Saban tahun apabila Malaysia menghantar wakil ke pertandingan ratu cantik Miss Grand International (MGI), momen paling dinantikan para pengikut dunia ratu cantik adalah momen wakil Malaysia beraksi di pentas bagi segmen kostum nasional.
Bertempat di Bangkok Thailand semalam, penantian kostum Malaysia bagi edisi 2024 tidak mengecewakan apabila wakil negara, Melisha Lin muncul di dalam persalinan kostum bertemakan ‘Celestial Creature of Gawai Kenyalang’ ataupun mahkluk istimewa cakerawala di upacara Gawai Kenyalang.
Miss Grand Malaysia 2024, Melisha Lin.
Kostum nasional sentuhan pereka fesyen kelahiran Sarawak, Aldrin Grame itu tampil dalam skala agam dan tampak cukup menyakinkan di atas pentas peragaan tersebut.
Dalam lautan kostum nasional lain yang melambangkan kebudayaan dan konsep simbolik negara masing-masing, kostum nasional Malaysia nyata tidak kurang gahnya di mata pemerhati.
‘Celestial Creature of Gawai Kenyalang’ menceritakan tentang figura ikonik Sengalang Burung (nenek moyang masyarakat Iban) dari Sarawak yang dihormati oleh masyarakat Iban sebagai tokoh semesta yang menguasai alam roh.
Burung Kenyalang (juga dikenali sebagai burung Enggang) merupakan raja segala burung di Sarawak dan dikenali sebagai God of War. Ia melambangkan semangat istimewa yang cuba diserap oleh kaum lelaki masyarakat Iban setiap kali mereka keluar mengembara dan berburu.
Justeru, kostum nasional yang dibawakan Melisha ini merupakan satu bentuk intrepretasi terhadap lambang keberanian Sengalang Burung dan penghormatan terhadap adat resam masyarakat Iban, salah satu komuniti yang membentuk kekayaan budaya di Malaysia.
Ads
Melisha dan Aldrin memasang misi untuk memberikan inspirasi dan berkongsi kisah istimewa ini di pentas dunia dan ternyata, ia membuahkan hasil!
Selain prop berupa tengkorak manusia (hasil buruan) dan parang di tangan Melisha, beliau turut membawa bersama prop berskala agam yang menampilkan tujuh ekor burung Kenyalang, corak Pua Kumbu yang sinonim dengan masyarakat Sarawak dan kepak hijau keemasan bagi mencerminkan keyakinan sang burung; persis keyakinan Melisha dalam persembahannya semalam.
Sebagai info, pemilihan angka tujuh bagi jumlah burung Kenyalang itu sememangnya bertepatan dengan jumlah burung pada patung ukiran yang dibina oleh kaum Iban.
Menurut kepercayaan, ketujuh-tujuh roh burung Kenyalang itu akan melepaskan diri daripada patung untuk terbang melakukan serangan di kubu musuh.
Ads
Memetik kenyataan perekanya, Aldrin berharap agar kostum nasional ini berjaya membuatkan rakyat Malaysia berbangga dengan representasi budaya negara kita di pentas antarabangsa.
Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan sokongan, bantuan dan ucapan istimewa buat Melisha sendiri yang baginya merupakan seorang insan yang memudahkan kerjasama yang terjalin.
Terdahulu, Aldrin pernah menggalas tanggungjawab menyiapkan kostum nasional Miss Grand Malaysia 2021, Lishalliny Kanaran bertemakan Ulek Mayang di pertandingan Miss Grand International 2021. Istimewanya, ia telah dinobat sebagai juara kategori Busana Kebangsaan Terbaik bagi edisi tersebut.
Adakah kostum nasionalnya kali ini bakal mengulang semula sejarah berkenaan buat Malaysia?
Miss Grand International 2024 bakal menobatkan juara baharunya pada 25 Oktober ini dalam kalangan 69 negara yang bertanding.
Penganjur membuka platform undian bagi memahkotakan salah seorang pesertanya dengan anugerah Country’s Power of the Year; sekaligus membolehkan peserta itu diserap masuk ke dalam kedudukan 20 terbaik.
Penganjur turut meneruskan tradisi memperkenalkan kategori undian Miss Popular yang membolehkan penerima anugerah tersebut melangkah ke dalam kedudukan 10 terbaik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Foto di sebelah kanan kelihatan seperti foto lama Kylie Jenner.
Tettt, ia sebenarnya adalah foto terbaru Kylie Jenner di Instagram dan dia tampil tanpa lip filler buat kali pertama selepas membuangnya.
Kylie memuat naik foto bersama kawannya Anastasia ‘Stassie’ Karanikolaou itu ke Instagram pada malam Ahad dan salah seorang pengikutnya berkata Kylie “kelihatan seperti wajah lamanya” di bahagian komen. Tiada siapa yang menyangka Kylie akan membalas komen tersebut dengan berkata –
Wow. Sudah tentu, Kylie masih kelihatan cantik seperti biasa dan pengikutnya rata-rata setuju.
Ramai juga yang menyokong keputusan Kylie untuk membuang lip filler. Beberapa tahun lepas, ia telah mencetuskan debat berpanjangan di antara pemilik bisnes Kylie Cosmetics itu dengan pengikutnya di media sosial sama ada dia betul-betul menggunakan trik lip liner untuk membentuk bibir yang lebih besar atau telah melakukan pembedahan.
Instagram
Salah seorang pengguna Twitter berkata, “Kylie Jenner kelihatan cukup cantik tanpa bantuan filler, personally saya sukakan look baru ini.” Sementara itu, seorang lagi terfikir sekiranya trend mendapatkan bibir munggil dan besar akan berakhir. “Saya tertanya-tanya jika pengikut remaja Kylie ingin mengecilkan semula bibir sekarang.”
Antara sokongan yang diberikan oleh pengikut Kylie di Twitter.
Pada tahun 2015, Kylie menerusi rancangan realiti keluarganya, Keeping Up With The Kardashians, telah mengaku melakukan pembedahan plastik untuk membesarkan bibirnya.
Saya mempunyai lip filler sementara. Selama ini (memiliki bibir kecil) saya merasa kurang yakin dan ini (pembedahan) adalah keputusan saya sendiri.
Good for you, Kylie!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malam pengiktirafan buat pengkarya layar kaca, Anugerah Emmy kembali untuk edisi 2022 dengan pelbagai gaya serta stail selebriti di karpet merahnya, pagi ini. Bezanya pada tahun ini, Emmy’s 2022 dilangsungkan pada malam Isnin (waktu tempatan di Amerika Syarikat) berbanding waktu biasa pada malam Ahad.
Kali ini, Emmy’s dinominasi oleh program-program televisyen dan siri penstriman popular dunia seperti Squid Game, Stranger Things, Yellowjackets, Euphoria, Abbott Elementary dan banyak lagi.
Nah, ini 10 gaya selebriti pilihan remaja di karpet merah Emmy’s 2022. Di antara bintang Squid Game, Jung Hoyeon dan Zendaya yang mewakili siri Euphoria, stail mana menjadi pilihan korang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Begitulah yang dapat diungkapkan terhadap kejayaan wakil negara Filipina, Alexie Brooks sebelum mengecap kejayaan sebagai Miss Eco International 2025; sekaligus menjadi juara ketiga dari Filipina dalam sejarah pertandingan ratu cantik tersebut.
Alexie yang juga merupakan seorang bekas atlet kebangsaan dinobatkan pada acara akhir yang berlangsung semalam di Alexandria, Mesir dalam persalinan gaun keemasan hasil sentuhan pereka fesyen terkenal dari Filipina, Rian Fernandez.
Terdahulu, Alexie pernah menyertai pertandingan Miss Universe Philippines 2024 yang akhirnya berpihak kepada seorang lagi peserta berkulit gelap, Chelsea Manalo.
Pada waktu itu, Alexie merupakan salah seorang peserta kegemaran yang diramalkan mampu memecah ruyung pertandingan Miss Universe Philippines yang sering menabalkan gadis berkulit cerah atau berdarah kacukan.
Biarpun rezeki tidak berpihak kepada Alexie, gadis berusia 24 tahun itu tidak sesekali menjadikan kegagalan itu sebagai sebab untuk tidak meneruskan impiannya dalam dunia ratu cantik.
Alexie Brooks memilih konsep Mangayon atau burung helang untuk segmen pertandingan kostum nasional yang merupakan simbol kepada keberanian dan kekuatan warganegara Filipina.
Peluang bertanding di peringkat Miss Eco International kali ini diambilnya bagi membawa nama baik negara Filipina untuk mengulangi kejayaan wakil terdahulu iaitu Cynthia Thomalla (2018) dan Kathleen Paton (2022) yang pernah menjuarainya.
Alexie berjaya mengenepikan saingan naib juara, Yulinarr Fitriani dari Indonesia dan pemenang tempat ketiga dari Ukraine, Yelyzaveta Adams.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang masih ingat lagi kisah tular seorang nenek membaca surah Yasin dan berzikir sambil menunggu cucunya yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...