Tular di media sosial tentang seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh ke dalam lubang perigi sedalam 32 meter di Maghribi, sejak beberapa hari lalu.
Kisah ini telah mendapat liputan di negara-negara seluruh Afrika Utara dan Eropah. Buat masa ini, difahamkan bahawa misi menyelamat masih lagi diteruskan.
Tak dapat kita bayangkan bagaimana agaknya keadaan kanak-kanak bernama Rayan itu apabila terperangkap di bawah permukaan tanah sedalamnya 32 meter. Mungkin ramai yang ingin tahu situasi sebenar bagaimana kanak-kanak tersebut boleh terjatuh ke dalam lubang tersebut.
Menurut MalDef, pada 1 Februari 2022l, Rayan mengikuti bapanya untuk membaik pulih sebuah perigi kering berdekatan rumah mereka. Pada ketika bapanya sedang sibuk, Rayan berkemungkinan bermain di sekitar kawasan perigi tersebut. Hanya setelah beberapa ketika bapanya mula sedar, anaknya itu sudah hilang.
Puas mencari, beliau baru tersedar yang anaknya telah terjatuh ke dalam perigi kering dan terus meminta penduduk kampung datang membantu. Masalah yang mereka hadapi sekarang adalah dia terjatuh pada kedalaman lebih 30 meter dan lubang perigi itu hanya berukur lilit 25 sentimeter lebar sahaja.
Ads
Tidak cukup dengan itu, lubang tersebut bertukar menjadi semakin sempit mengikut jarak. Segala maklumat ini telah dicerap oleh pasukan bantuan pelbagai agensi yang datang untuk membantu mengeluarkan Rayan.
Setakat hari ini, pihak penyelamat telah mengesahkan bahawa Rayan masih hidup di bawah sana. Corong oksigen, lampu, air minuman dan makanan serta kamera telah dihulurkan ke bawah bagi tujuan mengawasi keadaan Rayan.
Pihak penyelamat juga telah melontarkan pelbagai cadangan bantuan bagi kes ini. Salah satunya adalah untuk menghantar seseorang membawa Rayan naik ke atas menggunakan tali. Namun atas sebab kelebaran lubang perigi yang semakin mengecil di bawah, cadangan tersebut dianggap mustahil.
Ads
Kini, mereka sedang mengusahakan cadangan menggali keseluruhan tanah untuk sampai di kedalaman di mana Rayan sedang berada.
Mereka dilaporkan sedang menggali bertan-tan tanah sedalam 30 meter lebih daripada sisi. Jika hendak diikutkan, cara ini agak berisiko memandangkan situasi tanah runtuh boleh berlaku apabila mereka mendekati lokasi Rayan. Setakat waktu artikel ini ditulis, hanya beberapa meter sahaja tinggal dalam misi penggalian dari sisi ini sebelum mereka tiba pada Rayan.
Ads
Marilah kita sama-sama berdoa agar segala urusan pihak berkuasa di sana dipermudahkan. Semoga adik Rayan dapat diselamatkan dengan segera.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Isu Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN sering mendapat perhatian ramai kerana boleh dikatakan sebahagian dari pelajar yang menyambung kuliah di peringkat diploma mahupun ijazah akan membuat pinjaman ini untuk meneruskan kesinambungan pendidikan.
Setiap kali isu ini disentuh akan ramai yang berbicara termasuk isu terbaru, ada mahasiswa yang sanggup berjalan kaki beramai-ramai membantah dan menuntut janji-janji manifesto pilihanraya di mana hanya mereka bergaji RM4000 sahaja baru layak membayar pinjaman. Bagaimana pun isu pinjaman PTPTN ini tidak pernah selesai kerana ia dianggap sebagai HUTANG.
Apa pun menerusi portal rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional memberikan berita baik untuk peminjam PTPTN yang membuat bayara penuh kerana diskaun sebanyak 20 peratus diberikan kepada semua peminjam yang membuat bayaran sehingga 31 Disember 2018 ini.
Baca ada 17 soalan dan pertanyaan yang membolehkan korang faham mengenai diskaun 20 peratus ini.
Diskaun 20% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman
Siapakah yang layak mendapat diskaun 20% ini?
Semua peminjam PTPTN (termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan) yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 27 Oktober 2017 hingga 31 Disember 2018 layak mendapat insentif ini.
2) Adakah pemberian diskaun 15% di bawah Bajet 2017 diteruskan?
Dengan pelaksanaan diskaun 20% di bawah Bajet 2018, pemberian diskaun 15% berakhir pada 26 Oktober 2017.
3) Bagaimana mendapatkan keseluruhan baki hutang pinjaman?
Keseluruhan baki hutang pinjaman boleh diperolehi secara online di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) dengan memilih menu e-Perkhidmatan > Bayaran Balik > Pengesahan Baki Pinjaman/ Surat Penyelesaian Hutang. Peminjam juga boleh menghubungi talian Careline 03-2193 3000.
4) Bagaimana dengan peminjam yang telah mendapat pengesahan baki untuk penyelesaian penuh sebelum 27 Oktober 2017?
– Bagi peminjam yang telah mendapat pengesahan baki tetapi belum membuat bayaran penyelesaian penuh, perlu mendapatkan semula pengesahan baki baharu untuk penyelesaian penuh.
– Manakala bagi peminjam yang telah membuat penyelesaian penuh pada 27 sehingga 31 Oktober 2017 menggunapakai jumlah pengesahan baki dengan diskaun 15%, lebihan bayaran balik akan dipulangkan.
5)Bagaimanakah diskaun 20% ini dikira?
Diskaun 20% ini dikira berasaskan keseluruhan baki hutang pinjaman
6) Bagaimanakah kiraan diskaun bagi peminjam yang telah membuat bayaran melebihi 50% daripada keseluruhan baki hutang sebelum 27 Oktober 2017 dan membuat penyelesaian penuh selepas 27 Oktober 2017?
Peminjam akan diberikan diskaun 10% bagi bayaran sebelum 27 Oktober 2017 dan 20% bagi bayaran penyelesaian keseluruhan hutang yang dibuat selepas 27 Oktober 2017.
7) Bilakah diskaun 20% akan diberikan?
Diskaun 20% diberikan pada setiap hujung bulan. Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 5 haribulan bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 20% diselesaikan.
Semakan penyata pinjaman boleh dibuat dengan memilih menu e-Perkhidmatan > Bayaran Balik > Penyata Pinjaman Online di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my). Peminjam perlu memasukkan kata laluan. Sila hubungi talian Careline 03 – 2193 3000 untuk info lanjut.
8) Bilakah Surat Penyelesaian Hutang (SPH) dikeluarkan dan bagaimanakah cara terbaik mendapatkannya?
Surat Penyelesaian Hutang (SPH) akan dikeluarkan mulai 5 haribulan bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 20% diselesaikan. Cara terbaik adalah dengan memastikan alamat e-mel yang betul dikemaskini semasa semakan baki secara online. Cetakan SPH juga boleh dibuat secara online.
9) Adakah peminjam layak menikmati insentif ini sekiranya membuat penyelesaian melalui gabungan pelbagai saluran seperti KWSP, tunai dan online?
Layak sekiranya penyelesaian hutang pinjaman diterima oleh PTPTN dalam bulan yang sama. Peminjam dinasihatkan untuk membuat bayaran selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan.
10) Adakah bayaran yang dibuat melalui KWSP akan diberikan pemulangan sekiranya terdapat lebihan selepas diskaun diberikan?
Ya, pemulangan lebihan akan dibuat ke Akaun 2 KWSP peminjam.
11) Adakah diskaun 20% diberikan sekiranya bayaran balik dibuat melalui pemulangan pihak IPT/ Penaja?
Diskaun TIDAK diberikan sekiranya bayaran balik dibuat melalui pemulangan pihak IPT/ Penaja
12) Adakah peminjam layak mendapat diskaun 20% sekiranya berhasrat membuat penyelesaian hutang pada bulan terakhir promosi iaitu bulan Disember 2018?
Layak dengan syarat bayaran diterima pada atau sebelum 31 Disember 2018.
13) Adakah peminjam yang HANYA mempunyai hutang Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) juga layak mendapat diskaun 20%?
Layak. Pemberian diskaun 20% juga diberikan kepada hutang WPP sekiranya diselesaikan dalam bulan yang sama
14) Adakah peminjam layak mendapat diskaun 20% sekiranya mempunyai lebih daripada satu pinjaman seperti pinjaman Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dan hanya ingin membuat penyelesaian hutang salah satu daripada peringkat pengajian tersebut sahaja?
Tidak layak, diskaun 20% hanya diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan keseluruhan baki hutang pinjaman beliau iaitu pinjaman Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
15) Peminjam telah tamat pinjaman peringkat Diploma dan masih meneruskan pinjaman dengan pengajian di peringkat Ijazah. Adakah peminjam layak menikmati diskaun 20% sekiranya menyelesaikan keseluruhan hutang bagi peringkat Diploma?
Tidak layak, diskaun 20% hanya diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan keseluruhan baki hutang pinjaman sahaja. Pertimbangan boleh diberikan sekiranya pinjaman yang masih aktif ditamatkan dan penyelesaian penuh dibuat atas keseluruhan hutang pinjaman. Permohonan pinjaman baharu bagi peringkat yang sama adalah tidak dibenarkan.
16) Adakah PTPTN akan membatalkan senarai hitam Jabatan Imigresen (JIM) dan CCRIS selepas peminjam membuat penyelesaian hutang?
Pembatalan senarai hitam (JIM) akan dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja.
Pengeluaran daripada senarai CCRIS akan dibuat pada 15 haribulan bulan berikutnya. Walau bagaimana pun, untuk tujuan permohonan pinjaman daripada Institusi Kewangan, Surat Pengesahan Bayaran akan dikeluarkan kepada peminjam sehari (hari bekerja) selepas bayaran diterima oleh PTPTN.
17) Adakah peminjam yang baru tamat pinjaman dan masih belum dibina JBB layak mendapat diskaun 20%?
Layak sekiranya penyelesaian penuh dibuat selewat-selewatnya pada 31 Disember 2018.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa sahaja yang dilakukan oleh selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Nor pastinya mendapat perhatian netizen di media sosial.
Baru-baru ini, Neelofa telah pun memuat naik sebuah video posting di laman instagramnya dan mengumumkan bahawa dia turut serta dalam kempen yang dilancarkan oleh pereka fesyen Inggeris, Stella McCartney, iaitu #ThereSheGrows.
Kempen ini bertujuan untuk membantu menyelamatkan ekosistem Leuser di Indonesia dan peserta diminta untuk mendedkasikan mesej kepada seseorang sebelum meminta orang lain melakukan perkara yang sama.
Juara Pencarian Dewi Remaja 2009/10 ini mendedikasikan penghormatan ini buat anak saudaranya, Jebat Jayden.
“I would love for him to experience the greeneries when he grows up. I think it’s very important for us to leave a better and greener world for our future”
Neelofa ingin anak saudaranya merasai sendiri pengalaman kehidupan yang lebih segar dengan kehidupan hijau ketika dia membesar.
Ramai yang memuji tindakan selebriti ini kerana menyokong kempen tersebut dan memberi kesedaran kepada masyarakat dunia.
Bukan hanya Neelofa, selebriti antarabangsa yang lain juga turut menunjukkan tanda sokongan untuk menyertai inisiatif ini bagi mewujudkan kesedaran di sekitar ekosistem Leuser. Antara selebriti Hollywood yang turut serta adalah seperti Gwyneth Paltrow, Drew Barrymore, Jimmy Fallon dan Justin Timberlake.
Congrats Lofa. Diharap ramai lagi anak muda yang menyokong dan tanamkan dalam diri untuk mencintai kehidupan hijau serta memastikan alam sekitar sentiasa terjaga demi masa hadapan generasi yang akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Dek kerana mulut selalu mengejek rakan sekelasnya sebagai pondan dengan gurauan tiada batas, seorang remaja lelaki mati ditembak rakan sekelasnya selepas mangsa mengejek rakan sekolahnya itu sebagai Lady Boy a.k.a Pondan.
Dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Bang Kraso, Daerah Muang di Nonthaburi dekat Bangkok, dalam kejadian sekitar jam 8.30 pagi waktu tempatan, mangsa, Chonlasit Boonchan, 13, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan bilik darjahnya.
Dirinya tepat ditembak di dahi.
Yayasan Penyelamat, Yayasan Siamnontaburi memaklumkan suspek itu memakai topeng hitam, baju dan sarung tangan ketika dia melepaskan tembakan ke arah Chonlasit.
Katanya, suspek segera melarikan diri dari tempat kejadian dan pergi ke tandas untuk menukar pakaian sekolahnya, bagaimanapun dia berjaya ditangkap oleh guru dan pelajar di sekolah itu.
Suspek memberitahu polis, mangsa berulang kali menamparnya dan memanggilnya sebagai “toot” (pondan) yang mendorong dia bertindak menembak mangsa.
Suspek turut memberitahu polis dia mencuri pistol bapanya pagi semalam dan menembak Chonlasit ketika mangsa sedang membuka kasutnya untuk memasuki bilik darjah.
Polis turut menemukan sepucuk pistol 7.65 mm di dalam beg sandang remaja itu.
Remaja itu kemudiannya ditahan bagaimanapun pihak polis tidak mendedahkan tuduhan yang akan dikenakan ke atasnya.
Satu nasihat untuk golongan Remaja, kalau bergurau itu biarlah ada batasannya ya. Jangan sampai menyinggung hati dan perasaan orang lain kerana kita tidak tahu apa tindakan orang yang sedang marah.
Jadi, jagalah mulut masing-masing agar tak ada isu bertumbuk dengan rakan sekolah hanya kerana isu ejek mengejek yang dianggap satu perbuatan menghinanya.
Sumber : FMT
JANGAN LUPA PENCARIAN HERO REMAJA YANG BERMULA SABTU INI, Datang jangan tak datang
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...