Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin sebelum ini menjelaskan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat pengambilan khas guru secara ‘one-off’ bagi mengisi kekosongan guru yang dihadapi di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.

Ia akan membabitkan pengambilan sejumlah 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 dan iklan pengambilan itu akan disiarkan pada 7 Julai nanti, manakala penempatan secara berperingkat-peringkat bermula pada Oktober nanti.

Sehubungan dengan itu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencadangkan agar KPM memberi keutamaan kepada graduan pendidikan bagi mengisi kekosongan jawatan guru di sekolah-sekolah di seluruh negara.

Ads
KPM Cari Lebih 18,000 Guru Baharu, Graduan Pendidikan UPSI Minta Diberi Keutamaan
Foto: Berita Harian (Gambar hiasan)

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan calon pendidik terlatih dan telah mengikuti pelbagai latihan profesionalisme guru.

Menurutnya lagi, selain kemahiran mendidik, graduan ISMP juga dilengkapi pelbagai kemahiran profesionalisme keguruan, komunikasi, penyelesaian masalah, teknologi IR 4.0 dan pengurusan hubungan antarabangsa.

Ads
KPM Cari Lebih 18,000 Guru Baharu, Graduan Pendidikan UPSI Minta Diberi Keutamaan
Gambar hiasan

UPSI akan segera menghantar senarai nama graduan pendidikan dalam bidang yang disebutkan KPM selain meminta semua graduan ISMP agar segera mendaftarkan diri untuk mengisi kekosongan penempatan itu.

Ha, bagi graduan yang berkelayakan, korang boleh bersedia untuk memohon pada 7 Julai nanti. Ini merupakan peluang untuk individu yang layak mendapatkan pekerjaan dan menimba pengalaman dalam bidang perguruan.

Ads

Selamat berjaya!

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI