
Tidak menyiapkan pekerjaan tepat pada waktunya seringkali terjadi kepada mereka yang malas! Sikap tangguh-tangguhkan kerja dan mengambil satu pekerjaan itu sambil lewa bukan saja tidak dapat siap dalam masa yang diperuntukkan, malah ia juga akan menyusahkan orang lain.
Kuiz ini akan menentukan personaliti kamu terhadap sikap suka tangguh-tangguhkan perkerjaan.
Jom Hidupkan Malam Terakhir Nisfu Sya’ban, InsyaAllah Doa Akan Makbul !

Alhamdulillah, kita semua dipertemukan lagi dengan malam-malam Nisfu Sya’ban pada tahun ini.
Malam penuh keberkatan ini sebenarnya telah bermula sejak 20 April lalu dan akan berakhir esok, 1 Mei 2018. Maknanya, malam ini merupakan malam terakhir untuk kita ambil kesempatan untuk pergiatkan lagi ibadah.
Bukan selalu weh, setahun sekali!
Dari Saidina Ali, baginda Rasulullah SAW pernah bersabda :
Apabila datang malam Nisfu Sya’ban, beribadahlah pada malamnya dan puasalah pada siang harinya. Sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para malaikatNya pada malam tersebut. Dan berkata siapa yang meminta rezeki, Aku bberi; siapa yang meminta keselamatan, Ku pelihara; siapa yang hendakkan sesuatu, Aku kabulkan sehingga terbit fajar.
* * * * *

Antara amalan yang boleh kita lakukan untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban adalah solat sunat tasbih, membaca al-Quran, mendengar tazkirah, berzikir, berpuasa, berselawat dan berdoa.
Antara niat yang perlu kita terapkan semasa berdoa termasuklah:
1. Meminta umur dipanjangkan dan agar kesihatan baik untuk sentiasa taat dan beribadah kepada Allah.
2. Dielakkan daripada bala, musibah dan wabak penyakit
3. Agar rezeki yang diterima adalah Halal dan agar kita akan pulang kepadaNya dengan kesudahan yang baik.
Selain itu, kita juga digalakkan untuk solat berjemaah untuk waktu Isya’ dan waktu Subuh.
Bacaan Yaasin 3 Kali
Walaupun kita pernah mendengar mengenai tuntutan untuk membaca surah Yasin selama 3 kali bermula selepas sudah solat Maghrib sehingga sebelum masuk waktu solat Isya’, amalan ini sebenarnya bukanlah kewajipan untuk malam Nisfu Sya’ban.
Menurut Ustaz Azhar Idrus, sebarang jenis amalan pun boleh dilakukan sepanjang malam-malam yang diberkati ini. Amalan 3 kali membaca surah Yasin ini pula selalu dilakukan pada waktu tersebut kerana hanya itu yang sempat dilakukan dalam tempoh Maghrib – Isya’ itu.
Bagaimanapun, itu tak bermakna kita tidak boleh membaca surah Yasin selama 3 kali. Malah, kita dituntut untuk menyertakan sekali niat untuk setiap bacaan.
Bacaan pertama: Berdoa agar dipanjangkan umur dan sentiasa istiqamah di jalan Allah.
Bacaan kedua: Berdoa agar rezeki yang diterima sentiasa Halal dan dijauhkan dari bala.
Bacaan ketiga: Berdoa agar Iman kita sentiasa teguh sehingga ke akhir hayat.
Apa-apa pun ibadah yang ingin kita lakukan pada malam ini sehingga Subuh esok, sertakanlah sekali dengan doa dan hajat baik kerana Allah. Mudah-mudahan ia akan diterimaNya – Amin.
Helok! Mickey Mouse Berbaju Melayu Di Sini

Calling for all Disney lovers!
Bukan selalu kita dapat melihat Disney melakukan koleksi istimewa khas untuk Malaysia.
Bersempena menyambut ulang tahun 10 tahun mereka berada di Malaysia, Uniqlo ingin menghargai kesetiaan pembeli mereka dengan mengeluarkan koleksi Uniqlo Tee dengan beberapa lakaran animasi Mickey Mouse berbeza.
Sesuai dengan tema Magic For All, Uniqlo bergabung kreativiti dengan syarikat The Walt Disney dan memaparakan Mickey dalam beberapa set pakaian berbeza mengikut negara.
Antaranya termasuklah Perancis dengan pakaian pelukis, China dengan berbaju Samfoo, Amerika Syarikat dengan tema Cowboy-nya, kemas berkimono untuk mewakili Jepun dan paling istimewa adalah Malaysia!
Ya, negara kita menjadi salah satu negara terpilih apabila Mickey menyarungkan baju Melayu, Sampin dan Tengkolok.
Kacaknya lah hai Mickey, hehe!
Baju T ini dijual pada harga RM39..90 untuk saiz kanak-kanak dan RM59.00 untuk saiz dewasa.
Haa, cepat rebut ramai-ramai.
Sebelum ini, Uniqlo juga baru melancarkan pelitup muka AIRism yang popular terjual di Jepun. Akhirnya ia memasuki pasaran Malaysia juga.
Make It Fashionable! Pelitup Muka Uniqlo Ini Katanya Lebih Selesa & Selamat
Asia Comic Con 2018 Malaysia, Peluang Untuk Kaki Komik & Anime Lepaskan Geram!

Sebut sahaja tentang Comic Con pasti ramai yang terus terbayang dengan pelbagai konvensyen penggemar komik, aksi figura, anime dan bermacam lagi pop culture terkini yang tengah IN!
Dan tidak lengkap juga bila membicarakan tentang Comic Con tanpa kemunculan cosplayer yang tampil menjadi watak-watak kegemaran masing-masing.
Jika di Amerika Syarikat dan di Eropah ia sudah menjadi event yang dinantikan, kini tiba masa negara kita Malaysia menyaksikan Asia Comic Con 2018 diadakan buat pertama kalinya di sini.
Buat para peminat filem dan komik, jangan lepaskan peluang untuk bertemu watak-watak kegemaran anda di Asia Comic Con (ACC) 2018! ACC 2018 yang julung kali diadakan di Malaysia ini akan diadakan selama tiga hari betturut-turut iaitu bermula 13 hingga 15 Julai 2018.
Di manakah acara bersejarah ini bakal diadakan?
ACC 2018 telah memilih Sunway Pyramid Convention Centre di mana ia terbahagi kepada 6 zon unik yang terdiri daripada komik, filem, rancangan bersiri, manga, anime, permainan, permainan digital dan cosplay. Pelbagai jenis aktiviti juga dapat korang sertai dan saksikan sepanjang acara tiga hari ini berlangsung seperti pameran, koleksi barangan terkumpul.
Antara acara utama yang bakal berlangsung:
1. Khas untuk peminat bola sepak, Pertandingan Moh Skor E-Sports menampilkan FIFA Online 3 dan FIFA 18 yang memberikan pengalaman seperti di padang bola sepak sebenar! Penonton akan dapat menyaksikan perlawanan menarik di antara pasukan-pasukan hebat yang terdiri daripada pemain-pemain bola profesional seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan ramai lagi.
2. Koleksi unik daripada XM Studios. Pameran patung-patung berharga yang dihasilkan dengan penuh teliti. Peminat boleh menyaksikan sendiri koleksi yang diinspirasikan daripada filem Marvel seperti Avengers, X-Men dan Antman; Star Wars; filem DC seperti Batman dan banyak lagi.
3. Sesi bergambar bersama prop bersaiz besar dan model daripada filem The Dark Knight! Jika sebelum ini peminat hanya boleh melihat Tumbler dan Batpod di Gotham, kali ini mereka boleh berjumpa dan beramah mesra dengan watak-watak kegemaran mereka di ACC 2018! Karakter lain yang akan turut membuat kemunculan termasuklah Predator, Batman Ninja dan turut tidak ketinggalan kerusi legenda daripada X-Men, Magneto Chair!
4. Diorama Eksklusif Dragon Quest! Setelah 30 tahun, permainan “role-playing” ini masih diminati ramai. Tahun ini menyaksikan penganjurannya yang ke-11 yang lengkap dengan lanskap mini, pertarungan sengit, watak-watak ikonik dan set-set berskala besar yang mengagumkan.
5. Penampilan istimewa oleh artis animasi legenda, Nobuo Yamada atau NoB (Super Sentai dan Saint Seya) dan Chie Nakamaru atau mao (Doraemon).
6. Korang juga berpeluang untuk sertai pertandingan Asia Comic Con Cosplay Championship Malaysia 2018 yang menawarkan hadiah wang tunai tempat pertama RM5,000!
Bermula dari sekarang hingga 3 Julai, dapatkan tiket awal dengan harga istimewa – pas 3 hari bernilai RM39 di sini dan untuk berita terkini ACC 2018, layari www.facebook.com/asiacomicconmalaysia/.