Kota Mekah dilanda banjir kilat akibat daripada keadaan hujan lebat yang membasahi bumi Arab sejak petang semalam. Menurut laporan yang telah dikongsi di laman Twitter Haramain Sharifain, hujan lebat yang berlaku sejak Asar menyebabkan air naik sehingga mencecah 0.5 meter.
Keadaan seumpama ini khabarnya tidak pernah berlaku di kota suci itu dan pihak Pertahanan Awam telah pun mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada semua pihak.
Sebelum ini amaran awal telah dikeluarkan berkenaan ramalan ribut petir dengan hujan dengan hujan sederhana serta angin kencang di wilayah Asir, Al-Baha, Jazan, Najran, Mekah dan Madinah bermula Jumaat.
Malah, turut dikongsi adalah video hujan batu yang membasahi kota suci Mekah.
Walau bagaimanapun, aktiviti ibadah masih lagi diteruskan meskipun dalam keadaan hujan lebat.
Semoga semuanya baik-baik sahaja dan tidak ada sebarang kemalangan jiwa yang dicatatkan.