Kreatif! Doktor Wanita Malaysia Perkenal Hijab Pakai Buang ‘Steril’ Pertama Di Hospital UK

Share

Mesti rakyat Malaysia bangga dengan doktor junior di Hospital Royal Derby, United Kingdom yang juga merupakan orang Malaysia ini dan wanita berhijab!

Sebagaimana kita tahu, sememangnya dalam bilik pembedahan, aspek kebersihan adalah satu kemestian yang perlu dipatuhi bagi memastikan persekitaran bebas daripada kuman.

Seperti contoh, pemakaian topi dan pakai buang. Namun lain halnya dengan petugas Muslim yang terpaksa mematuhi peraturan ini sekaligus menjaga aspek pemakaian dalam Islam terutamanya untuk petugas wanita.

Hijab Pakai Buang Steril Pertama Di UK

Timbul idea kreatif seorang doktor junior di Hospital Royal Derby, United Kingdom, Farah Roslan menghasilkan hijab pakai buang steril yang boleh digunakan semasa berada di kawasan bilik pembedahan.

“Saya gunakan hijab yang sama sepanjang hari dan ianya sudah pasti tidak bersih dan ideal. Saya tidak selsa untuk membuka hijab saya dan saya dikeluarkan daripada bilik pembedahan dengan hormat disebabkan kawalan jangkitan.”

Mahu memperkenalkan penggunaan hijab secara meluas di peringkat global, pakar bedah konsultan, Gill Tierney yang merupakan mentor kepada Farah percaya hijab tersebut adalah yang pertama diperkenalkan di UK.

“Kami tahu ini adalah isu ‘tersembunyi’ yang tidak disuarakan di bilik-bilik pembedahan seluruh negara dan saya percaya pengenalannya belum lagi dilakukan secara formal.”

Sumber: BBC

Published by
Ruziana Zainal