Populariti Snapchat mungkin tidak sehebat laman media sosial perkongsian foto atau video lain seperti Instagram di Malaysia. Akan tetapi ia sangat popular di kalangan remaja di Amerika Syarikat dan dikatakan masih kekal nombor satu.
Tampil dengan konsep yang cukup ringkas sehingga Instagram pun cuba mengaplikasikan perkara sama menerusi feature
Instagram Stories, Snapchat kini dikatakan menjadi semakin kurang popular.Dan pada semalam, figura antara influencer laman media sosial paling berpengaruh di dunia iaitu Kylie Jenner telah memuat naik satu tweet di mana dia mempersoalkan tentang populariti Snapchat.
Menurut tweet yang dikongsikan olehnya kepada lebih 24.5 juta follower-nya, dia mempersoalkan adalah sesiapa selain dirinya masih menggunakan Snapchat.
Artikel Berkaitan: Koleksi Foto Artis Hollywood Dalam Versi Rakyat Indonesia
Berikutan kenyataan tersebut, nilai saham milik Snapchat telahjatuh sebanyak 6.1%, sekaligus telah menyebabkan nilai laman media tersebut susut sebanyak USD1.3 billion dalam pasaran semasa.
Menurut beberapa pemerhati, ramai pengguna menyatakan rasa kurang selesa dengan rekaan paparan terbaru apps tersebut dan statistik menunjukkan engagement penggunanya semakin menurun sejak ia rekaan baru diperkenalkan.
Susulan daripada kenyataan Kylie Jenner tersebut, syarikat kosmetik menerusi laman media sosial mereka iaitu Maybelline New York turut bertanya kepada follower mereka adakah mereka harus terus setia menggunakan apps perkongsian foto dan video tersebut.
Walaupun begitu, Kylie Jenner dalam tweet susulannya menyatakan bahawa dia masih sayangkan Snapchat.
Begitlah besarnya pengaruh yang dimiliki oleh Kylie Jenner selaku pemain utama yang menentukan trend semasa terutamanya di laman media sosial.