Seluruh negara hari ini bersedih dengan tragedi yang dianggap cukup mengejutkan semua pihak. Sejak tengah malam semalam, netizen tidak putus-putus menghulurkan kata-kata takziah dan simpati kepada keenam-enam keluarga mangsa perwira negara yang telah terkorban semasa bertugas.

Kronologi Tragedi Yang Meragut Nyawa 6 Anggota Bomba Wira Negara

Enam anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBDPM) yang terkorban ialah Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33; Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25; dan Mohd Fatah Hashim, 34 yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Shah Alam.

BACA: ‘Lemas Itu Mati Syahid, Mulianya Kematian 6 Anggota Bomba’ – Mufti Wilayah

Tragedi ini turut mendapat perhatian daripada pelbagai peringkat rakyat Malaysia termasuklah pemimpin tetinggi negara. Perdana Menteri, Tun Mahathir menyifatkan kejadian ini sebagai satu treagedi yang amat menyedihkan.

Ads
Kronologi Tragedi Yang Meragut Nyawa 6 Anggota Bomba Wira Negara
Lokasi kejadian di Lombong Taman Putra Perdana, Puchong.

Semetara itu Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata keenam-enam wira negara ini mati syahid. Jelasnya, mereka bukan sahaja mati lemas tetapi terkorban kerana dalam misi membantu dan menolong mangsa sehingga meragut nyawa sendiri.

REMAJA yang turut turun ke Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Shah Alam pagi tadi turut merasa hiba dan sesungguhnya negara telah kehilangan anggota yang cukup berdedikasi dengan tanggungjawab dan tugasannya.

Inilah kronologi tragedi malang yang telah meragut nyawa 6 ahli bomba.

Ads

TERIMA PANGGILAN (6.30 PETANG)

Kira-kira jam 6.30 petang semalam, Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya telah menerima panggilan kecemasan dan dikejarkan ke Lombong Taman Putra Perdana kerana terdapat kes seorang remaja terjatuh dan lemas.

KETIBAAN ANGGOTA PPDA (8.55 MALAM)

Seramai enam orang ahli Bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan empat orang dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan dua orang dari Balai Bomba Shah Alam tiba di lokasi untuk misi mencari dan menyelamat.

TURUN KE LOMBONG (9.15 MALAM)

Selepas melakukan persiapan, ahli pasukan PPDA mula turun ke lombong untuk memulakan misi mencari mangsa. Keenam-enam anggota mengikat tali panjang antara satu sama lain dan dari tebing tali secara perlahan-lahan dihulurkan bagi merapatkan diri ke kawasan yang dipercayai tempat mangsa jatuh. Namun secara tiba-tiba arus deras yang mengalir mula menarik seorang demi seorang anggota PPDA ke dalam arus pusaran.

Ads

USAHA MENYELAMAT (9.45 MALAM)

Anggota penyelamat yang berada di bahagian tebing berusaha lebih 30 minit untuk menarik mereka seorang demi seorang dan memberikan bantuan pernafasan (CPR).

PENGESAHAN KEMATIAN (9.50 MALAM)

Selepas melakukan CPR, pasukan perubatan dari Putrajaya yang turut berada di lokasi kejadian mengesahkan enam anggota bomba terbabit meninggal dunia akibat lemas.

Kami di team REMAJA mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang gugur ketika bertugas dan juga kepada keselurahan keluarga besar JBDPM.

Al-fatihah…

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI