Kris Wu (Ex-EXO) Lebarkan Karier Bersama Universal Music Group

Share

Fans K-pop terutamanya peminat EXO, masih ingat lagi tak dengan Kris Wu? Sudah semestinya korang ingatkan figura kacak yang berusia 27 tahun berasal dari China ini.

Walaupun telah lama meninggalkan grup tersebut karier Kris Wu masih bertahan utuh dan semakin berkembang dengan baik. Mungkin kerana peminatnya dari EXO dulu masih setia bersama?

Terbaru, Universal Music Group (UMG) telah melamar Kris Wu dan menandatanganinya sebagai artis di bawah label mereka. Dilihat sebagai antara permata Asia paling berpengaruh, UMG melihat Kris Wu sebagai artis yang mempunyai potensi luar biasa.

Menerusi perjanjian ini juga menyaksikan Kris bakal bekerjasama dengan beberapa label terkenal dari Amerika Syarikat seperti Geffen A&M, dari United Kingdom iaitu Island Records serta Universal Music China.

Dengan opersai UMG dalam lebih 60 buah negara, ia bakal memberi impak sangat besar buat kerjaya Kris. Pada majlis pengumuman yang berlangsung beberapa hari lalu Pengerusi dan CEO UMG, Sir Lucian Grainge berkata, “Kris merupakan seorang artis yang berbakat. Dia seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan juga usahawan yang mempunyai aspirasi tinggi. Kami berasa amat teruja untuk menerimanya sebagai ahli keluarga terbaru Universal Music”.

Bagi Kris pula kerjasama bersama UMG ini dilihatnya sebagai anjakan besar dalam kariernya sebagai artis. “Saya berasa sangat berbesar hati dapat berkolaborasi bersama UMG. Semoga visi serta kreativiti saya dalam bidang muzik dapat berkembang dengan baik,” jelasnya yang sangat teruja.

Pada masa ini dia dikatakan sedang menyiapkan album terbaru dan turut bertindak sebagai penerbit.

Hwaiting Kris Wu & selamat maju jaya! 😀

Published by
Farizul Izwany Ibrahim