“Kucing Pun Mati Angkara Sihir”. Bekas Pekerja House Of Cat Buka Mulut Kenapa Premis Popular Ini AkhirnyaTerpaksa Ditutup

Share

Tahun lalu, kecoh di kalangan peminat kucing apabila premis House Of Cat  di Seksyen 7 Shah Alam ditutup selepas beberapa tahun beroperasi.  Suatu ketika dahulu, premis ini pernah  viral  di kalangan peminat kucing kerana mereka  boleh bermain-main dan bermanja dengan sekali bayaran, RM5 bagi sejam berrsama kucing-kucing comel ini.

Tapi sayang, angkara perbuatan khianat, mungkin kerana ramai mengunjunginya sehingga menjadi berita viral,  bekas pekerjanya, Asyrafkhalib telah menulis di twitternya kejadian misteri dialaminya semasa kedai ini disihir orang.  Malah dia mendakwa mengalami sendiri kejadian seram termasuk suiz lampu ditutup buka sendiri, alami kencing berdarah dan lebih sadis, kucing juga mati akibat terkena sihir ini.

Kucing juga menjadi mangsa sihir selepas berlaku beberapa kejadian aneh di premis House Of Cat ini

Sangat menakutkan kerana akhirnya premis House Of Cat ini akhirnya terpaksa ditutup kerana terlalu banyak kejadian misteri terjadi.

Perkongsiannya ini telah mendapat hampir 20,000 tweet malah ramai peminat kucing memberi respon selepas dia berkongsi kisah ini. Kata sebahagian peminatnya, mereka telah pergi ke premis itu dan mendakwa ianya tutup  sedangkan kata Asyraf, kedai itu masih beroperasi. Seolah-olah pandangan mereka dikaburkan.

Baca kisah dikongsi oleh Asyraf Khalib di twitternya.

Bukan saja mati tetapi kucing juga keguguran angkara sihir yang berlaku di premis ini

 

 

Sihir ini juga mengakibatkan mereka alami kencing berdarah

 

Antara barang-barang sihir yang ditemui di premis ini selepas seorang pengamal perubatan melakukan rukyah

 

 

Duit siling lama yang seakan menampakkan tiga orang di dalamnya

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros