KTM Berhad Tawar Diskaun Tiket Sehingga 50%, Netizen Lembah Klang Luah Rasa Sedih

Share

Selain daripada menggunakan perkhidmatan pesawat dan bas ekspres, keretapi juga antara pengangkutan awam yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain.

Ada yang lebih gemar memilih menaiki keretapi kerana harganya yang murah berbanding pesawat, ditambah pula dengan kelajuan yang lebih berbanding bas ekspres.

Terbaru, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun tambang sehingga 50 peratus untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar (KTM Intercity) bermula 27 Oktober sehingga 9 November depan.

Diskaun tersebut ditawarkan bagi perjalanan ke mana-mana destinasi sedia ada membabitkan enam perkhidmatan ETS dan lapan KTM intercity ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Berita Harian, usaha ini dilakukan memandangkan jumlah penumpang bagi kedua-dua perkhidmatan itu mengalami penurunan yang ketara sejak pelaksanaan PKPB.

Walau bagaimanapun, di laman Facebook KTM Berhad terlihat banyak komen daripada individu yang tinggal di sekitar Lembah Klang sedih kerana tidak berpeluang untuk mendapatkan tawaran diskaun tersebut.

Mungkin bukan rezeki masyarakat di sekitar Lembah Klang untuk mendapat potongan 50 peratus diskaun n ikan. Hiks!

Tidak mengapalah, sama-sama kita berdoa agar terputus rantaian virus COVID-19 ini dan semoga kita semua sentiasa dilindungi.

Sumber: KTM Berhad

Published by
Noor Ain Norman