Sejak semalam tular di media sosial remaja wanita menggayakan pakaian tradisional di tanah perkuburan dipercayai milik bangsa lain.

Tidak pasti adakah sengaja memilih untuk viral atau kurangnya pengetahuan bab-bab hukum bergambar di tanah perkuburan, dapat dilihat gadis-gadis remaja selamba bergaya dengan pose masing-masing.

Carian REMAJA berdasarkan pemilik butik dinyatakan, akaun tersebut sudah diprivatekan namun gambar-gambar yang dikatakan sudah dipadamkan mula bersepah di twitter sekaligus netizen memberikan komen mengecam tindakan pemilik butik berkenaan mengadakan sesi penggambaran di tanah perkuburan.
Kubur Bukan Tempat Berseronok Tapi Ingati Kematian, Hukum Makruh Bergambar Di Sana – Ustaz
Kubur Bukan Tempat Berseronok Tapi Ingati Kematian, Hukum Makruh Bergambar Di Sana – UstazDi sebalik kisah tular ini, REMAJA mendapatkan pandangan dari ahli agama, penceramah terkenal, Ustaz MK Azman mengenai isu berkenaan. Apa hukumnya bergambar di tanah perkuburan dan apa perlu dilakukan jika sudah melakukan perbuatan sebegini?.

“Melakukan perkara yang sia-sia adalah satu perbuatan tidak disukai Allah taala. Jika tiada manfaat pada diri kita dan juga masyarakat, adalah lebih baik kita menghindarinya sejauh mungkin,” katanya memaklumkan hukum bergambar di tanah perkuburan adalah MAKRUH.

Ads

“Makruh adalah amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang kalau ditinggalkan akan mendapat pahala (jika melakukanya kerana Allah) namun tidak berdosa jika dilakukannya.

“Dari satu sudut, kita sebagai umat Islam dilarang untuk meniru atau menyerupai agama lain kerana perbuatan tersebut boleh menjadi dosa,” katanya ketika dihubungi.

Kubur Bukan Tempat Berseronok Tapi Ingati Kematian, Hukum Makruh Bergambar Di Sana – UstazKubur bukan tempat berseronok, ia tempat memperingati kematian

Ads

Di sebalik gambaran sepi yang sering dikaitkan dengan tanah perkuburan, Ustaz MK Azman menjelaskan tanah perkuburan bukanlah tempat untuk bersenonok.
“Ia sebagai tempat kita muhasabah diri bahawa satu hari nanti kita juga akan mati dan akan merasai kesunyian ini. Sebab itu tanah perkuburan bukan tempat untuk seronok atau bergambar sakan,” katannya lagi.

Apa perlu dibuat jika sudah melakukan kesilapan begini?

Ads

Menjelaskan tindakan apa perlu dibuat dalam hal ini, kata Ustaz MK Azman, seharusnya sesiapa yang melakukan kesilapan bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sia-sia ini. Elakkan mencari pendapatan dengan cara begini kerana ia sia-sia. Bumi Allah taala ini masih luas dan seharusnya kita bijak membuat keputusan dan mencari ilmu jika menyedari ada kekurangan pada diri,” katanya sambil menjelaskan tindakan bergambar di kubur ini juga apatah dilakukan di tanah perkuburan bangsa lain boleh memberikan tanggapan negetif bangsa lain mengenai Islam.

Korang bacalah komen netizen mengena isu nie

Kubur Bukan Tempat Berseronok Tapi Ingati Kematian, Hukum Makruh Bergambar Di Sana – Ustaz
Kubur Bukan Tempat Berseronok Tapi Ingati Kematian, Hukum Makruh Bergambar Di Sana – Ustaz
Kubur Bukan Tempat Berseronok Tapi Ingati Kematian, Hukum Makruh Bergambar Di Sana – Ustaz
Kubur Bukan Tempat Berseronok Tapi Ingati Kematian, Hukum Makruh Bergambar Di Sana – UstazKubur Bukan Tempat Berseronok Tapi Ingati Kematian, Hukum Makruh Bergambar Di Sana – Ustaz
.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI