Kota London Dilimpahi Lampu-Lampu Indah Persis Di ‘Mall’ Malaysia, Julung Kali Sambut Ramadan Secara Terbuka

Share

Perlantikan Sadiq Khan sebagai Datuk Bandar London beragama Islam pertama nampaknya telah membuka ruang untuk memperbaiki sebarang sentimen Islamofobia yang pernah melanda kota metropolitan Inggeris itu.

Buat julung kalinya, kota London dilimpahi dengan dekorasi lampu-lampu indah di kawasan tumpuan orang ramai, Piccadilly Circus sejak Rabu lalu sempena menyambut kehadiran bulan Ramadan.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan di Conventry Street

Jika pada tahun-tahun sebelum ini, London jarang sekali meraikan sambutan bulan mulia masyarakat Islam ini di sana. Hanya sekadar ucapan daripada pemimpin dan agensi-agensi berpengaruh sahaja yang selalu menghiasi dada akhbar serta paparan video secara dalam talian.

Namun pada tahun ini, suasana Ramadan di London cukup berbeza apabila sebanyak 30,000 dekorasi lampu LEDs pelbagai warna dengan 61 motif bulan dan bintang ini bakal menghiasi jalan raya utama Conventry Street di antara Piccadilly Circus dan Leicester Square bermula sekarang hingga 21 April kelak.

Pada Waktu Siang

Sebelum Ramadan

Usai Ramadan Tiba

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Jimmy Choo ‘Angkat’ Songket Malaysia, Segak Sarung Blazer Songket Di London – REMAJA

Persembahan lampu seakannya sudah biasa kita saksikan di London sewaktu musim perayaan Hari Natal. Malah pada setiap tahun di Malaysia juga, kita sudah terbiasa dengan ‘perang’ dekorasi Hari Raya Aidilfitri di pusat membeli-belah.

Keputusan untuk membenarkan dekorasi lampu seperti ini dipasang di London bagi menyambut kehadiran Ramadan pada tahun 2023 jelas merupakan petanda bahawa masyarakat majmuk di sana kian terbuka menerima perbezaan kepercayaan, kaum dan sama-sama bertolerasi menyambutnya.

BACA LAGI: Imej Agong Berfoto Dengan Pemimpin Dunia Dalam Bas Khas Di London Cuit Hati Warganet – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ