Tapi bagaimana pula dengan beberapa permohonan ke peringkat pengajian tinggi yang rata-rata memerlukan keputusan ujian percubaan SPM?
Semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi muat naik di laman Facebook mereka telahpun mengumumkan bahawa peperiksaan percubaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM bagi pelajar yang bakal pulang ke sekolah masing-masing esok (20 Januari) telah dibatalkan.
Jawapan itu diberikan dalam Q&A yang berbunyi, ‘Adakah sekolah yang belum melaksanakan peperiksaan percubaan SPM 2020 perlu mengadakan peperiksaan tersebut apabila sekolah dibuka?’.
Jawapan yang diberikan adalah, ‘Tidak’.
Walaupun pelajar mungkin akan bersorak setelah hilang satu bebanan, timbul persoalan lain mengenai sekolah yang telahpun mula melakukan sesi peperiksaan percubaan namun masih belum menamatkannya untuk semua subjek. Adakah mereka perlu meneruskannya?
Satu lagi persoalan popular adalah bagaimana pelajar ingin membuat permohonan ke peringkat pengajian tinggi yang rata-rata memerlukan keputusan ujian percubaan SPM?
*
Kata KPM, mereka akan mengadakan perbincangan dengan Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Kementerian Pengajian Tinggin untuk memastikan peluang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA tidak akan terjejas.
Sementara itu, KPM juga mengesahkan bahawa ujian Malaysian University Engliish Test ataupun MUET yang tertangguh pada tahun 2020 perlu diduduki oleh pelajar pada tahun ini.
Sumber Foto : Facebook KPM.
Calon boleh merujuk kepada jadual MUET di SINI.
Muat naik penuh oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini boleh dibaca DI SINI.
ARTIKEL BERKAITAN: Apa Status SPM, STPM & Peperiksaan Utama Lain Selepas PKP Diumum? Ini Kata KPM – REMAJA