Kreatif Tak Bertempat, Pelajar Kolej ‘Kantoi’ Palsukan Borang Rentas Negeri

Share

 

Memanglah bagus apabila seseorang pelajar itu kreatif tapi apabila daya bijak seseorang itu itu digunakan tidak kena pada tempatnya demi menipu, memang nak kenalah jawabnya!

Sebagaimana kita tahu, perbuatan merentas negeri masih tidak dibenarkan buat masa ini bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19 di negara kita.

Baru-baru ini, satu laporan akhbar tempatan membongkarkan bagaimana dua orang penuntut wanita kolej swasta berusia 22 tahun ditahan setelah disyaki memalsukan borang rentas negeri untuk ke Pahang.

Pelajar tersebut ditahan anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya selepas Plaza Tol Bentong dan mereka meragui kesahihan borang rentas negeri yang dikemukakan.

“Siasatan awal mempercayai cap rasmi dan tandatangan Ketua Balai yang meluluskan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan atas alasan menghadiri kelas adalah palsu. Borang itu hanya dihasilkan menggunakan mesin pengimbas.”

Polis turut menemui salinan borang kosong dengan tandatangan palsu yang dikatakan milik ketua balai polis di telefon pintar seorang daripada suspek. Ia dipercayai digunakan bagi menghasilkan borang rentas negeri itu. Tambah mencurigakan apabbila ujian saringan air kencing ke atas salah seorang suspek juga didapati positif ganja.
Haihlah.. kami faham semua orang hendak balik kampung pada waktu sekarang. Tapi, semua orang kenalah patuhi undang-undang yang dikeluarkan oleh kerajaan. Kan tak pasal-pasal kena saman dah, seperti yang berlaku kepada beberapa insan yang merentas negeri baru-baru ini demi – err
– menghadiri majlis perkahwinan!
ARTIKEL BERKAITAN :
Published by
Nana