Kucing Kesayangan Hilang, Kilafairy Tawar RM 2,000 Sebagai Ganjaran

Share

Sudah tentunya perasaan sedih menyelubungi diri apabila hilang kucing tersayang…

Perkara sedih itu terjadi kepada pelakon dan penyanyi popular, Kilafairy apabila kucing kesayangan baka kacukan British Shorthair dan R. Blue itu hilang, baru-baru ini.

Menerusi hantaran Instagram, Kilafairy memaklumkan kucing berwarna kelabu yang berusia 10 tahun itu hilang sejak 27 Februari lalu di kawasan Subang Jaya.

BACA LAGI: Kematian Si Oyen ‘Toby’ Bukan Hanya Beri Kesan Kepada Syed Saddiq Tetapi Juga Warganet

Susulan daripada itu, pelakon filem popular Karak tersebut sanggup menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM2,000 kepada sesiapa yang terambil kucing peliharaannya yang bernama Koiivu atau Kovu selepas 15 hari haiwan itu tidak pulang ke pangkuannya.

Selain ganjaran, aktres jelita itu juga sanggup membelikan seekor kucing kelabu lain untuk mereka yang mengambil haiwan itu sebagai ganti kucing kesayangannya itu.

“Kepada yang mengambil anak saya, tolong pulangkan dia kembali. Kalau awak nak kucing berwarna kelabu, saya boleh belikan seekor untuk awak. Tapi tolong sangat-sangat, pulangkan kembali Kovu saya,” coretnya di ruangan kapsyen.

Pada masa sama, anak perempuan kepada pelakon veteran Rohana Jalil itu memohon para bantuan pengikutnya untuk menghubungi nombor yang dikongsikan sekiranya terjumpa mahupun ternampak  kucing kelabu seperti Kovu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut turut menzahirkan rasa simpati dengan situasi menimpa pelakon itu, selain ada yang memberikan tip kepadanya untuk mendapatkan semula kucing peliharaannya itu.

“Semoga Allah permudahkan urusan pencarian. Cuba sembang-sembang dengan kucing luar sekitar sana juga minta tolong carikan… Bunyi macam gila tetapi menjadi. Saya banyak cuba cara ini dan tak pernah fail lagi. Dengan izin Allah,” komen seorang pengguna.

“Sedihnya… Masih tak jumpa-jumpa lagi.. Semoga Kovu selamat dan moga dapat jumpa dia balik.. InshaAllah,” komen juga pengguna lain.

I feel u…kucing saya hilang tiga hari. Hari-hari berendam air mata… cari setiap hari… InshaAllah jumpa. Dont give up!,” komen pencinta kucing yang lain.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Kilafairy

Published by
Fath