Kucing merupakan antara haiwan yang paling dekat dengan manusia dan jika kehilangan haiwan peliharaan ini, ia mampu membuatkan si pemilik rungsing dan tidak senang hati. Namun begitu, kucing yang ‘hilang’ adalah lumrah semula jadi.
Kucing yang hilang selama beberapa hari biasanya akan kembali semula. Jika korang sudah lama memelihara haiwan ini, pasti korang sudah terbiasa dengan pola kehilangan si kucing.
Walaubagaimanapun, ada juga kes kehilangan kucing berlaku gara-gara dicuri. Mana tidaknya, kalau bulu gebu, gemuk pula tu, siapa yang tak geram kan? Tidak hairanlah jika ada si pemilik kucing yang menawarkan ganjaran wang kepada individu yang menjumpai kucingnya itu.
Lain pula yang berlaku di luar negara, sebuah poster kehilangan kucing telah pun dipaparkan melalui jendela, namun apa yang menariknya, kucing itu boleh pula duduk di tepi poster tersebut.
Kan dah kata, kucing ni sebenarnya mereka tidak hilang ke mana pun, mungkin saja nak ‘memberontak’ dengan tuannya. Hiks!
Kisah ini kucing comel ini mendapat lebih 17 ribu perkongsian di laman Facebook Fascinating Things dan menerima lebih satu ribu komen.
Rata-ratanya turut berkongsi pengalaman dan menyifatkan bahawa sifat kucing tersebut adalah sangat comel.
Haih, memang geram dibuatnya. Mujur comel. Hehe!
Korang macam mana, ada juga ke kisah kucing pura-pura ‘hilang’ ni?
Sumber: Fascinating Things
Tak Pandai Baca Quran Tak Mengapa Tapi Sentiasalah Berselawat Nabi Terutama Hari Jumaat, Allah Jamin Syurga
Mungkin ramai di antara kita jarang membaca Al-Quran. Ada pelbagai alasan, tak sempat, tak pandai mengaji, dah lama tak buka Quran dan sebagainya. Ada ketika kita mungkin tertanya, kalau tak pandai ngaji tak boleh masuk syurga ke?
Jangan sesekali berfikir begitu kerana syurga neraka itu hak milik Allah. Malah masuk syurga pun atas rahmatNya. Di sebalik itu, jika banyak yang kita tidak pandai khususnya mengaji, jangan putus harap sebaliknya sentiasalah berdoa pada Allah agar hati kita dibuka untuk menerima hidayahnya.
Tapi tahukah, kita masih boleh meraih pahala banyak iaitu dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi, kita akan berada dekat dengan Nabi di dalam syurga kelak.
Dalam page Mufti Wilayah Persekutuan yang ditulis oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) beliau menjawap pertanyaan berkaitan selawat.
Apakah benar selawat yang kita baca akan dibentangkan kepada Rasulullah SAW pada setiap hari Jumaat?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Selawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu tuntutan di dalam agama ini. Ini kerana, di sana terdapat banyak kelebihan bagi orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW sebagaimana yang dikhabarkan oleh Baginda SAW:
- Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]
Berdasarkan soalan di atas, terdapat satu riwayat di dalam al-Sunan al-Kubra oleh Imam al-Baihaqi bahawa akan dibentangkan setiap selawat daripada umat Nabi Muhammad SAW kepada Baginda SAW pada setiap hari Jumaat:
- Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً
Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]
Berikut adalah teks hadith yang menceritakan berkaitan selawat yang dibaca akan dibentangkan kepada Nabi SAW pada setiap hari Jumaat. Adapun berkaitan penilaian riwayat atau hadith ini, para ulama berbeza pandangan. Di sini kami nukilkan beberapa penilaian para ulama berkaitan hadith ini:
- Imam al-Baihaqi mengatakan hadith ini diriwayatkan dengan lafaz-lafaz yang berbeza-beza daripada Anas bin Malik RA. Akan tetapi, kesemuanya membawa kepada galakan (memberi semangat) untuk berselawat ke atas Nabi SAW malam Jumaat dan hari Jumaat. Tambahan pula, sebahagian sanadnya adalah dhaif dan apa yang telah kami sebutkan telah cukup. [Lihat: al-Sunan al-Kubra, 3/353]
- Imam al-Sakhawi menilai sanad hadith ini adalah hasan walaupun jumhur ulama menyatakan bahawa Makhul tidak pernah bertemu Abu Umamah RA. [Lihat: al-Qaul al-Badi’, 233]
- Imam al-Suyuthi menilai sanad hadith daripada riwayat yang dinukilkan oleh al-Baihaqi adalah hasan. [Lihat: al-Khasais al-Kubra, 2/457]
- Imam al-‘Ajlouni menghukum sanad hadith ini adalah jayyid (baik). [Lihat: Kasyf al-Khafa’, 1/190]
- Imam al-Syaukani menilai sanad hadith ini adalah hasan. [Lihat: Tuhfah al-Zakirin, 50]
- Syeikh al-Albani menghukum hadith ini adalah dhaif. [Lihat: Dhaif al-Jami’, 1115]
Melihat kepada beberapa pandangan di atas, kami cenderung kepada hadith ini adalah hasan sebagaimana yang dinilai oleh para ulama di atas. Selain itu, Imam al-Syaukani hadith ini menjadi dalil bahawa setiap selawat yang dibaca oleh hamba-hamba Allah akan dibentang di hadapan Nabi SAW pada setiap hari Jumaat. [Lihat: Tuhfah al-Zakirin, 50]
Penutup
Kesimpulannya, hadith di atas adalah hasan dan ia merupakan dalil yang jelas bahawa setiap selawat yang dibaca oleh umat Nabi Muhammad SAW akan dibentang di hadapan Baginda SAW pada setiap hari Jumaat. Justeru, marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW bersesuaian dengan firman Allah SWT di dalam al-Quran:
إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
al-Ahzab: 56
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
Syeikh al-Maraghi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: Wahai orang beriman, doakanlah supaya Nabi SAW mendapat rahmat, muliakan Baginda walau dengan apa cara yang kamu mampu lakukan. Umpamanya mengikut Baginda secara baik atau mematuhi setiap arahannya. Begitu juga, dengan cara mengucapkan selawat dan salam kepada Baginda dengan lidahmu. [Lihat: Tafsir al-Maraghi, 11/5511]
Akhirnya, semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan pencinta Nabi SAW serta menghimpunkan kita bersama Nabi SAW di dalam Syurga kelak. Amin.
Wallahua’lam
Model Muslimah Popular Halima Eden Keluarkan Set ‘Facemask’ Dan Hijab, Cool Weh!
Penggunaan topeng muka merupakan norma baru dan item wajib sebagai pelindung diri dari jangkitan pandemik Covid-19 dan kuman yang terdapat di udara.
Bila waktu PKP ni, tak kiralah di Malaysia atau pun luar negara, dengan tidak semena-semenanya ramai individu menjadi kreatif dalam membuat inovasi bukan saja kepada makanan, malah topeng muka juga.
Untuk menjalani kehidupan new normal, rasanya penggunaan topeng muka menjadi satu kewajipan oleh masyarakat dunia hari ini. Terbaru, Halima Eden tampil mengeluarkan set hijab bersama topeng muka yang mesra hijabi untuk barisan hadapan.
Dicipta khas buat para hijabi, topeng muka jenis tradisional yang biasa dipakai sebelum ini sangat tidak selesa dipakai untuk jangka masa yang panjang. Ramai pekerja hospital telah berkongsi gambar keadaan wajah mereka yang berbekas malah timbul luka-luka kecil akibat memakai topeng muka.
Bagi doktor dan jururawat yang berhijab, keadaan menjadi lebih rumit dengan masalah topeng muka yang tidak merangkumi tudung dan penutup muka.
Menurut model muslimah berkulit hitam ini, beliau mahukan sesuatu yang dapat memberi kegembiraan kepada pesakit dan pekerja kesihatan.
“Ketika merancang untuk melahirkan set ini, saya memilih warna yang kaitkan dengan kedamaian dan bukannya warna putih standard, warna yang membuatkan saya berasa senang setiap kali melihatnya.
“Set ini dapat membuatkan mereka melakukan kerja dengan mudah di samping merasa selesa. Saya tahu ramai wanita berhijab yang bekerja dalam sektor kesihatan, dan keselesaan mereka sangatlah penting agar kerja dapat dilakukan dengan sebaiknya.”
Memang cool rekaan set hijab dan topeng muka ini. Kalau korang kreatif boleh la ambik inspirasi Halima Eden ni, trytau nanti bagi penulis satu tau. Hiks!
Sumber ; Lifestyle , Instagram Halima
Pemain Badminton No.1 Dunia, Kento Momoto Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya
Baru sahaja bergelar juara perseorangan lelaki Malaysia Masters 2020 di Axiata Arena semalam, sebuah kemalangan dilaporkan melibatkan pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota dan tiga pegawai sukan dari Persatuan Badminton Jepun (Jepun BA) dan Perseketuan Badminton Dunia (BWF).
Menurut Astro Awani, seorang pemandu van maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan lori di Lebuhraya Maju Expressway (MEX).
Kejadian berlaku kira-kira 4.40 pagi, van yang dipandu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang dikatakan sedang bergerak perlahan.
Pemandu van yang dilaporkan tersepit itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala keempat-empat penumpang lain cedera ringan.
Selain Momota, antara mangsa lain yang berada dalam van tersebut adalah Pegawai Teknikal BWF, Pembantu Jurulatih Japan BA dan Pegawai Fisioterapi Japan BA.
Takziah kami ucapkan kepada mangsa dan semoga empat penumpang yang tercedera itu dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan kembali pulih seperti biasa.