Berita

Kudung Bukan Alasan Atlet Remaja Muay Thai Ini Tekad Raih Emas Di SUKMA 2024

Share

Kekurangan yang ada pada fizikal bukan penghalang buat atlet Muay Thai dari Pulau Mutiara, Mohd Shahdam Abdul Aziz, untuk mencapai target pingat emas di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Sarawak, pada bulan hadapan.

Atlet yang kudung pergelangan tangan kiri akibat terkena mesin tebu semasa kecil itu memaklumkan, dia yakin akan membawa pulang pingat emas selepas berjaya meraih pingat perak pada edisi lepas di Perak.

Artikel berkaitan: Pemandu Bas Bangga Anak Cemerlang STPM 2023 -“Saya Sokong Jika Dia Nak Lanjutkan Pengajian Walaupun Pendapat Saya Tak Menentu…”

“Saya rasa tak ada halangan (kudung) sebab memang minat. Sekarang pun dengan persiapan kali ini memang bagus dan latihan semua cukup.

“Sebelum ini saya dapat pingat perak, jadi kali ini, saya rasa 100 peratus yakin dengan diri boleh buat. Cuma tinggal nak rangkul emas sahaja,” katanya.

Remaja berusia 20 tahun itu turut memberitahu, pengalaman beraksi di pentas final Kejohanan Remaja Dunia di Bangkok berdepan peninju Belarus, menjadi persiapan terbaik untuk bersaing di pentas SUKMA kelak.

Artikel berkaitan: Lihat Ibu Bapa Sara Keluarga Sebagai Pemandu Teksi & Tukang Cuci Pendorong Remaja Ini Peroleh 4 Flat STPM 2023!

Dalam pada itu, ketua jurulatih skuad Muay Thai Pulau Pinang, Abdul Basri Mohd Bukhori berkata prestasi atlet ketika ini berada pada tahap terbaik diikuti dengan program yang lebih tersusun berbanding persiapan SUKMA edisi lepas.

“Saya memang yakin dan bersemangat sebab atlet menunjukkan prestasi, komitmen dan disiplin yang baik. Teknik mereka pun dah semakin baik dan keputusankita pergi di beberapa kejohanan pun memberangsangkan, jadi kali ini kami akan lawan habis-habisan,” katanya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Bernama

Published by
Fath