Kos Rawatan Cecah RM2000 Tapi Masih Tak Sembuh, Wanita Ini Kongsi Prosedur Rawat Ekzema

Share

Mungkin tak ramai yang tahu tentang penyakit ekzema kerana menganggap ianya hanya dihidapi oleh bayi atau kanak-kanak saja.

Namun begitu, sebenarnya ada juga golongan dewasa yang berhadapan dengan masalah ini. Ekzema merupakan keadaan radang pada kulit, disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang nampak seperti kulit melecur yang berair dan menyebabkan kegatalan.

Bagi individu yang mengalami ekzema, pastinya mereka sangat faham akan situasi ini dan berusaha untuk mencari ubat yang sesuai bagi mengurangkan gejala penyakit ekzema.

Jom kita baca perkongsian yang telah dibuat oleh Zaiazrien Akhmar

tentang ubat-ubatan dan rawatan yang digunakan untuk mengubati masalah ekzema yang dihadapinya.

Simptom awal

Permulaan jadi mcm bintik-bintik air gatal atau orang selalu panggil kulat air. Mulanya ingatkan hanya gatal-gatal biasa dan hanya memembeli ubat di farmasi.

Tapi makin lama jadi makin teruk. Lepas satu jari ke satu jari kena dan disebabkan tak tahan gatal sangat, pergilah berjumpa beberapa pakar kulit dan doctor tetapi masih tidak elok. Kulit terus jadi kering dan merekah.

Bukan saja kering, malah sampai berdarah. Nak drive, basuh pingan dan masak pun tak ada mood. Sangat gatal memang tak boleh tahan.

Kos rawatan ke klinik pakar kulit bukannya murah dan hampir enam bulan rawatan dah cecah RM2,000 tapi masih tidak baik.

Sampailah tergerak hati nak ke hospital pakar dan disitu dimasukkan wad selama 5 hari untuk mendapatkan rawatan susulan. Alhamdulillah, kini beransur pulih dan berikut saya nak kongsikan prosedur perubatan daripada doktor pakar yang dirujuk dan semoga berfaedah kepada semua.

Jenis ubat

Ini antara ubat krim dan washing foam untuk tangan yang korang boleh gunakan:

Cetaphil cleanser- Ubat ini digunakan untuk mencuci tangan setelah melakukan apa-apa aktiviti

Daivobet- Krim malam

Cloderm- Krim pagi

Ceradan- Krim petang

Dan ada juga ubat pil untuk dimakan

Gambar sebelum dan selepas rawatan

Sebelum menerima rawatan dari hospital pakar

Time ni isi kulit pun Nampak. Bayangkan macam mana rasa pedih tu. Teruk gila, lepas tu busuk tak payah nak cakap. Air yang keluar daripada tangan tu busuk.

Merekah tangan bukan satu jari je tapi lima jari sekali

Tangan sampai mereka sebab terlalu kering dan berdarah

Hari kedua dalam tempoh rawatan di hospital. Merah-merah, time ni baru lepas sapu krim

Hari ketiga, tinggal menggelupas dan tak gatal lagi

Selepas 5 hari di wad, alhamdulillah yang kering semua dah baik

Walau bagaimanapun, sebelum mengambil apa-apa rawatan adalah lebih baik korang berjumpa dengan doktor pakar terlebih dahulu untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka.

Setiap individu mungkin mengalami tahap ekzema yang berlainan. Jadi, penting untuk korang kenal pasti simptom dahulu sebelum mencari rawatan sendiri.

Published by
Noor Ain Norman