
Isi Kandungan
ToggleSudah masuk hari ke-10 umat Islam berpuasa, kami pasti ada diantara kita yang sedang mencari atau sudah pun membuat persiapan untuk baju raya nanti. Dalam pada sibuk mempersiapkan diri dan keluarga, jangan lupa juga untuk kucing peliharaan sekali.
Bukan korang sahaja nak melaram, si bulus pun tak mahu ketinggalan okay.
Bagi si pemilik kucing, korang boleh membeli baju raya untuk haiwan peliharaan ini yang dijual secara online. Jangan tak percaya, ada banyak rekaan yang cantik untuk si bulus melaram di pagi raya.
Tak percaya? Jom tengok antara koleksi baju-baju raya kucing untuk tahun ini.
Baju Raya Kucing Peplum Lite

Baju Raya Dress Kucing

Baju Melayu Kucing Teluk Belanga

Baju Melayu Kucing Cekak Musang 1.0

Kalau nak nampak yang lebih real..


Ha, kalah baju raya korang kan? Hiks!
Baju-baju raya ini dijual dengan harga serendah RM10. Tak salah rasanya setahun sekali nak bagi kucing korang bergaya di pagi raya. Hehe!
Sumber: (1)
Usia Bukan Penghalang, Graduan UiTM Ini Berjaya Genggam Ijazah Undang-Undang Pada Usia 77 Tahun. Tahniah!

Di usia 77 tahun, Zulkifly Abdullah membuktikan bahawa tiada kata terlambat untuk mengejar ilmu.
Beliau baru-baru ini menamatkan pengajian dan meraih ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), sebuah pencapaian yang sangat mengagumkan dan penuh inspirasi.
Zulkifly bukanlah orang biasa. Beliau pernah menjawat jawatan penting sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja di Kementerian Sumber Manusia dari tahun 2001 hingga 2003.
ARTIKEL BERKAITAN: Ebby Yus Berjaya Genggam Ijazah Kehormat Doktor Persilatan. Tahniah!
Selain itu, beliau juga berkhidmat sebagai pendaftar Mahkamah Perusahaan. Dengan pengalaman lebih 34 tahun dalam bidang undang-undang pekerja, Zulkifly mempunyai latar belakang yang kukuh dalam bidang ini.
Apa yang menjadikan kisah Zulkifly lebih menarik adalah motivasinya untuk terus belajar. Walaupun beliau telah mempunyai pengalaman luas dalam undang-undang, Zulkifly memutuskan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini.
“Pengalaman saya bekerja dengan undang-undang pekerja selama lebih 34 tahun mendorong saya untuk mengambil ijazah ini,” katanya.
Menyelesaikan pengajian pada usia lanjut bukanlah sesuatu yang mudah. Zulkifly menghadapi cabaran besar, seperti mengingat dan menghafal banyak maklumat. Namun, dengan semangat yang tinggi dan usaha yang gigih, beliau berjaya mengatasi cabaran ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Demi Impian PhD Anak, Bapa Sanggup Kerja Keras Meski Usia 62 Tahun
Beliau juga mendapat sokongan berharga daripada anak-anaknya, yang juga merupakan graduan undang-undang dari universiti yang sama.
“Anak saya banyak membantu sepanjang pengajian saya,” jelasnya lagi.
Sempat menitipkan nasihat buat generasi muda, dia berkongsi mereka di luar sana harus sentiasa rajin membaca dan meluangkan masa untuk belajar.
“Belajarlah selagi ada peluang. Ini akan membantu kita menjadi insan yang berjaya,” pesan beliau.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Malaysia Gazette
Ramai Yang Keliru Boleh Ke Potong Kuku & Rambut Ketika Haid? Ini Penjelasan PU Azman

Bagi golongan perempuan, mungkin ada yang tertanya-tanya adakah dibolehkan seorang wanita itu memotong kuku atau menggunting rambut ketika mereka berada dalam hadas besar seperti haid dan nifas?
Nah, mungkin kita sering mendengar kata-kata orang yang mengatakan haram bagi seorang wanita memotong kuku atau rambutnya ketika datang haid, namun persoalannya adakah ia memang benar-benar haram?

Tidak dinafikan sedari kecil, kami juga menyangka bahawa perbuatan ini haram dilakukan ketika haid. Jadi, bila dah dewasa timbul pula rasa keliru kerana ada yang kata haram dan ada pula yang berkata tidak haram.
Menyentuh tentang isu ini, jom kita baca kupasan daripada PU Azman yang pernah dikongsi di laman Instagramnya.

Menurutnya, tiada dalil yang melarang wanita yang sedang dalam haid, nifas atau hadas besar, junub untuk memotong kuku, rambut dan bulu. Dan mereka juga tidak perlu membawa semua yang dah dipotong ketika mandi wajib kerana tiada dalil yang mewajibkannya.
Sebelum ini mungkin korang juga pernah mendengar bahawa setiap kuku atau rambut yang dipotong ketika haid perlu dibawa bersama ketika mandi wajib atau ditanam, tapi PU Azman telah pun menerangkan bahawa ia sebenarnya tidak perlu.
Katanya lagi, tidak ada kaitan langsung kuku atau bulu yang tak dimandikan sekali akan memberi kesan buruk di akhirat kerana tiada dalil tentang itu. Disebabkan ini membuatkan perempuan takut untuk memotong kuku ketika haid.

Terdapat sebuah hadis ketika Aisyah, isteri Nabi SAW menunaikan haji Wada’ bersama Nabi dan ketika itu Aisyah sedang dalam haid dan Nabi memintanya untuk mandi dan bersisir.
Maksud hadis: “Uraikan rambutmu dan bersikatlah. Serta berihlal (talbiyah) dengan haji dan tinggalkan umrah,” (Bukhari Muslim).
Daripada hadis ini, kita semua sedia maklum bahawa bersikat akan mengundang risiko menggugurkan rambut sedangkan Nabi tidak langsung mengingatkan Aisyah tentang rambut gugur yang mesti dibawa ketika mandi wajib nanti.
Jadi kesimpulannya, korang BOLEH/HARUS potong rambut dan kuku ketika haid atau dalam hadas besar. Tidak wajib tanam kuku atau bulu atau rambut yang sudah dipotong. Buang sahaja dengan baik, disamping menjaga kebersihan. Kalau nak tanam, terpulang. Tapi, kalau nak tanam dengan kepercayaan tertentu, maka khurafat.
Maka dengan pencerahan ini diharap dapat memberikan keterangan yang jelas untuk golongan perempuan yang mungkin selama ini keliru tentang isu tersebut. Jadi, tak perlulah lagi kita nak sampaikan info-info yang tidak betul dan menggelirukan orang ramai.
Sumber: PU Azman
Lelaki Ini Ajar Cara Nak Semak Kelayakan Beli Rumah Ikut Tahap Gaji Korang

Semakin kita meningkat dewasa, semakin itulah kita mempunyai keinginan untuk memiliki rumah sendiri. Bila sudah bekerjaya, sudah tentu ramai yang menyimpan impian untuk membeli rumah. Namun persoalannya, sama ada kita layak atau tidak untuk membeli rumah?
Bagaimana pula jika ingin menyemak kelayakan untuk beli rumah bagi mendapatkan pinjaman bank dengan jumlah gaji bulanan kita?
Secara asasnya pihak bank akan melihat DSR, CCRIS dan CTOS untuk meluluskan pembiayaan perumahan serta aspek-aspek lain. Seterusnya, bank akan lihat gaji dan pendapatan korang. Jadi, macam mana kira?

Jom kita ikuti perkongsian daripada Harith Faisal ini.
Bank A
Gaji RM3,500 ke bawah, 40% maksimum DSR
Gaji RM3,500 dan ke atas, 70% maksimum DSR
Bank B
Gaji RM2,600 ke bawah, 55% maksimum DSR
Gaji RM2,600 dan ke atas, 75% maksimum DSR
Bank C
Gaji RM3,000 ke bawah, 50% maksimum DSR
Gaji RM3,000 dan keatas, 70% maksimum DSR
Jadi, kalau gaji korang RM3,000 sebulan dan nak beli rumah dengan pembiayaan RM200,000, bank apa yang sesuai untuk korang mohon? Katakan korang ada komitmen kereta RM400 sebulan.
Ansuran bulanan korang nanti adalah sekitar RM1000 dengan tempoh pembiayaan 30 tahun pada kadar 4.5% atau dengan tempoh pembiayaan 35 tahun pada kadar 5%.

Bank A
RM3,000 x 40% = RM1,200
RM1,200 – RM400 = RM800
Tak lulus sebab kurang daripada *RM1,000
Bank B
RM3,000 x 75% = RM2,250
RM2,250 – RM400 = RM1,850
Lulus sebab lebih daripada *RM1,000
Bank C
RM3,000 x 70% = RM2,100
RM2,100 – RM400 = RM1,700
Lulus sebab lebih daripada *RM1,000
Jadi, korang tidak perlulah buang masa mohon di Bank A kerana sudah tentu tidak lulus daripada kiraan DSR itu. Pilih bank yang sesuai dengan gaji korang. Fokus pada Bank B dan C sahaja.
Tapi korang kena ingat, untuk Bank B dan C, korang hanya lulus part kiraan DSR sahaja. Kalau tiba-tiba banker nampak bayaran kereta korang tertunggak dan CCRIS pun rabak, habislah.
Rujuk gambar dibawah untuk info lanjut.
Nah, tak perlu lagi nak tertanya-tanya sama ada korang sudah layak untuk membeli rumah atau tidak. Daripada pengiraan ini, mungkin korang dah dapat sedikit bayangan untuk membuat kunci kira-kira. Hiks! Jika mahu keterangan lanjut, boleh terus menghubungi ejen rumah yang sah.
Sumber: Harith Faisal via Taufiq Azman