Rekod Kucing Paling Tua Di Dunia Berumur 26 Tahun, Umur Kucing Korang Berapa?

Share

Rata-rata rumah di Malaysia mempunyai haiwan peliharaan yang manja dan comel, kucing.

Tapi korang ingat tak bila kucing korang dilahirkan?

Berdasarkan perkongsian dari Public Health Malaysia sebelum ini, purata jangka hayat kucing ialah sekitar 15 tahun iaitu sekitar 76 tahun bagi usia manusia.

Gambar : Public Health Malaysia

Menurut laporan Perthnow, satu rekod baharu bakal tercipta apabila seekor kucing di Turner, Oregon yang berusia 26 tahun dilaporkan menjadi kucing yang paling tua di dunia.

Malah, pemiliknya, Charlie Briggs telah menghubungi Guinness Book of Records

, untuk mengesahkan mengenai kucingnya itu.
Gambar Via KPTV

“Pihak Guinness mengatakan bahawa kucing tertua di dunia yang berada dalam rekod pada ketika ini adalah berusia 24 tahun.

“Saya teruja dan mengatakan bahawa kucing saya lebih tua dua tahun. Dia mungkin boleh ‘menang’ dan dimasukkan di dalam rekod dunia,” kata Briggs.

Difahamkan, kucing yang diberi nama Samm itu telah dipelihara oleh Brigss sejak tahun 2002. Walaupun usianya sudah lanjut namun doktor haiwan mengesahkan bahawa Samm masih lagi sihat dan berada dalam keadaan baik.

Briggs yang teruja telah berkongsikan perkara tersebut kepada rakan-rakannya di media sosial dan mendapat dorongan untuk menyertai rekod dunia itu. Semestinya jangka hayat kucing berbeza jika dibandingkan dengan manusia.

Umur Kucing Dengan Mengira Tahun

Di samping penggunaan formula, boleh buat perbandingan usia kucing dengan manusia mengikut panduan daripada American Animal Hospital Association (AAHA). Usia kucing bolehlah dibandingkan seperti berikut :

  • Kucing yang berusia 1 tahun bersamaan dengan usia 15 tahun bagi manusia
  • Kucing yang berusia 2 tahun bersamaan dengan usia 24 tahun bagi manusia (tambah 9 tahun).
  • Selepas tahun kedua kucing hidup, purata umurnya dalam setahun meningkat seperti 4 tahun untuk manusia.

Contoh : Usia Kucing : 3 tahun ; Usia Manusia 28 tahun (24 + 4 tahun)
Usia Kucing : 4 tahun ; Usia Manusia 32 tahun (28 + 4 tahun)

Menurut AAHA, panduan ini digaris berdasarkan perubahan fizikal dan kelakuan kucing mengikut tahap usianya. Tahap usianya pula dipadankan dengan jangka hayat manusia untuk mendapatkan perbandingan mudah.

Berbanding anjing yang mempunyai pelbagai baka, usia kucing lebih mudah dijangka kerana perbezaan baka yang tidak begitu ketara. Jadi, panduan ini bolehlah diguna pakai untuk kucing dari pelbagai variasi.

Jom kita kira umur kucing peliharaan korang, mana tahu dia lagi tua dari Samm.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Perthnow , Public Health Malaysia American Animal Hospital Association (AAHA)

Published by
Nana