Nakal dan suka buat hal. Itulah dua perangai yang boleh digambarkan mengenai kucing yang berwarna oren ataupun kebanyakan daripada kita panggil ‘Oyen’. Tambahan pula, ada sesetengah pencinta kucing yang pening kepala menjaga si bulus berwarna oren ini. Yela sebab terlalu nakal!
Ini kami rangkulkan fakta menarik tentang kucing ‘Oyen’ kenapa tak reti duduk diam dan nakal!
1. DNA kucing Oyen hampir sama dengan harimau
Menurut sumber, DNA kucing oren mempunyai hampir 96% persamaan dengan harimau. Namun, korang tak boleh anggap mereka sama kerana seperti yang kita tahu, harimau tetap menjadi harimau yang berbahaya untuk dibela kerana dari segi saiz badan dan juga taringnya yang lebih tajam dan kuat.
2. Kebanyakan Oyen adalah jantan: 80% jantan, dan 20% betina
Tidak hairanlah mereka biasanya nakal! Kebanyakan kucing oyen adalah jantan. Hal ini berdasarkan susunan genetik mereka.
Ads
Menurut The Spruce Pets, sebuah laman web bermaklumat yang dikendalikan oleh doktor haiwan berpengalaman, gen O membawa kod oren (dirujuk sebagai ‘merah’ dalam genetik) dan dibawa pada kromosom X. Oleh kerana betina mempunyai 2 kromosom X, ini bermakna kucing berwarna oren mesti mewarisi dua gen oren (satu dari setiap ibu bapa)
Tetapi bagi seekor kucing jantan, mereka hanya memerlukan satu gen O sahaja dan dapat didapati dari ibunya.
3. Oyen disukai oleh The Vikings pada zaman dulu
Kucing oren sebenarnya pernah disukai oleh pahlawan The Viking dan difahamkan mereka membela kucing oren ini untuk mengawal haiwan perosak seperti tikus semasa di atas kapal.
Personalitinya yang garang dan sangat berani walaupun berhadapan risiko mati juga menjadi faktor pahlawan ini sangat berkenan untuk membela kucing oren.
Ads
4. Oyen boleh dianggap jenis kucing yang paling popular dalam media
Mungkin ramai tidak sedar, tetapi kucing oyen ini sangat popular sehingga kucing berwarna jingga ini boleh dianggap sebagai kucing paling popular di media. Sebagai contoh, Garfield dan Puss In Boots (watak dalam filem Shrek).
Kucing oyen sangat popular, malah terdapat kepercayaan di kalangan orang di seluruh dunia bahawa kucing ini, tidak dapat dinafikan, kucing yang paling huru-hara.
5. Semua Oyen jenis kucing ‘Tabby’
Ads
Untuk pengetahuan korang, Tabby adalah merupakan corak yang berjalur dan berbintik pada kucing oren ini. Salah satu tanda terbesar ada pada kucing ini adalah corak huruf ‘M’ pada dahi si bulu ini.
6. Dikenali Dengan Kemesraan Mereka
Sekiranya anda terfikir mengapa kucing oyen anda terlalu mesra, ia telah disahkan bahawa kucing berwarna oren adalah kucing yang paling suka berkawan, menurut National Geographic.
Menurut Gary Weitzman, seorang doktor haiwan dan penulis How to Speak Cat, warna kot dikaitkan dengan tingkah laku. Katanya, kucing tortoiseshell didapati boleh berdikari dan mereka biasanya suka hanya satu orang, dan mereka boleh mendesak tentang apa yang mereka mahukan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jocelyn Yow, 25, telah dilantik sebagai Datuk Bandar bagi kawasan Eastvale di California pada 10 Disember lalu. Jocelyn yang merupakan warganegara Amerika Syarikat berketurunan Malaysia di sebalah bapanya dan Vietnam disebelah ibunya. Pelantikan ini juga menandakan dia merupakan wanita dan bukan individu berkulit putih termuda yang pernah diberi dilantik untuk menjawat jawatan tersebut.
Ibu kepada bayi berusia enam bulan ini ada bercerita di dalam satu hantaran di Instagram tentang susur galur keluarganya. Bapanya telah berhijarah ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1980-an manakala ibunya pula meninggalkan Vietnam demi mencari kehidupan baru di negara Uncle Sam itu.
Kemudian pada tahun 1996 dia dan keluarganya pulang ke Malaysia apabila datuknya disahkan menghidap kanser. Tinggal di Malaysia selama lebih 10 tahun memberikan dia peluang untuk mendekati dan mempelajari sejarah tentang keluarganya, warisan dan juga budaya.
Katanya, “Walaupun kedua ibu bapa saya tiada apa-apa Ketika memulakan kerjaya masing-masing, mereka selalu menekankan kepentingan perkhidmatan awam dan sikap suka memberi. Saya sangat bangga menjadi anak kepada ibu bapa saya dan saya bangga mejadi seorang Malaysian Vietnamese Chinese American.”
Merupakan graduan di sebuah kolej komuniti di Norco, California dan UC Berkeley. Kini beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana dalam bidang pengurusan kerajaan di Harvard Extension School.
Sumber & Gambar: Instagram Jocelyn Yow
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai di kalangan individu berbadan besar memilih pembedahan bariatik iaitu pembedahan mengecilkan usus. Biasanya pembedahan ini berjaya membuatkan badan gempal berubah menjadi kurus kerana selera makan sudah berkurangan.
Namun kali ini bukan isu potong usus yang penulis ini ketengahkan tapi tentang betapa besar perut boleh mengembang bila kita makan.
Baca perkongsian dari page dietitian Fizah di laman Facebook tentang info yang ramai yang tak tahu mengenai usus perut manusia ketika makan.
Tengok betapa besar perut anda boleh mengembang
boleh muat hampir 1kg makanan sekali makan
Perut ambil masa at least 15minute selepas mula makan untuk bagi signal sudah penuh.
Kajian menunjukkan individu overweight atau obese atau berlebihan berat badan akan makan cepat dan banyak dalam tempoh 15min itu
sementara yang kurus atau amalkan mindful eating akan makan lebih sikit dalam 15min.
Cuba try mindful eating..makan perlahan, kunyah banyak kali and enjoy your food. kunyak 40kali sunnah kan?
Untuk info semua, kesihatan usus dan kesihatan seluruh tubuh adalah sangat berkait rapat. Satu kajian dilakukan oleh sekumpulan pengkaji terhadap lelaki China, dan mereka mendapati:
Mereka yang mengunyah makanan dengan lebih lama (dalam kajian ini 40 kali) berbanding yang mengunyah makanan 15 kali sebelum menelannya mengalami kadar pengambilan tenaga yang lebih rendah (11.9% kurang) untuk makanan yang sama. Maknanya di sini, kita boleh mengurangkan kalori makanan hanya dengan mengunyahnya!
Jadi sesiapa yang taknak gemuk, kunyahlah makanan betul-betul ya.
Sumber : Dietitian Fizah
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat si kaki travel apabila kerajaan mengumumkan individu yang sudah lengkap mendapatkan dua dos vaksin COVID-19 boleh mengunjungi negara jiran, Singapura menerusi perjalanan udara tanpa perlu menjalani kuarantin bermula 29 November depan.
Kebenaran ini adalah menerusi skim Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong dalam satu kenyataan bersama.
Bagaimanapun, VTL yang membabitkan laluan udara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu tertakluk kepada keputusan ujian COVID-19 sebagai ganti menjalani kuarantin atau Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).
Perdana Menteri Malaysia dan Singapura bersetuju menyambung perjalanan rentas sempadan secara progresif antara kedua-dua negara dengan cara yang selamat.
Ismail Sabri dan Hsien Loong juga berharap dapat memulihkan perjalanan merentasi sempadan darat antara dua negara ini dalam masa terdekat.
Nampaknya, buat masa sekarang rakyat Malaysia hanya boleh ke Singapura dengan menaiki pesawat sahaja. Okaylah tu, hampir dua tahun kita tidak ke sana dan begitu juga rakyat Singapura yang tidak dapat memasuki negara kita.
Bolehlah kalau nak booking tiket flight Hiks! Tapi Sebelum melakukan penerbangan, pastikan korang tahu prosedur yang ditetapkan oleh negara tersebut okay?
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...