Banjir apabila melanda tidak mengenal siapa. Dato ke Sri Paduka ke, tak kira kaum, tak kira parti, semua akan terlibat dan terjejas. Mahu tak mahu semua orang perlu bergandingan untuk terus hidup.
Mungkin ramai yang sedang pening kepala memikirkan cara membersihkan dan memperbaiki rumah akibat ditengelami air banjir. Tak termasuk lagi bab kos kerugian.
Baru-baru ini tular di media sosial rumah terapung milik warga tua yang dikenali sebagai A. Bakar Che Ahmad Idea kreatif dan tindakan bijaknya berjaya menyelamatkan rumahnya daripada ditenggelami air banjir menjadi bualan netizen.
Hanya Rumahnya Tidak Ditenggelam Air Dan Terapung
Warga emas yang berusia 67 tahun itu tidak dapat disangkal lagi memandangkan hanya rumah dia sahaja tidak ditenggelam air banjir dan kukuh ‘berdiri’ disokong dengan 69 biji tong plastik yang akan berfungsi sebagai pelampung.
Malah, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @matirasa di laman TikToknya, ramai yang tidak menyangka dan mencemburui kelebihan yang dimiliki oleh warga emas tersebut yang dapat menyelamatkan rumahnya daripada dimusnahkan oleh banjir.
Malah, mengikut laporan Bernama menerusi laman Twitternya, warga emas terbabit telah membawa media meninjau keadaan rumah ‘ajaibnya’ itu yang terletak di Kampung Terbak Batu 16, Terengganu.
Dalam video terbabit, jelas kelihatan rumahnya terselamat daripada ‘ditelan’ air bah dan netizen memaklumkan pemikiran serta perancangan yang dilakukan oleh warga emas berkenaan untuk membina rumah terapung itu adalah hebat dan luar biasa.
Ads
A Bakar Ahmad, 67, membawa wartawan Bernama meninjau ke ‘Rumahku,Rakitku’ di Kampung Terbak Batu 16, Terengganu.
Beliau tular di media sosial dalam satu video yang menunjukkan kediamannya terapung di atas air ekoran #banjir besar yang melanda.
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka dan seakan tidak percaya dengan keupayaan kelong tersebut dalam menampung rumah kayu milik warga emas terbabit.
Ads
Ramai juga yang memuji perjuangan dan hasil titik peluh yang dilakukan oleh warga emas terbabit telah membuahkan hasil.
Semoga perkongsian idea kreatif pakcik ini sedikit sebanyak dapat memberikan pengajaran buat mangsa yang selalu menghadapi banjir. Kita tidak tahu bila mana situasi kecemasan berlaku, jadi eloklah sekiranya bersiap sedia sebelum terkena. Betul tak?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gara-gara poster ‘Malaysia Lockdown’ yang tular di laman media sosial semalam, rakyat Malaysia terpinga-pinga sama ada ia adalah benar ataupun palsu.
Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi laman Facebook beliau, tiada sebarang perintah lockdown dikeluarkan oleh pihak berkuasa buat masa ini.
“Mohon hentikan penyebaran khabar palsu seperti ini.
“Walau bagaimanapun, rakyat digesa terus mematuhi nasihat penjagaan kesihatan dan nasihat penjarakkan sosial 1 meter yang diberikan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” catat beliau lagi.
*
Tinjauan netizen di ruangan komen menunjukkan rasa cemas mereka terhadap peningkatan drastik kes Covid-19 di Malaysia semalam. Ia gara-gara pengumpulan ahli tabligh dalam sebuah acara besar-besaran pada minggu lalu.
Ramai yang merasakan keperluan untuk meminta rakyat Malaysia kekal di rumah masing-masing ataupun ‘locked down’ seperti yang sedang dilakukan di China dan Itali.
Dalam pada itu, ada yang berpendapat penggunaan terma ‘lock down’ itu tidak tepat. Seharusnya mereka menggunakan terma kuarantin peribadi dan menjauhkan diri daripada tempat awam.
*
Apa pendapat korang? Adalah Malaysia memerlukan keputusan lockdown ini daripada kerajaan sekarang?
Keputusan tersebut akan diumumkan selepas mesyuarat yang akan dilangsungkan pada hari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada apa lagi yang cukup menyedihkan bila mana seorang ibu melihat anak meninggal di depan mata sendiri.
Dengan cara kematian yang agak tragis, terpaksa menadah otak anak dengan kedua belah tangan sebelum anaknya rebah dipangkuannya, pengalaman inilah yang dilalui oleh Kasthuribai A/P M. Sattayappan, 45 tahun apabila anaknya mati di depan mata selepas terkena balingan sebuah kerusi pejabat dipercayai dari tingkat 21 Flat PPR Seri Pantai (Blok 102), Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur dalam kejadian semalam.
Menceritakan kejadian lebih lanjut kejadian malam semalam yang membawa kepada kematian anak bongsunya, kata Kasthuribai, dia bersama mendiang anak bongsunya, Satiswaran turut ke bawah flat PPR itu kerana anaknya mahu membeli kad tambah nilai untuk membuat kerja sekolahnya.
Namun kad tambah yang dihajati tidak ada. Mendiang Satiswaran kemudian mendekati ibunya secara berhadapan di hadapan lif dan tanpa diduga, sebuah kerusi tiba-tiba melayang dari bawah dan tepat mengenai kepala mangsa sehingga terbelah.
“Ketika itulah otaknya terburai. Saya tadah dengan kedua belah tangan. Anak memandang muka saya tepat tapi kosong. Dia kemudian rebah di depan mata saya lalu saya menjerit meminta tolong,’ katanya ketika ditemui di rumahnya dalam satu ziarah oleh YB Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai yang menzahirkan rasa simpati.
Mengakui begitu sedih dan masih lagi trauma, berkali-kali dia bertanya soalan kepada barisan wartawan yang berada di sekelilingnya.
Tanya Kasthuribai, hari ini nyawa anaknya sudah pergi. Pergi kerana kerakusan dan sikap bodoh orang lain yang mengambil mudah membaling kerusi yang sudah rosak tanpa mahu menghantarnya ke ruang sampah di bawah.
“Ini bukan soal nyawa orang India. Bukan juga soal bangsa Melayu atau Cina tetapi kejadian ini melibatkan satu nyawa remaja yang langsung tidak berdosa kerana kecuaian orang lain.
“Hari ini anak saya kena. Kalau esok lusa, anak orang lain atau sapa-sapa kena, kenapa tiada tindakan dalam hal ini. Ini bukan kejadian pertama. Sudah banyak kes baling barang berlaku. Ada mangsa kena 16 jahitan, ada kena 6 jahitan. Kita semua ada hati. Hari ini anak saya sudah mati. Nyawanya tak mungkin boleh datang semula. Tapi apa kita boleh buat? Apa peranan kita semua,” soalnya bertalu-talu.
Mengakui masih lagi trauma dan kesedihan kerana kehilangan anak bongsu dari dua beradik itu, kata Kasthuribai, mendiang anak bongsunya itu memang baik.
“Dua hari sebelum ini, selepas balik dari sekolah, dia tolong bersihkan ruang tamu rumah yang sudah digenangi air akibat tempias hujan dari tingkap yang sudah reput. Air penuh sampai ke ruang tamu. Tanpa sempat makan dan salin pakaian, dia bersihkan rumah dahulu. Mop satu rumah. Tengoklah, bila hujan, air masuk ke dalam rumah,”katanya sambil menunjukkan kerosokan tingkap yang sudah mulai mereput akibat tempias hujan.
Bukan saja terkenal sebagai budak baik malah mendiang anaknya itu akan mencuci ruang koridor rumah mereka jika terdapat najis haiwan selain sisa kencing orang dewasa yang sengaja membuang air kecil di tangga berkenaan.
“Anak saya yang baik sudah tiada. Siapa mahu menggantikan nyawanya yang sudah tiada akibat kecuaian orang lain. Anak saya menjadi mangsa sikap orang lain,” katanya dalam nada tangis bertalu.
Mungkin masih trauma dan kesedihan berpanjangan, semasa kunjungan ini Kasthuribai yang bekerja sebagai tukang masak di Chile Bangsar tiba-tiba rebah sehingga mengakibatkan keadaan menjadi panik.
Dia yang dipercayai mempunyai sakit jantung rebah sebelum dipapah oleh YB Nurul Izzah yang berada di ruang berdekatan.
Buat masa ini mendiang Satiswaran masih lagi di tempatkan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa untuk upacara pengkebumian.
Malah pelaku yang mencampakkan kerusi dipercayai dari tingkat 21 masih belum ditangkap oleh pihak berkuasa kerana pihak forensik mahu mencari dna di kerusi sebelum menahan pelakunya.
Remaja turut difahamkan oleh nenek mendiang yang tinggal di tingkat 21, dia tahu dan kenal kerusi yang dibaling tepat mengenai kepala cucunya itu adalah milik jirannya yang diletakkan di ruang siar.
“Tapi saya tak tahu dia sudah kena tangkap atau tidak. Tapi kerusi itu memang ada sebelah rumah saya sebelum ini,” katanya mendakwa, pelakunya adalah golongan dewasa dan bukan kanak-kanak kerana kerusi berkenaan agak berat.
Saya akan bawa isu ini ke Parlimen dan meminta jaring keselamatan dipasang di bawah lif
Berasa simpati dengan kejadian yang menimpa mendiang Satiswaran, YB Nurul Izzah memaklumkan, dia akan membawa isu tentang soal keselamatan flat-flat di bawah selenggaran DBKL ini ke Parlimen pada sidang parlimen Mac akan datang.
“Bagi saya, soal keselamatan adalah penting bagi semua orang. Ini mungkin kes melibatkan kematian pertama, namun kita mahu budaya membuang sampah ini yang boleh membahayakan nyawa orang lain dipandang serius oleh semua pihak kerana kita tahu mahu isu ini berulang. Kita berasa simpati dan saya akan mendapatkan semua maklumat lengkap mengenai isu ini bersama pihak berkuasa,” katanya menegaskan, untuk langkah awal dan pertama, adalah lebih baik jaring keselamatan dipasang di bawah flat demi menjamin kesejahteraan semua penduduk.
Baling barang perangai biasa penduduk Flat PPR ini
Remaja turut mendapatkan pandangan dari Ketua Blok 100 Flat PPR Seri Pantai, Azaman bin Agam mengenai sikap buang sampah dari atas blok tanpa turun ke tempat pembuangan sampah.
“Soal buang barang dah jadi perkara biasa bagi mereka yang suka mengambil kesempatan ini. ada yang baling tayar, rim motor, batu bata, kaca, gelas dan banyak lagi. Kejadian orang pecah kepala akibat terkena barangan dibaling sudah banyak kali berlaku. Ada menerima 16 jahitan dan lain-lain lagi.
“Biasa selaku ketua blok, saya akan berkomunikasi dengan ketua tingkat. Jika kita temui sampah diletakkan di siar kaki, kita akan buka dan tengok jika ada dokumen yang boleh kita serah kepada pejabat di DBKL di ruang bawah.
“Sudah beberapa kali saya lihat penguatkuasa DBKL pergi ke rumah mereka yang suka membaling sampah ini. Biasanya mereka akan diberi amaran dahulu sehingga beberapa kali. Kemudian lisan dan jika berterusan diusir dari rumah sewaan mereka,”katanya ketika ditemui dan memaklumkan terdapat 984 buah rumah bagi kedua-dua blok.
Menyifatkan tidak timbul isu sukar membuang sampah ke ruang buang sampah, Azanan berkata, sikap mementingkan diri sendiri adalah mengapa isu ini tidak pernah selesai sejak dulu lagi.
Saksikan video ini bagaimana ibu mangsa tidak dapat menahan tangisannya…
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini, penyanyi dan juga juara Akademi Fantasia, Hafiz Suip tular dilihat bergaduh dengan beberapa individu di jalan raya pada hujung bulan lalu.
Meskipun begitu, Hafiz atau nama sebenar Mohamad Hafiz Mohamad Suip (34) difahamkan sudah pun berbaik dengan individu yang terlibat dalam pergaduhan berkenaan.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini, Mahkamah Majistret Kuching memerintahkan Hafiz serta dua lagi individu yang terlibat dalam kejadian sama untuk menjalani hukuman bon berkelakuan baik selama enam (6) bulan.
Ketiga-tiga mereka termasuk Hafiz perlu menjalani bon berkelakuan baik selama enam bulan dengan jaminan sebanyak RM500 dan perintah itu dikeluarkan pada Khamis lalu bagi mengelakkan mereka bertiga daripada mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang.
Sekadar info, fakta kes mendedahkan berlaku salah faham di antara ketiga-tiga lelaki tersebut di Jalan Padungan, Kuching, Sarawak pada 30 Ogos 2024, sekitar jam 2.10 petang.
Kes difahamkan berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap cara pemanduan masing-masing sebelum mereka keluar dari kereta dan mula bergaduh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...