
Grup kesayangan YG Entertainment ini mula debut pada tahun 2016. Dan sejak dari itu, BLACKPINK yang dianggotai Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa tidak menoleh ke belakang lagi.
Satu persatu single mereka pantas menjadi tular di laman media sosial. Malah jumlah muzik video mereka yang bertajuk ‘Ddu-du Ddu-Du’ telah mencipta rekod MV K-pop mendapat jumlah view paling banyak dalam masa sehari!
Pada bulan Jun yang lalu, BLACKPINK memperkenalkan album mini debut mereka yang bertajuk ‘Square Up’. Ia juga mendapat sambutan sangat baik di Amerika Syarikat apabila berjaya menduduki tempat ke-40 Carta Billboard 200. Ia sekaligus menjadi mereka sebagai grup wanita Korea pertama mencatat kedudukan tertinggi dalam carta tersebut.
Setiap ahlinya mempunyai personaliti, gaya dan kelebihan masing-masing. Peminat mereka yang menggelarkan diri sebagai BLINK pastinya ada pilihan’bias’ masing-masing.
Bagaimana pula dengan kamu? Siapakah ahli BLACKPINK yang paling sesuai dengan personliti kamu? Jom try kuiz istimewa dari REMAJA di bawah!
New Year, New Drama! Viu Malaysia Umum Seleksi Drama Original Bagi Tahun 2024

NEW YEAR, NEW SHOW LAH GUYS!
Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka milik PCCW telah memperkenalkan seleksi Viu Original terbaru dari Malaysia yang akan ditayangkan pada tahun 2024 di acara Viu Upfront 2024.
ARTIKEL BERKAITAN: Penangan ‘Kuasa’ TikTok, Siti Khadijah Halim Bersyukur From Saga With Love Dipuji Setanding K-Drama!
Acara hujung tahun yang sangat dinantikan ini mengumpulkan ramai pihak berkepentingan dalam industri hiburan, rakan kerjasama dan agensi media.
Kingsley Warner, Pengurus Negara, Viu Malaysia, berkata, “Viu Upfront 2024 mengetengahkan senarai produksi tempatan yang mengujakan untuk tahun akan datang.
Kami telah menghasilkan 24 Viu Original di Malaysia setakat ini dan ada enam lagi Viu Original yang bakal menemui penonton dan dibintangi oleh bakat-bakat terbaik dalam industri hiburan tanahair.
Viu komited dalam mengukuhkan lagi ekosistem kreatif di Malaysia dan membawa kisah Malaysia kepada penonton di seluruh rantau ini.”
Enam Viu Original yang akan melibatkan pelbagai genre ini termasuklah Terlanjur Cinta, Nafsu, Gadis Masa, The Secret, sebuah sekuel untuk drama komedi romantik popular Viu, From Saga With Love, dan sebuah adaptasi tempatan daripada K-drama Strong Girl Bong-Soon. Wow! Memang berita baik bagi peminat K-Drama.
Meerqeen dan Nadhir Nasar diumumkan sebagai barisan pelakon drama adaptasi Strong Girl.
Buat makluman Terlanjur Cinta yang dihasilkan oleh pengarah terkenal Erma Fatima merupakan siri pertama untuk tayangan sempena Ramadan daripada Viu Malaysia.
Viu Upfront 2024 bukan sahaja menyediakan pratonton untuk kandungan yang akan datang, tetapi juga meraikan komitmen Viu Malaysia dalam memperkukuhkan lagi industri hiburan tempatan.
Pada tahun 2023, Viu telah melancarkan empat Viu Original tempatan, iaitu Nenek Bongkok Tiga, Alter-Naratif, From Saga With Love, dan sebuah adaptasi daripada K-drama W: Two Worlds.
Nenek Bongkok Tiga meraih pencapaian yang membanggakan apabila tersenarai dalam carta 5 Teratas sebagai kandungan tempatan yang paling banyak ditonton di seluruh negara bagi tahun 2023, menurut kajian AMPD 1H 2023.
Viu Original Malaysia juga menerima pengiktirafan di Anugerah Akademi Kreatif Asia 2023 dengan membawa pulang lima anugerah, termasuklah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik (Fiksyen), Penyuntingan Terbaik, Karya Original Terbaik OTT dan Kesan Khas Terbaik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram VIU
Ambil Pereka Set Filem Twilight, Ini 5 Lagi Fakta Menarik Tentang Perkahwinan Taeyang & Hyorin

Tahniah kami ucapkan kepada ahli kumpulan Big Bang iaitu Taeyang yag akhirnya disatukan dengan aktres, Min Hyorin dalam sebuah acara romantik di Incheon, Korea Selatan semalam.
Kebanyakan peminat Big Bang pastinya ingin sekali melihat foto rasmi mereka berdua serta ahli kumpulan Big Bang yang lain iaitu G-Dragon, TOP, Daesung dan Seungri yang masing-masing dilihat berpakaian kemas ketika majlis.
Tak kurang juga yang lebih berminat sebenarnya untuk mengetahui siapakan perancang perkahwinan atau wedding planner yang dipertanggungjawabkan untuk mereka set dewan resepsi Taeyang dan Hyorin.
Manakan tidak, daripada foto yang dikeluarkan oleh pihak YG Entertainment, semua orang ternganga bila melihat dekorasi romantik yang dihasilkan.
Rupa-rupanya, Taeyang dan Hyorin telah memilih pereka set antarabangsa, Youngsong Martin yang pernah bekerja dengan produksi filem Twilight untuk menghasilkan set perkahwinan Edward dan Bella!
Keseluruhan dewan resepsi di Paradise City Hotel, Incheon yang menjadi lokasi perkahwinan Taeyang dan Hyorin dipenuhi dengan bungaan segar berwarna putih. Romantik habislah!
Nak tahu lebih mengenai acara mereka berdua? Ini 5 lagi fakta menarik yang telah dikongsikan oleh sumber terdekat mereka.
1. Taeyang dan Hyorin memilih cincin pertunangan dari jenama Perancis, Chanel. Cincin yang diperbuat daripada emas putih 18 karat itu dapat dilihat semasa mereka menjalani photo shoot dengan majalah Dazed Korea.
2. Kad undangan mereka sangatlah cantik (dan hipster!) dengan adanya hiasan buang merah kecil dan baby’s breathe di atas kad. Sedikit sebanyak, ia memberi gambaran kepada tetamu mengenai dekorasi bunga pada perkahwinan mereka. Cuma, tak layu eh bunga tu sebelum semalam? Hehe..
3. Mereka disatukan secara tertutup di Seoul Joongang Church yang terletak di Anyang, Seoul oleh kerana mereka berdua beragama Kristian. Ia hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat.
4. Menurut sumber YG Entertainment, kumpulan Big Bang tidak melakukan persembahan khas untuk pasangan pengantin. Akan tetapi, penyanyi Zion T dan bekas ahli 2NE1, CL yang menghiburkan tetamu di dua acara berbeza.
CL menyanyikan lagu ‘Can’t Take My Eyes Off You’ pada majlis resepsi manakala Zion T menyanyikan lagu di acara pernikahan atas permintaan kawan baiknya, Taeyang.
Terlebih dahulu, CL mencuri perhatian portal K-Pop seluruh dunia apabila terjatuh di pintu masuk bangunan. Mungkin disebabkan kot berbulu tebal yang dipakainya.
5. Walaupun tak menyanyikan lagu untuk ahli kumpulan mereka, Daesung dan Seungri telah diberikan penghormatan untuk mengacarakn majlis resepsi Taeyang dan Hyorin. Seungri juga sempat berduet bersama CL namun lagu yang dinyanyikan mereka berdua tak diketahui peminat.
Siti Nordiana Tak Tinggal Dua Makanan ‘Sunnah’ Ini, Patutlah Kekal Remaja Je!

Siti Nordiana, yang lebih dikenali sebagai Nana, adalah nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia. Meniti usia 39 tahun, wajah nana yang kekal awet muda sering menjadi inspirasi dalam hal kecantikan.
ARTIKEL BERKAITAN : Jaga Kesihatan Ikut 8 SUNNAH NABI, Badan Sihat Pahala Pun Dapat!
Dua Makanan Ini Pilihan Nana Agar Kekal ‘Awet Muda’
Tidak keterlaluan, Nana senang dengan kaedah alami dan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan. Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza pada musim kedua. Buat masa ini selain menyanyi Nana juga kini sibuk berlakon dan mengacara.
Dikenali dengan suara merdu dan penampilan yang menawan, Siti Nordiana juga sering menjadi inspirasi dalam hal kecantikan.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
“Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten.
“Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.”
Adakah Nana mempunyai masalah jerawat?
“Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.”
Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
“Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal.
“Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.”
Hah, inilah rutin harian dan gaya pemakanan Siti Nordiana. Kalau anda rasa nak awet muda dan sihat, boleh lah amalkan apa yang Nana kongsikan. Moga bermanfaat buat semua.
Moga Siti Nordiana terus sukses dalam perniagaan dan menjadi sumber inspirasi kaum wanita.
BACA LAGI : Jadikan Tujuh Zikir & Doa Ini Sebagai Amalan ‘Jemput’ Rezeki
Artikel ini diambil dan diolah dari Rapi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘