Siapa sini penggemar donut Krispy Kreme? Sejak bermulanya PKP, servis pandu-lalu telah meningkat kerana mungkin ada ramai diantara kita yang tidak mahu keluar dari kereta untuk membeli makanan, dan pada yang sama kita juga ingin mengurangkan interaksi sesama manusia.
Pengumuman ini telah dibuat menerusi perkongsian di Facebook Krispy Kreme Doughnuts Malaysia pada 11 Jun yang lalu..
Menurut pengumuman yang dibuat oleh Krispy Kreme Malaysia, cawangan pandu lalu ini bakal dibuka di Rimbayu, bermula 15 Jun ini..
Jadi, mulai hari ini, korang boleh dapatkan donut dan air kegemaran korang daripada Krispy Kreme. Sekarang lebih mudah dengan pandu-lalu, kalau korang craving
donut, boleh pandu lalu je! Tak payah dah nak kena turun kereta dan beratur untuk membeli Krispy Kreme..Sepanjang musim PKP 3.0 ini, cawangan ini akan dibuka bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.
Sekadar info tambahan, jika ada diantara korang yang dah divaksinasi, korang layak untuk tebus satu Original Glazed Donuts
secara percuma, dengan mana-mana pembelian donut Krispy Kreme. Walaubagaimanapun, tawaran ini hanya boleh digunapakai dalam tempoh 14 hari daripada waktu korang divaksinasi tau!Jadi, penduduk Selangor cepat-cepatlah pergi dapatkan donut korang!