Bagi penguna media sosial, sudah pasti mahukan gambar #Instaworthy kelihatan menarik di ruangan ‘feed’ Instagram masing-masing.
Bagi korang yang ingin mendapatkan gambar #Instaworthy yang ‘rare’ atau lain daripada lain, dengan kapal terbang lalu atas kepala mesti tahu satu port yang viral baru-baru ini.
Namun, bagi korang yang berniat untuk pergi hujung minggu ini diharapkan melupakan niat korang. Hal ini kerana menurut seorang pengguna Facebook Are Peace, kawasan viral itu ditutup atas faktor keselamatan dan juga sampah.
Malah, tular video kawasan itu kini ditutup oleh pihak pengurusan Malaysia Airports.
Menurutnya, hanya kawasan yang menjadi tumpuan ramai itu ditutup dan jalan utama di kawasan itu masih dibuka. Akan tetapi, viewing deck masih dibuka dan anda yang mahu melihat kapal terbang boleh ke sana kerana tempat lebih selamat.
Rata-rata netizen bersetuju tempat itu ditutup disebabkan sikap tidak bertanggungjawap masyarakat membuang sampah.
Malah, tak kurang juga perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen kerana netizen berasa sedih kerana ‘spot’ tersebut telah ditutup sebelum sempat mereka berkunjung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Facebook Are Peace
BENDERA Lambang Kedaulatan Negara, Ini Rusuhan Pernah Berlaku Bila Bendera Dipermainkan
Apa ada di sebalik bendera yang mampu mencetuskan hura-hara di sesebuah negara? Bagi yang bermaruah dan menganggap negara yang didudukinya adalah tempat perlu dipertahankan, bila bendera yang menjadi simbol kedaulatan diinjak-injak, sudah tentu semangat untuk mempertahankannya akan timbul.
Sejak sehari dua ini, tular di media sosial insiden bendera dipasang terbalik. Ada mengaitkannya dengan unsur komunis dan tak kurang juga menganggap ia satu perbuatan protes. Seakan penyakit berjangkit atau senang disebut wabak, satu demi satu insiden bendera terbalik dipaparkan di media sosial.
Apa perasaan bila membaca insiden bendera terbalik ini? Sengaja atau memang tersilap memasangnya?
Sebelum pemikiran pergi lebih jauh perihal insiden bendera dipasang terbalik yang tular di media sosial, minggu lalu ribuan etnik Papua salah satu daerah di Indonesia digegarkan dengan insiden rusuhan besar-besaran di Kota Manokwari dan Jayaputra sebagai memprotes layanan dan penghinaan terhadap pelajar etnik Papua di Surabaya, Jawa Timur pada Jumaat 16 Ogos lepas.
Insiden bermula apabila sekumpulan pelajar etnik Papua dilaporkan membuang dan merosakkan bendera yang dipasang di Asrama Mahasiswa Papua di Surabaya, sebelum asrama itu dikepong pihak polis dan tentera serta masyarakat setempat.
Menurut media tempatan, demonstrasi itu pada mulanya berlangsung secara aman, sebelum beberapa pihak bertindak agresif dengan membakar pejabat Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Papua Barat dan premis- premis perniagaan dan kemudahan awam. Malah memaksa Presiden Indonesia, Jokowi meminta maaf dan menyeru keamanan dikembalikan di Papua.
Pelajar Malaysia protes tindakan pijak bendera
Pada 26 Januari 2014 pula, pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun menzahirkan rasa kesal dengan sebahagian tindakan penyokong Datuk Seri Anwar yang memijak bendera negara berkenaan sebagai membalas tindakan Jepun menghalang Anwar memasuki negara itu kerana pernah disabitkan kes rasuah pada 1999 seperti yang terkandung dalam Perkara 5.1 Kawalan Imigresen Jepun dan Akta Pengiktirafan Pelarian.
Biar tiada tindakan balas dari penduduk Jepun yang dilihat matang menghadapi isu berkenaan, ia juga dilihat sebagai menjaga hubungan diplomatik yang sudah lama terjalin.
8 Februari 2019 pula, Kerajaan Filipina mengakui akan mengambil tindakan terhadap individu atas nama Elly Pamatong yang mendakwa dirinya sebagai pengasas United States Allied Freedom Fighters of the East (USAFFE) di mana dia dilihat mengeluarkan kenyataan-kenyataan anti Malaysia sebelum bertindak membakar bendera Malaysia dan insiden ini tular di media sosial.
Ekoran itu, Kedutaan Filipina di Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihak berkuasa negara itu sedang menangani tindakan itu sewajarnya. Kedutaan tidak akan membiarkan insiden ini berlaku dan kami amat kecewa apabila kejadian ini telah mengecewakan rakyat Malaysia.
“Kedutaan turut menegaskan bahawa kami komited dalam membangunkan hubungan dua negara yang baik antara Filipina dan malaysia,” memetik kenyataan itu.
Pernah ingat bagaimana negara jiran Indonesia melancarkan protes apabila bendera negara mereka diletak terbalik dalam buku cenderamata ketika pembukaan Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 yang mendapat liputan meluas dari media Indonesia?.
Hal ini memaksa bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta maaf bukan saja pada seluruh rakyat Indonesia tetapi kepada rakan sejawatnya iaitu Imam Nahrawi yang meluahkan rasa kesalnya dengan insiden tersebut.
Sarjana turut menulis isu Jalur Gemilang ini
Carian REMAJA mengenai insiden bendera turut menemui tulisan Mohd Ayop Abd Razid yang berkelulusan Sarjana dalam bidang Sejarah dan Tamadun. Dalam satu tulisannya yang pernah disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 29 Ogos 2017 dengan tajuk KENAKAN TINDAKAN TEGAS HINA JALUR GEMILANG. (Baca Sini )
Ketua Polis Johor pun dah beri amaran
Insiden bendera tidak habis bila mana semalam Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya memandang serius perkara bendera terbalik ini kerana memberi pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat.
Katanya, Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan negara dan tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.
“Kebelakangan ini kami mengesan beberapa insiden membabitkan penghinaan terhadap Jalur Gemilang sama ada dipasang atau digantung secara terbalik atau digunakan bagi maksud tidak sewajarnya.
“Keadaan ini memberi persepsi pelbagai dalam kalangan masyarakat kerana bendera adalah lambang kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan di Johor Bahru, hari ini.
Menurutnya, pihak didapati melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Katanya, tindakan juga boleh diambil mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100.
Ini pesan Yang Di Pertuan Agong untuk semua rakyat Malaysia
Sejujurnya, Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang aman damai kerana perpaduan kaumnya, keunikan adat, budaya serta keindahan muka bumi dan kedamaian yang dicapai selama ini. Jangan dirosakkan hanya kerana perbezaan politik, agama dan kelainan pendapat yang wujud sesama kita.
Seperti kata, DYMM Seri Paduka Baginda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa hari perlantikannya di mana baginda menitahkan semua pihak agar jangan sekali-kali mencetuskan api perselisihan dengan membangkitkan perkara yang boleh menggugat dan meruntuh keharmonian negara.
Seri Paduka menegaskan bahawa perpaduan dan keharmonian rakyat adalah tiang seri dan kekuatan negara.
“Bermain dengan api bukan hanya membakar diri sendiri, malahan turut membakar seluruh kampung halaman,” titah Sultan Abdullah pada Istiadat Pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, di Istana Negara di Kuala Lumpur yang lalu.
Jadi inilah NILAI SEBUAH BENDERA yang perlu kita fikir sedalam-dalamnya. Jika bendera adaalah MARUAH NEGARA, sanggupkah maruah kita dipermainkan? Tepuk dada tanya iman di dada!
Salam kemerdekaan ke 62 tahun. Tema tahun ini Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih!
Lelaki Ini Kongsi Teknik Mudah Nak Kesan Produk Kosmetik ‘Sampah’
Isi Kandungan
ToggleRasanya isu tentang keberkesanan produk kecantikan ni memang tak akan habis kerana ada saja yang ragu-ragu tapi masih memakainya.
Dalam pada hati berbelah bahagi sama ada produk tersebut selamat atau tidak, ramai juga yang tertanya-tanya macam mana nak tahu adakah produk itu bagus atau hanya sekadar mengaut untung atas angin.
Remaja tertarik dengan perkongsian yang dibuat oleh Khairul Yoi tentang bagaimana untuk mengesan produk kosmetik yang digelarnya sebagai ‘produk sampah’ di pasaran sekarang.
Sama-sama kita hadamkan apa yang cuba bro ni sampaikan.
Kenali founder terlebih dahulu
1) Kau pergi kedai jamu dalam mall tu. Tak pun mana-mana toko jamu. Segala skincare dalam kotak, ada satu set, bekas kecil-kecil, warna warni di Aidilfitri, itu la produk sampah.
2) Kau cari founder dia. Tengok latar belakang. Kalau tak ada background medic atau chemist, SPM belum habis, atau jenis belajar tak tinggi mana, pendek kata bodoh la senang citer, maknanya produk dia produk sampah.
3) Kau tengok ada jual kat drugstores tak. Kalau tak ada, sampah!
Tengok pada kotak dan ingredients
4) Benda ni paling senang detect. Tengok kotak, ada alamat kilang tak, ada ingredients tak. Kalau takde, sampah!
5) Ada KKM tak bermakna selamat. Aku dah pernah citer pasal KKM sebelum ni. Apatah lagi yang tak ada KKM. Lagi la sampah!
6) Tengok testimoni. Kalau edit sampai hilang hidung, sampah!
Cuba bau, wangi ke tidak
7) Bau. Bau wangi macam letak perfume. Sebab nak hilangkam bau mercury.
8 ) Tekstur. Melekit dan berkilat. Ada mercury. Bila dibiarkan lama-lama, bekas krim akan jadi hitam.
9) Sekiranya korang pakai dan muka barai, sampah! Takde istilah healing crisis. Ada yg cakap “aku pakai elok je”. Yang ni aku nak terang sikit. Ada 3 cara mercury / hydroquinon / tretinoin baraikan kesihatan kau.
Pertama, kesan segera. Kalau pakai terus barai. Kedua, lepas berhenti baru barai. Ketiga, muka glowing, cantik, berkilat. Tapi buah pinggang rosak slow-slow.
Ada mangkuk hayun tanya “Pakai kat muka tetiba rosak buah pinggang? Tak ada kena mengena!” Haa ini kalau aku kabor kau bengap mmg menggelupur. Mercury meresap dari kulit sampai ke dalam saluran darah, darah dibawa ke buah pinggang untuk tapis.
Tak adanya muka kau pakai penapis teh untuk tapis darah. Tu pasal effect buah pinggang. Dah rasa educated sikit lepas baca ni kau boleh slow-slow hantuk kepala kat dinding.
Pakai dua minit dah putih
10) Overclaim. Pakai 2 minit dah putih. Pakai seminggu dah naik urat hijau, bla bla bla. Sama macam supplement dan jamu. Kalau nampak overclaim boleh sembuhkan kanser ke boleh rawat buah pinggang ke boleh rawat penyakit apa ke, sampah! Ingat, supplement bukan ubat!
I’ve done my part. The choice is yours!
Deep sungguh apa yang bro ni cakap. Tapi kalau fikir betul-betul, ada benarnya juga. Bukan apa, iklan produk kosmetik sekarang ni melampau-lampau betul testimoninya. Lebih sedih lagi bila ramai yang percaya dan turut sama tertipu.
Apa-apa pun, pilihan di tangan korang. Jangan kata kami tak warning. Buatlah pilihan dengan bijak. Hiks!
Redakan Dukacita Pascabanjir Rakyat, PM Umum Bantuan Tunai Ribuan Ringgit Untuk Setiap Rumah
Di saat kita semua sedang melangkah masuk ke tahun baharu 2022, masih ada mangsa bencana banjir di beberapa buah negeri yang menyambut tahun baru dalam ‘takungan air’ banjir yang masih belum surut.
Keadaan mendukacitakan ini sedikit sebanyak menyuramkan semangat rakyat untuk menyambut kehadiran tahun baharu.
Justeru, sesi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara langsung untuk mengumumkan pemberian bantuan kepada mangsa banjir oleh kerajaan sebentar tadi sedikit-sebanyak telah meredakan perasaan resah mangsa yang memikirkan kos pascabanjir yang terpaksa mereka hadapi selepas ini.
Ini bermakna rakyat tidak perlu mengeluarkan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing bagi kerja-kerja baik pulih. Secara tidak langsung, rakyat akan menikmati dividen tahunan sekitar lima peratus untuk digunakan bagi perancangan masa depan selepas bersara.
Berikut merupakan di antara poin bantuan yang disampaikan oleh Perdana Menteri. Take note guys dan jangan lepaskan peluang untuk memohon bantuan mengikut kelayakan.
- Bantuan Wang Ihsan RM1,000 sudah mula diagih sejak 27 Disember lepas. Setakat ini, seramai 20,000 ketua isi rumah telah menerimanya.
2. Baucar tunai RM500 bagi pembelian barangan elektrik kepada keluarga mangsa banjir untuk menggantikan barangan elektrik yang rosak akibat bencana banjir. Iaa akan dilaksana bermula 7 Januari 2022.
3. Baucar tunai RM1,000 bagi pembaikan atau pembelian semua jenis kenderaan yang terkesan dengan bencana banjir termasuk lori, kereta, motosikal dan lain-lain yang akan dimulakan pada bulan Januari 2022.
4. Bantuan tunai sehingga RM5,000 bagi setiap pembaikan rumah dan bagi kerosakan serius. Kerajaan juga akan mengurus baik pulih rumah dengan kos sehingga RM15,000.
5. Bagi rumah yang dikenalpasti sudah tidak boleh diduduki, kerajaan akan membantu sehingga kos RM56,000 bagi pembinaan setiap unit baharu.
6. Bantuan tunai RM2,500 kepada setiap keluarga khusus untuk pembelian barangan keperluan.
7. Mangsa banjir juga ditawarkan pengecualian bayaran perkhidmatan tunda kenderaan dan upah baik pulih oleh Proton dan Perodua, di samping diskaun 50 peratus ke atas alat ganti.
Sementara itu, syarikat automobil lain turut menyediakan perkhidmatan tunda kenderaan percuma dan diskaun sekurang-kurangnya 25 peratus ke atas alat ganti dan upah baik pulih di pusat servis berdaftar.
*
Dalam pada itu, selain daripada ucapan tahun baru 2022 oleh Perdana Menteri; beliau juga menzahirkan rasa sedih dengan kehilangan 48 nyawa yang menjadi korban banjir.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.