bakal tiba kurang dalam tempoh dua bulan ini pasti membuatkan ramai umat Islam yang berkemampuan memilih melakukan ibadah umrah di sana.
Tidak hanya ketika Ramadan, Makkah dan Madinah, bumi yang sentiasa barakah ini sentiasa menjadi pilihan umat Islam untuk dikunjungi.
Jika korang berpeluang mengerjakan umrah dan mungkin haji dalam masa terdekat ini, ketahui makna di sebalik 6 tiang yang ada di dalam Raudhah yang selalu dikatakan sebagai tempat paling mustajab untuk berdoa.
Masjid Nabawi sering menerima kunjungan umat islam kerana di dalamnya terletak Makam Nabi dan juga Raudhah, tempat paling mustajab untuk berdoa
Perkongsian ini telah dikongsikan oleh saudara Azrul Azbani di fbnya berkenaan maksud di sebalik 6 tiang ini. Ia bukan sekadar tiang tetapi punyai makna yang mendalam untuk kita merasai lebih dekat dengan baginda Rasulullah SAW.
Semoga kita menjadi insan terpilih di hari akhirat kelak.
Jom kita kenali 6 tiang-tiang penting yang ada di dalam Raudhah. Tiang-tiang ini bukan sebarang tiang kerana suatu masa dahulu tiang-tiang ini ada kisah-kisah yang hebat di sebaliknya. Antara Tiang tersebut ialah:-
Tiang Sarir- Tiang ini ialah tiang di mana suatu masa dahulu adalah tiang di mana tempat Nabi Muhammad berehat dan di sini dahulu ada pangkin di mana Saidatina Aishah R.A menyikat dan menyisir rambut Nabi (anak panah warna hijau).
Tiang Ali / Tiang Pengawal- Tiang ini dahulu adalah tiang yang digunakan pengawal sebagai port untuk mengawal rumah Nabi Muhammad S.A.W, di mana pengawalnya diketuai oleh Saidina Ali.Tiang ini merupakan tempat pertemuan Rasulullah dengan orang luar yang mahu bertemu Baginda.
Tiang Wufud (Deligasi) – Suatu masa dahulu di tiang ini digunakan oleh Nabi Muhammad untuk berjumpa dengan pemimpin dari delegasi luar yang datang ke Madinah untuk berjumpa dengan Baginda.
Allahuakbar. Inilah Tiang Aishah yang juga amat disukai oleh sahabat Rasullah iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidini Umat kerana inilah tiang Rasulullah selalu lakukan solat tahajut dan solat taubat.
Tiang Aishah – Tiang ni sangat istimewa, di mana di tiang inilah Nabi Muhammad selalu mengerjakan solat Tahajut dan solat Taubat setiap malam. Tiang ini juga turut disukai oleh Saidina Abu Barq dan Saidina Umar. Kalau kita masuk ke dalam Raudhah, cubalah untuk bersolat di tepi atau belakang tiang ni. Mintak doa banyak-banyak.Hanya kerana berbohong kepada Rasulullah, Abu Lubabah mengikat dirinya tiga hari di tiang ini kerana berasa malu dengan perbuatannya
Tiang Abu Lubabah (Tiang Taubat) – Tiang ini adalah tiang Abu Lubabah yang telah melakukan kesilapan dengan berbohong kepada Nabi Muhammad, akibat rasa bersalah pada Nabi Muhammad dia mengikat dirinya di tiang ini selama 3 hari. Dan tiang ini digelar tiang taubat Abu Lubabah.Jika sebatang pohon kurma pun menangis jika ditinggalkan Rasulullah hingga baginda memujuknya, kita sebagai khalifah juga seharusnya berusaha untuk lebih dekat dengan sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad saw (tanda oren)
Tiang Muhallaqah – Tiang ni dahulu adalah sebatang pokok kurma, batang pokok ini menangis dan bunyinya seperti seekor anak unta kerana dia tidak mahu ditukarkan dengan batang pokok yang baharu. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada pokok tu, “hang akan kekal dengn aku di syurga dengan batang pokok macam ni” barulah pokok kurma ini diam dan ditukar dengan tiang yang baru. Tiang ini juga dikenali dengan tiang wangi.
Mehrab Nabi – Ini Mehrab Nabi (Mehrab baru) di Mehrab inilah nabi gunakan untuk solat berjemaah bersama sahabat-sahabat beliau. Kalau tuan-tuan berpeluang masuk ke dalam Raudhah cubalah untuk solat betul-betul depan mehrab ini, tuan-tuan seolah-oleh telah bersujud di telapak kaki Nabi. Di Mehrab ini juga Saidina Umar ditikam oleh Abu lulu’ah al-majusi semasa beliau mengimamkan solat subuh.
Saya sharekan maklumat ni kepada semua. Kadang-kadang jemaah masuk Raudhah depa tak tau nak tuju untuk solat dan berdoa di tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa, asalkan masuk Raudhah solat saja kat mana yang boleh. So sekarang dah tau la port mana yang nak ditujui.
Setelah orang ramai di seluruh dunia khusyuk mengikuti perbicaraan kes saman fitnah Johnny Depp terhadap bekas isteri, Amber Heard selama enam minggu, akhirnya pada hari ini kuputusan juri yang bersidang di Mahkamah Circuit dekat Fairfaz Country, Virginia telah diumumkan.
Juri memutuskan agar Amber, 36 membayar USD10 juta (RM43.8 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan USD5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif kepada Johnny, 58.
Begitupun, juri juga memutuskan agar Amber DIBAYAR ganti rugi pampasan sebanyak USD2 juta (RM8.7 juta).
FOTO : REUTERS
Keputusan ini dicapai setelah barisan tujuh orang juri meneliti dan membahaskan keterangan yang dikemukan oleh saksi kes saman Johnny Depp terhadap Amber Heard sejak Jumaat lalu. Apa yang menjadikan perbicaraan kontroversi ini lebih menarik adalah apabila ia turut membabitkan senarai saksi yang antaranya terdiri daripada bintang terkenal antarabangsa.
Antaranya termasuklah supermodel 90-an Kate Moss, pelakon Ellen Barkin, penyanyi Courtney Love, penyampai radio Howard Stern, pelakon Drew Barrymore serta jutawan terkenal, Elon Musk.
Setelah menerima keputusan itu, Johnny Depp menerusi hantaran di Instagram pada awal pagi ini meraikan kejayaan tersebut.
Johnny Depp dan Amber Heard sewaktu mereka masih bahagia bersama.
“Enam tahun lalu, hidup saya dan anak-anak termasuk mereka yang rapat dengan saya, serta mereka yang selama ini menyokong dan mempercayai saya telah berubah sama sekali.
“Tuduhan jenayah palsu dan serius dikenakan terhadap saya melalui media. Ia mencetuskan kebencian orang ramai yang berterusan walaupun tiada dakwaan yang dibuat ke atas saya. Ia telah memberikan impak terhadap kehidupan dan karier saya,” catatnya. Disebabkan dakwaan oleh bekas isterinya itu, Johnny sebelum ini telah kehilangan peluang melakonkan watak Captain Sparrow dalam filem Pirates 6 yang bernilai USD22.5 juta.
Sedikit info ringkas mengenai perbicaraan kes bekas pasangan suami isteri popular ini; Johnny Depp awalnya memfailkan saman fitnah terhadap Amber atas penulisannya kepada kolum Washington Post dan menuntut ganti rugi sebanyak USD50 juta.
Sebagai ‘balasan’, Amber Heard pula menfailkan saman menuntut USD100 juta dan mendakwa dirinya mengalami ‘penderaan dan keganasan fizikal’ daripada bekas suaminya itu. Johnny menepis dakwaan pernah melakukan penderaan fizikal kepada Amber, sebaliknya mendakwa Amber yang sering bertindak ganas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...