Kreatif, Remaja Cipta Sut Iron Man Dari Barang Terbuang Khas Untuk Adik

Share

Tak semua orang dianugerahkan bakat genius seperti ini.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Walaupun hidup dalam serba kekurangan. Ini tidak mematahkan semangat seorang abang memberikan hadiah kepada adik lelakinya yang mahukan sut Iron Man sebagai koleksi mainan.

Namun disebabkan kesempitan hidup, dua beradik dari Manipur, India itu tidak mahu menyusah ibu bapa mereka kerana tahu tidak mampu merealitikan impian berkenaan.

Keadaan berkenaan mendorong remaja berusia 20 tahun itu mereka sendiri sut War Machine Marvel daripada bahan-bahan elektrik terbuang.

Hasilnya sangat wow!

Menurut laporan Swarajna Magazine, Ningombam Prem tekad menyiapkan mainan adiknya dengan menggunakan kadbod, alat mainan elektronik, lampu kecemasan, picagari dan kerangka pembesar suara.

HANYA menggunakan bahan terbuang akhirnya Ningombam Prem mampu merealisasikan impian adik lelakinya sendiri.

Biarpun ciptaan itu tidak sehebat sut Iron Man yang disaksikan di kaca televisyen dan mampu menghasilkan pantulan sinar laser.

Prem berjaya membuatkan sut ini menyalakan lampu dan menggerakkan bahagian tertentu yang dikuasakan oleh beberapa motor.

Lebih menariknya, usaha itu dilakukan sendiri tanpa pernah mendapat latihan asas dalam bidang robotik.

Genius betul!

Kerana minat dunia robotik, remaja cekal itu sering mencuba nasib sejak lima tahun lalu dengan melakukan kerja-kerja robotik.

Dia akhirnya berjaya menghasil beberapa mekanisme robot seperti replika helmet Iron Man dan juga alat penembak sarang labah-labah seperti yang anda lihat dalam filem Spiderman.

Selain meminati robotik, Prem juga meminati lukisan dan dikini meneruskan pengajian dalam bidang kesenian di sebuah kolej.

Wa bagusnya, ini yang kita mahukan. Semoga ‘keistimewaan’ yang ada dalam dirinya mampu mengubah kehidupan mereka sekeluarga.

Published by
Ruziana Zainal