Travel

Kuala Lumpur Dinobatkan Sebagai Bandar Paling Mesra Di Benua Asia

Share

Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, baru-baru ini mendapat gelaran sebagai bandar paling mesra di Asia, menjadikannya salah satu destinasi yang paling seronok dikunjungi.

Masyarakat Malaysia disifatkan sebagai golongan mempunyai sikap mesra semula jadi

Dalam senarai yang diterbitkan oleh Enjoy Travel itu, masyarakat Malaysia disifatkan sebagai golongan mempunyai sikap mesra semula jadi. Malah, kemudahan yang tip top, dan budaya yang terbuka, tak hairanlah KL jadi pilihan ramai pelancong dan pendatang dari serata dunia.

Kuala Lumpur Jadi Tersenarai Sebagai Bandar Paling Mesra Di Asia

Menerusi ciapan dimuat naik oleh Menteri Perumahan dan Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di laman X miliknya (@NgaKorMing), beliau berkongsi satu berita gembira di mana Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai bandar paling mesra di benua Asia.

 

Dalam senarai yang diterbitkan oleh Enjoy Travel itu, masyarakat Malaysia disifatkan sebagai golongan mempunyai sikap mesra semula jadi dan baik kepada mana-mana individu meskipun saling tidak mengenali antara satu sama lain.

Selain itu, keramahan masyarakat Malaysia kepada para pelancong juga memudahkan mereka untuk membuat kawan baharu.

Sebanyak 20 bandar lain yang turut berada dalam senarai berkenaan termasuklah Jepun, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turki dan lain-lain.

Senarai penuh adalah seperti di bawah:

  1. Kuala Lumpur, Malaysia
  2. Taipei, Taiwan
  3. Chiang Mai, Thailand
  4. Manila, Filipina
  5. Istanbul, Turki
  6. Kathmandu, Nepal
  7. Singapura
  8. Hong Kong
  9. Jaipur, India
  10. Abu Dhabi, UAE
  11. Seoul, Korea Selatan
  12. Muscat, Oman
  13. Jakarta, Indonesia
  14. Siem Reap, Kemboja
  15. Cebu City, Filipina
  16. Tokyo, Jepun
  17. Dubai, UAE
  18. Guangzhou, China.
  19. Colombo, Sri Lanka
  20. Ho Chi Minh, Vietnam

Malaysia Negara Paling Disayangi Di Asia

Menerusi sebuah portal laman web kewangan yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat iaitu Insider Monkey, Malaysia telah tersenarai sebagai negara yang paling disayangi di Asia.

Berdasarkan 20 negara yang disenaraikan, Malaysia berjaya menduduki tempat pertama dan mengalahkan beberapa negara lain seperti:

  • Singapura (tempat ke-3)
  • Thailand (tempat ke-11)
  • Indonesia (tempat ke-12)

Malaysia Negara Ke-43 Paling Aman Di Dunia

Dalam perkembangan lain pada tahun 2023, laporan The Legatum Prosperity Index mendedahkan Malaysia juga berada di tempat kedua sebagai negara paling aman makmur di Asia Tenggara selepas Singapura.

Di peringkat dunia pula, Malaysia menduduki tangga ke-43 daripada 167 negara manakala Singapura berada di tangga ke-17, Indonesia di tempat ke-63 dan Thailand di tangga ke-64.

Bertuah sungguh jadi rakyat negara Malaysia kan?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana