
Siapa sini penggemar donut Krispy Kreme? Sejak bermulanya PKP, servis pandu-lalu telah meningkat kerana mungkin ada ramai diantara kita yang tidak mahu keluar dari kereta untuk membeli makanan, dan pada yang sama kita juga ingin mengurangkan interaksi sesama manusia.
Pengumuman ini telah dibuat menerusi perkongsian di Facebook Krispy Kreme Doughnuts Malaysia pada 11 Jun yang lalu..
Menurut pengumuman yang dibuat oleh Krispy Kreme Malaysia, cawangan pandu lalu ini bakal dibuka di Rimbayu, bermula 15 Jun ini..

Jadi, mulai hari ini, korang boleh dapatkan donut dan air kegemaran korang daripada Krispy Kreme. Sekarang lebih mudah dengan pandu-lalu, kalau korang craving donut, boleh pandu lalu je! Tak payah dah nak kena turun kereta dan beratur untuk membeli Krispy Kreme..
Sepanjang musim PKP 3.0 ini, cawangan ini akan dibuka bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.
Sekadar info tambahan, jika ada diantara korang yang dah divaksinasi, korang layak untuk tebus satu Original Glazed Donuts secara percuma, dengan mana-mana pembelian donut Krispy Kreme. Walaubagaimanapun, tawaran ini hanya boleh digunapakai dalam tempoh 14 hari daripada waktu korang divaksinasi tau!
Jadi, penduduk Selangor cepat-cepatlah pergi dapatkan donut korang!
KLIA Terminal 1 Akhirnya ‘Merasa’ Hotel Kapsul, 24 Pod Katil Boleh Ditempah Sementara Tunggu Penerbangan

Penyedia tempat penginapan di lapangan terbang, CapsuleTransit akhirnya melancarkan cawangan hotel kapsul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.
Terdahulu, cawangannya di KLIA Terminal 2 telah dibuka sekitar tahun 2016.
Setelah tujuh tahun ia beroperasi, ‘jirannya’ di KLIA Terminal 1 dirasmikan pada 26 Jun 2023 oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Ia sekaligus membuka lembaran baharu untuk penginapan di dalam pod yang unik untuk penumpang penerbangan domestik serta antarabangsa sementara menunggu penerbangan masing-masing

Pada keluasan 650 kaki persegi, Capsule Transit di KLIA Terminal 1 memuatkan sebanyak 24 pod kapsul yang direka agar pengunjung dapat berehat di dalam ruang penuh selesa.
Setiap pod kapsul dilengkapi kemudahan penting seperti port pengecasan USB, soket mengecas, kunci pintu digital, insulasi bunyi dan pencahayaan boleh laras agar korang dapat menikmati waktu persinggahan sementara itu.
Paling penting, ada akses Wi-Fi percuma!
Ujar Ketua Pegawai Eksekutif CapsuleTransit iaitu Ryan Loo, syarikat itu telah jauh melangkah ke hadapan sejak ia ditubuhkan pada tahun 2014.
Dengan pembukaan cawangan baharu di KLIA Terminal 1 ini, ia tentunya menaikkan semangat pasukannya untuk terus menawarkan servis kepada pengunjung di sana pula.
“Pelancaran ini adalah bukti komitmen kami untuk mengalu-alukan pelancong dari seluruh dunia dengan layanan mesra Malaysia yang dikenali ramai. Kami akan berusaha untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi utama di Asia,” kata Ryan.
Memasuki tahun 2024, CapsuleTransit di KLIA Terminal 2 akan terus memperbesarkannya dengan menambah 50 katil premium, ruang istirehat, spa dan kemudahan gymnasium.
Tidak mustahil, cawangan KLIA Terminal 1 juga akan mempunyai kemudahan-kemudahan berkenaan.
ARTIKEL BERKENAAN: Hotel Kapsul Pilihan Backpackers, Lebih Murah & Berbaloi – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pencinta Minuman Latte, Ice Blended®! Jangan Terlepas Menu Akhir Tahun The Coffee Bean & Tea Leaf® Ini, Rambang Mata!

Setiap kali akhir tahun menjelma, ia sinonim dengan musim percutian dengan insan yang tersayang. Pada waktu inilah, korang ‘diberi pengecualian’ untuk lebih banyak meluang masa berehat sejenak – bukan sahaja kerana baki cuti tahunan yang masih banybak tetapi disebabkan mood perayaan yang dapat dirasai oleh kita semua.
Setelah dua tahun kita semua dikekang daripada bersama-sama menyambut cuti akhir tahun, 2022 membuka lembaran baharu bersama keluarga dan kawan tersayang dengan pilihan makanan dan minuman istimewa.
The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia memahami keinginan rakyat Malaysia itu dan kembali dengan juadah musim percutian akhir tahun yang biasa kamu nikmati serta aneka minuman baharu pada tahun ini.
Khas buat menggemar minuman yang mengandungi ramuan coklat dan pudina, pastikan kamu tidak terlepas daripada mencubanya!
Bagi pencinta Latte, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia menyediakan tiga pilihan termasuklah Macadamia White Chocolate Latte (kecil RM17.90, biasa RM18.90), Double Chocolate Peppermint Latte (kecil RM17.90, biasa RM18.90) dan Gibraltar Peppermint Latte (biasa RM15.80). Ketiga-tiganya mempunyai rasa berbeza biarpun di bawah kategori minuman jenis Latte. Jadi pastikan kamu mencuba satu-persatu untuk pengalaman kopi berlainan.

Jika kamu lebih menyukai minuman jenis Ice Blended®, jangan terkejut dengan pelbagai pilihan yang disediakan hingga boleh membuat kamu rambang mata!
The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia tidak mengecewakan apabila ia menyediakan pilihan Ice Blended® seperti Macadamia White Chocolate Ice Blended® (kecil RM18.90, biasa RM19.90), Pure Macadamia White Chocolate Ice Blended® (kecil RM18.90, biasa RM19.90) dan Double Chocolate Peppermint Ice Blended® (kecil RM18.90, biasa RM19.90).

Kan dah kata, banyak pilihan! Hehe..
REMAJA juga sempat mencuba minuman jenis Cold Brew daripada menu akhir tahun The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia ini. Ia terdiri daripada Macadamia White Chocolate Cold Brew Latte (kecil RM14.50, biasa RM15.50) dan Peppermint Cream Cold Brew (kecil RM14.50, biasa RM15.50). Pilih sahaja sama ada kamu lebih menggemari perisa manis coklat ataupun daun pudina.
Turut disediakan adalah minuman berasaskan koko yang cukup sesuai dinikmati pada waktu malam ataupun hari-hari bercuaca sejuk. Dalam keselesaan berada di rumah dalam persalinan sweater masing-masing, tentunya masa releksasi lebih bermakna dengan kehadiran minuman Double Chocolate Peppermint Cocoa (biasa RM18.90).
Pencuci Mulut Pelengkap Musim Perayaan
Tidak sah rasanya sekiranya The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia tidak menyediakan juadah pencuci mulut beraneka jenis pada musim perayaan. Pilihannya memang pelbagai, cukuplah untuk kamu ‘rotate’ sepanjang Disember!
Dapatkan menu kegemaran kamu ramai seperti Winter Berry dan Starry Starry Night merupakan manisan bercoklat yang hadir dengan sentuhan buah beri.


Sementara itu, Warm Winter Log, Happy Holiday Log dan Snowy Holiday bukan sahaja cantik untuk dilihat tapi juga lazat dimakan. Totally Instagrammable!


Jingle Berry Swirl dan Panettone Frost mungkin menjadi pilihan kamu, manakala adik-adik kamu yang masih kecil pasti terpikat dengan Lil’ Mr Snow dan Jolly Breadman.

Secara peribadi, paling REMAJA gemari adalah Grandpa’s Chicken Sandwich dan Grandma’s Smoked Duck Salad. Bukan sahaja ia mengenyangkan, malah dapat mengembalikan nostalgia kepada musim perayaan dahulu kala.

Tambah istimewa pada tahun ini, kamu bersama-sama The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia boleh meraikan musim perayaan bersama mereka yang memerlukan bantukan di Alzheimer’s Disease Foundation Malaysia (ADFM).
Sebagai sebahagian daripada program Caring Cup, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia memberi peluang untuk kamu berkongsi keriangan bersama mereka di sekeliling.
Caranya mudah sahaja, kamu boleh mendapatkan tag hadiah musim cuti yang dijual pada harga RM2 untuk setiap hadiah ataupun RM8 bagi set berempat. Di antara barangan hadiah yang boleh korang dapatkan daripada siri Holiday Amber Wing terdiri daripada Chill Amber Wing, Arendal Amber Wing dan Sustain Amber Wing.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, kunjungi platform dalam taliannya seperti Facebook, Instagram. TikTok, atau laman sesawang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
10 Kawasan Ini Catat Suhu Hingga 37 Darjah Celsius, Awas Dengan Gejala Strok Haba

Isi Kandungan
ToggleCuaca panas yang melanda negara mencatatkan sebanyak 10 kawasan di Semenanjung Malaysia berada dalam gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga.
Menurut MetMalaysia, kawasan terbabit melibatkan empat daerah di Perak iaitu Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak, manakala tiga di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. Ia turut berlaku di Tampin, Negeri Sembilan serta Tangkak dan Kluang, Johor.
Tahap kuning bermaksud suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut. Sementara itu, seluruh kawasan di Sabah dan Sarawak merekodkan suhu maksimum harian kurang 35 darjah Celsius bagi tempoh sama.

Walau bagaimanapun, MetMalaysia tidak menjangkakan keadaan cuaca panas luar biasa berlaku pada tahun ini, namun masyarakat dinasihatkan untuk lebih berjaga-jaga terutamanya untuk mengelak daripada berlakunya strok haba.
Strok haba boleh berlaku jika korang mengalami keletihan haba pada waktu yang panjang. Sekiranya korang mengalami gejala keletihan haba, pastikan korang mencegahnya daripada menjadi strok haba.

Apakah gejala strok haba?
• Peningkatan suhu badan secara mendadak (41 darjah Celsius)
• Denyutan jantung menjadi cepat
• Pernafasan cepat dan pendek
• Tekanan darah menurun
• Badan kering dan panas
• Tidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar
• Rasa kepala berpusing
• Pening
• Rasa mual
• Sawan atau pengsan
Sekiranya berlaku, apa yang perlu korang buat?
• Bawa ke tempat sejuk berhawa dingin
• Minum air jika sedar
• Mandi air sejuk
• Lapkan badan dengan tuala sejuk

Lebih baik lagi, kurangkan melakukan aktiviti luar seperti bersenam, berjogging atau bersukan. Jangan keluar dari rumah atau bangunan jika tidak mempunyai urusan penting.
Take care guys!
Sumber: BERNAMA, Public Health Malaysia