Seperti yang kita tahu beratus tahun dahulu Melaka merupakan sebuah kota dagangan dunia yang menjadi tumpuan kuasa-kuasa besar untuk menguasainya. Kedudukannya yang strategik menjadikan Melaka sebagi pusat dagangan ulung ketika itu.
Mula dijajah oleh Portugis pada 1511 dan kemudiannya Belanda pula menjajah Melaka pada tahun 1641. Penjajahan Belanda ke atas Melaka merupakan penjajahan paling lama yang mana ia memakan masa selama 183 tahun. Ketika itu pengaruh Melaka sebagai kota dagangan semakin merosot kerana Belanda lebih mengutamakan Batavia ataupun sekarang dikenali sebagai Jakarta, Indonesia.
Sebelum kedatangan Portugis, Melaka sangat maju dan menjadi pusat perkembangan agama Islam yang unggul di Nusantara. Namun ada satu perkara yang menjadi persoalan, dimanakah sebenarnya lokasi Istana Melaka dan juga masjid yang menjadi pusat penyebaran Islam.
Dalam perkongsian rancangan Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul episode 13 yang disiarkan TV3 ada berkongsi tentang perkara ini. Ketika zaman gemilang Kesultanan Melayu Melaka Istana pasti hadir dengan masjid dan dikelilingi rumah para pembesar.
Ads
Sehingga kini kedudukan masjid masih menjadi tanda tanya dan ada yang mengatakan tinggalan gereja St Paul yang terletak di atas bukit Melaka sebenarnya merupakan sebuah Masjid Agung.
Ujar Nurman Baroldin yang merupakan pengurus besar Institut warisan Melaka, “Islam diangkat sebagai sesuatu yang paling utama, adakah wajar Masjid berada di kaki bukit sedangkan Istana berada di puncak bukit?
“Jadi kemungkinan, apakah masjid agung melaka terletak di puncak bukit. Kalau pergi ke tapak memang runtuhan gereja st paul mengadap ke arah kiblat. Mungkin kalau kitab oleh buat perbandingan sekarang semua masjid-masjid lama yang terdapat di Melaka kedudukannya sama selari dengan runtuhan gereja St Paul.”
Ads
Sebenarnya tindakan Portugis menukar masjid menjadi gereja bukanlah satu perkara asing. Merujuk kepada sejarah perang salib apabila terjadinya Reconquista ataupun dalam bahasa Inggeris, Reconquest yang bermaksud penaklukan semula. Masjid-masjid diubah menjadi gereja dan kesan peninggalan tersebut masih boleh dilihat sehingga kini.
Ketika Portugis membina kota A’famosa bukan sahaja batu-batuan semulajadi digunakan bahkan mereka menggunakan semula batu batu dari sisa runtuhan asal serta batu nisan untuk membina kota tersebut.
Ads
Mengikut fakta sejarah. Bukit Melaka dikenali sebagai Bukit St Paul kini. Dipercayai bukit tersebut sebenarnya dinamakan bukit Melaka sejak dari zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah lagi. Namun apabila Portugis menjajah Melaka, mereka menukar nama bukit tersebut kepada nama paderi terkenal di Nusantara ketika itu.
***P/S- Sebagai anak Malaysia, kita harus menghargai sejarah yang panjang negara kita miliki. Jangan biarkan ia ditelah waktu arus kemodenan kerana dengan sejarah kita mengenali jati diri bagaimana susahnya nenek moyang mempertahankan negara ketitisan darah terakhir.
Takziah diucapkan kepada keluarga lima mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora malam semalam.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20 yang merupakan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USAS, Dr Ahmad Zaki Hasan ketika dihubungi pemberita.
Menurutnya, dua daripada mangsa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda. Kesemua mereka sudah pun dikenal pasti oleh pihak hospital dan pihak polis.
Difahamkan, nahas membabitkan kereta yang belum dikenal pasti modelnya dengan dua treler yang masing-masing bermuatan besi dan mozek. Kemalangan ini membabitkan keseluruhan sebanyak lapan mangsa, dengan lima daripadanya yang menaiki kereta maut di tempat kejadian, manakala dua pemandu treler dan seorang kelindan terselamat.
Pihak USAS juga turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mereka juga ada mengutip derma kilat bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
CIMB BANK 7614015030 Persatuan Business Administration Students Society
Takziah sekali lagi kami ucapkan kepada keluarga mangsa dan semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kucing merupakan antara haiwan yang paling dekat dengan manusia dan jika kehilangan haiwan peliharaan ini, ia mampu membuatkan si pemilik rungsing dan tidak senang hati. Namun begitu, kucing yang ‘hilang’ adalah lumrah semula jadi.
Kucing yang hilang selama beberapa hari biasanya akan kembali semula. Jika korang sudah lama memelihara haiwan ini, pasti korang sudah terbiasa dengan pola kehilangan si kucing.
Walaubagaimanapun, ada juga kes kehilangan kucing berlaku gara-gara dicuri. Mana tidaknya, kalau bulu gebu, gemuk pula tu, siapa yang tak geram kan? Tidak hairanlah jika ada si pemilik kucing yang menawarkan ganjaran wang kepada individu yang menjumpai kucingnya itu.
Lain pula yang berlaku di luar negara, sebuah poster kehilangan kucing telah pun dipaparkan melalui jendela, namun apa yang menariknya, kucing itu boleh pula duduk di tepi poster tersebut.
Kan dah kata, kucing ni sebenarnya mereka tidak hilang ke mana pun, mungkin saja nak ‘memberontak’ dengan tuannya. Hiks!
Kisah ini kucing comel ini mendapat lebih 17 ribu perkongsian di laman Facebook Fascinating Things dan menerima lebih satu ribu komen.
Rata-ratanya turut berkongsi pengalaman dan menyifatkan bahawa sifat kucing tersebut adalah sangat comel.
Haih, memang geram dibuatnya. Mujur comel. Hehe!
Korang macam mana, ada juga ke kisah kucing pura-pura ‘hilang’ ni?
Pada satu minggu yang lalu, 6 April 2021, kempen kesedaran “Save Ralph” telah tular di laman media sosial baru-baru ini dan telah mendapat banyak perhatian daripada warga netizen di Youtube, Twitter dan Instagram. Video animasi berbentuk dokumentari pendek yang dihasilkan oleh The Humane Society of United States yang berdurasi sepanjang 4 minit ini menceritakan tentang seekor arnab bernama “Ralph” yang telah dijadikan sebagai bahan ujikaji produk kosmetik dan kecantikan diseluruh dunia dan ianya menunjukkan nasib hidupnya sebagai seekor arnab yang “bekerja” di makmal ujikaji. Video ini juga menampilkan antara pelakon terkenal seperti Zac Efron, Taika Waititi, Olivia Munn dan ramai lagi.
Apa yang lagi menyentuh hati semua warga netizen adalah apabila video tersebut menampilkan beberapa ekor arnab lain yang juga merupakan watak sampingan didalam video animasi ini. Video ini mengisahkan tentang seekor arnab bernama Ralph yang telah ditemubual tentang pekerjaannya sebagai bahan ujikaji makmal, dan dia menceritakan keperitan hidupnya sebagai seekor arnab yang telah digunakan sebagai bahan ujikaji dimana dia hanya dapat mendengar dengan sebelah telinga dan melihat menggunakan hanya sebelah mata, dan badannya yang telah melecur kerana dicurah dengan asid kimia, Ralph telah menceritakan kesengsaraannya kerana “pekerjaannya”
Video kempen kesedaran ini telah mencecah lebih kurang 6 juta views di Youtube dan ianya makin tular di laman media sosial yang lain juga dan ianya telah membuat ramai netizen berasa sayu dan sedih mengenangkan nasib haiwan-haiwan lain diluar sana yang tidak bersalah dan dijadikan sebagai bahan ujikaji makmal.
Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua orang diluar sana agar lebih bijak didalam memilih produk kosmetik dan cuba untuk mengelakkan produk yang menjalankan ujian keatas haiwan. Walaupun ratusan dan mungkin juga ribuan kempen kesedaran telah dianjurkan, namun masih ada lagi produk-produk kosmetik diluar sana yang masih menjalankan ujian keatas haiwan. Salah satu cara untuk kita menghentikannya hanyalah dengan berhenti menggunakan atau membeli produk sebegini. Sayangilah haiwan, kerana mereka juga ciptaan Tuhan seperti kita..
Saksikan video penuh disini:
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pembatalan konsert One Love Music Festival yang sepatutnya berlangsung pada hari Sabtu lalu masih menjadi bualan netizen di media sosial.
Dek pembatalan yang dimaklumkan hanya...