Jika dahulu, bencana banjir selalunya dijangka berlaku pada akhir tahun dan kerap kali berlaku di negeri-negeri Pantai Timur sahaja. Namun kini, sukar untuk kita letakkan jangkaan mengikut ‘musim banjir’ lagi.
Sejak akhir tahun 2021 lagi, sudah beberapa kali ibu negara Kuala Lumpur menjadi ‘mangsa’ kepada bencana banjir kilat yang mengakibatkan kerosakan jutaan Ringgit terutamanya kenderaan yang diletakkan di parkir bawah tanah serta di kawasan parkir terbuka.
Ia secara tidak langsung mengingatkan masyarakat Malaysia terhadap keadaan bandaraya Jakarta di Indonesia yang sering digelar sebagai ”kota tenggelam’ dek kekerapan berdepan banjir kilat. Isu air naik di sana telah bertukar serius sehinggakan ia menjadi salah satu faktor kepada penukaran ibu negara Indonesia ke Nusantara di Kalimantan tidak lama lagi.
Berbalik kepada isu banjir kilat di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya seperti yang berlaku pada hari ini akibat hujan lebat berterusan, warga kota kini terpaksa berfikir dua kali untuk menjalankan aktiviti harian kerana khuatir dengan keadaan tersebut. Tambahan pula bagi yang menetap di kawasan tanah rendah atau dekat dengan saliran air yang selalu naik paras airnya sewaktu hujan; lebih banyak yang terpaksa mereka fikirkan selepas ini agar tragedi kehilangan harta seperti yang berlaku pada Disember 2021 kembali berulang.
Persoalannya, apakah Kuala Lumpur akan menerima nasib sama seperti Jakarta dalam waktu terdekat?
Kejadian banjir di Lembah Klang telah membongkarkan punca-punca yang selama ini tersembunyi daripada pengetahuan masyarakat umum. Antaranya termasuklah isu perparitan tersumbat, tidak cukup dalam, masalah tiada saliran air yang efisen, tiada kawasan kolam tadahan yang luas dan banyak lagi.
Ads
Lapor REMAJA tidak lama dahulu, kajian yang dilakukan oleh Nature Communication iaitu sebuah badan yang menerbitkan jurnal berkualiti mendedahkan Malaysia akan terjejas serta tenggelam menjelang tahun 2050.
Demi mengelak daripada kemungkinan ini daripada terjadi, Malaysia seharusnya mengambil tindakan segera bermula sekarang.
Antara yang pernah dicadangkan termasuuklah penanaman pokok di kawasan rendah dan kawasan yang terdedah kepada risiko banjir, melebarkan lagi zon tanpa kenderaan demi ‘memaksa’ warga kota mengambil pengangkutan awam (dengan syarat perkhidmatan yang disediakan ditambah baik dari segi efisiensi serta jumlah dan kekerapan) dan paling utama buat masa ini, melakukan pembersihan sistem perparitan dan sungai secara kerap.
Buat kita sebagai rakyat Malaysia pula, jika kita masih sayangi bandaraya tercinta Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang ini, mulai sekarang didiklah diri untuk memiliki mentaliti kelas pertama dengan membuang sampah di kawasan yang disediakan. Semudah itu saja. Ia sudah memadai untuk mengurangkan risiko banjir kilat melampau setiap kali hujan turun dengan lebat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Antara portfolio kerajaan yang paling mendapat perhatian tinggi daripada golongan remaja semestinya Kementerian Belia dan Sukan. Jika dahulu ia dikepalai oleh Khairy Jamaluddin yang juga mesra di kalangan netizen dengan nama KJ, kini jawatan menteri masih lagi belum diumumkan.
Kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang penuh bersejarah lalu membuatkan rakyat Malaysia menjadi cukup excited untuk menantikan barisan kabinet yang diumumkan oleh Perdama Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sehingga kini, Tun Mahathir telah mengumumkan sebanyak 13 kementerian pertama dan menyaksikan banyak muka-muka serta lama dalam barisan kabinet. Dan dalam masa terdekat juga Tun Mahathir akan mengumumkan baki kementerian lain yang dikatakan berjumlah tidak lebih daripada 25 kementerian.
Bagaimana pula dengan Kementerian Belia dan SukaN? Adakah portfolio yang cukup dekat dengan golongan belia ini akan diberikan kepada pemimpin muda?
Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming menerusi akaun Twitter telah mencadangkan agar Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menerajui kementerian tersebut. Manakala bagi jawatan Timbalan Menteri pula beliau mencadangkan Ahli Parlimen Muar yang juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Menurut Kian Ming lagi, Nik Nazmi mempunyai pengalaman luas sebagai Exco Selangor sebelum ini yang bertangungjawab ke atas pendidikan, modal insan, sains, teknologi dan inovasi. Bertindak selaku Ahli Parlimen Setiawangsa, pemimpin yang baru berusia 36 tahun tersebut juga merupakan bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.
Walau bagaimanapun, Kian Min pada awalnya memilih Puteri Reformasi dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai calon pilihannya. Namun, Nurul Izzah dilaporkan tidak mahu memegang jawatan dalam kabinet.
Syed Saddiq pula dilihat sebagai seorang anak muda yang bukan sahaja menjadi sebutan ramai dan dikenali di kalangan generasi muda tetapi mempunyai kemampuan untuk memberikan idea baru dan berkarisma.
Tambahnya lagi, cabaran baru buat mana-mana calon yang dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan ialah menguruskan pelbagai persatuan sukan kebangsaan yang sering dikaitkan dengan politik, kekurangan dana dan bagaimana untuk mencari idea bagi memperkasakan lagi gaya hidup sihat seperti yang pernah diperkenalkan oleh bekas menteri sebelum ini dengan inisiatif, FitMalaysia.
Sesiapa pun yang akan dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan nantim REMAJA harapkan agar lebih banyak program yang dekat dengan remaja boleh diperbanyakkan. Selain itu, REMAJA turut berharap agar bakat-bakat muda dalam bidang e-sport akan dibawa secara lebih serius dan diberikan dana untuk membantu industri ini berkembang lebih pesat.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Belum pun reda kisah seorang pemandu hampir maut kerana keretanya dihempap kepingan konkrit, kini kes yang lebih kurang sama apabila seorang wanita nyaris maut selepas kenderaan yang dipandunya dihempap besi Menara kren.
Kejadian berlaku di Jalan SS2/24, Petaling Jaya pada jam 5.45 petang itu membabitkan seorang mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Ketika mangsa melalui kawasan tersebut, tiba-tiba muatan besi Menara kren dari sebuah treler jatuh menimpa kenderaannya. Akibat kenderaan itu, bumbung cermin hadapan dan beberapa bahagian lain kereta rosak, namun dilaporkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada bahagian hadapan treler yang membawa bahan muatan menara kren berkenaan tersangkut pada kabel telefon menyebabkan dua tiang telefon tumbang dan kabel telefon merentangi Jalan SS2/24.
Mangsa telah pun membuat laporan polis manakala pemandu treler belum tampil membuat laporan setakat ini. Kertas siasatan dibuka di bawah Peraturan 19 Kaedah Lalulintas 166/59 kerana muatan yang dibawa atas kenderaan jatuh dan mengakibatkan kemalangan.
Malang tidak berbau. Diharap tiada lagi kes seperti ini berlaku. Semoga mangsa mendapat pembelaan yang setimpal.
Nampaknya semalam hangat di media sosial mengenai isu Lesbian, Gay, Biseksual & Trangender atau singkatannya (LGBT) apabila Datin Paduka Marina Mahathir bersuara mengenai nasib golongan ini.
Hak kesamarataan ke sekolah, mendapatkan rawatan di hospital, pekerjaan dan perlindungan keselamatan tanpa sebarang diskriminasi yang disoalnya ternyata mendapat respon yang bukan sedikit dari rakyat Malaysia yang mempersoalkan kembali kenyataan dikeluarkannya. Marina dalam satu kenyataannya berkata golongan LGBT hanya mahukan itu dan bukannya tambahan yang boleh mencabar undang-undang, misalnya seperti menghalalkan perkahwinan sejenis.
“Apa saya maksudkan hak sama rata ialah hak di bawah perlembagaan kita. Mereka (komuniti LGBT) adalah rakyat Malaysia dan manusia juga. Hak asasi manusia seperti nak pergi ke sekolah, nak pergi hospital, takkanlah itu semua tak boleh?
“Mereka ketika ini hadapi diskriminasi dari segi kehidupan seharian. Orang yang menentang sangat, apa hak yang mereka nak ambil daripada golongan ini? Soalnya. (BACA SINI).
Ternyata responnya mendapat perhatian dari Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang berkata andai golongan LGBT ini diiktiraf, ia bermaksud kumpulan ini dihalalkan.
Bukan saja Mufti bertanya tetapi isu ini mendapat respon yang bukan sedikit dari rakyat Malaysia. Ini termasuklah seorang doktor perubatan, Nur Ilyani Mohamed Nawawi yang menulis surat terbuka buat Marina mengenai isu dibangkitkannya.
Sebagai doktor, katanya dia sendiri merawat golongan ini yang merupakan penyumbang tertinggi bagi HIV yang mana penularan kuman ini hanya berlaku apabila hubungan seks dan seks songsang dilakukan oleh pasangan.
Namun mungkin kerana merasa diri mereka terancam dan terdesak dengan surat terbuka ini, post yang ditulis oleh Dr Ilyani yang mendapat 4 k likes dan 2.7 k share serta 200 komen telah ditutup oleh pihak FB selepas aduan dilakukan oleh golongan ini. Namun “perjuangan” doktor ini tidak menemui penamatnya kerana ia direpost kembali oleh rakan-rakan seperjuangannya.
Lihat juga respon-respon dilakukan oleh masyarakat yang mengutuk golongan ini. Video yang dibuat secara terbuka oleh Akmal Dahalan yang mengakui videonya sudah di delete kerana keterbukaannya bercakap mengenai isu LGBT ini.
Penyanyi versatil, Aisha Retno berharap isu yang melibatkan dirinya dengan pihak penganjur konsert dapat diselesaikan secara baik.Dalam temu bual bersama Remaja, Aisha juga menyatakan...