Jika kamu menikmati bait-bait lagu teman tapi mesra, atau lagu Let’s not fall in love dari kumpulan Kpop Big Bang, pasti kamu akan mempersoalkan hubungan rapat kamu dengan si dia. Sukar untuk menilai kebaikan yang kamu terima dari dia itu bersifat cinta atau sekadar teman rapat. Ragu-ragu dengan si dia, let’s try personaliti kuiz ni. Mungkin dia juga memendam perasaan seperti kamu?
Imran Aqil & Dahlia Rizal Teruja Sambut Ramadan Pertama Bersama
“Untuk ramadan pertama kami pada tahun ini, saya sudah membuat persiapan beberapa resipi masakan untuk masak bersama-sama suami”
Itulah yang dikongsikan pempengaruh popular, Dahlia Rizal apabila bercerita mengenai keterujaannya menyambut bulan Ramadan pertama bersama suami tercinta yang juga pelakon, Imran Aqil.
Katanya, dia sudah pun menyediakan beberapa resipi masakan untuk memasak bersama suaminya bagi juadah berbuka puasa.
Menurut bekas peserta Hero Remaja itu pula, ramadan kali ini amat bermakna buatnya selain banyak membeli pakaian ‘muslim friendly’ bagi tujuan menunaikan solat sunat tarawih bersama isteri tersayang.
“Ya, bagi ramadan kali ini juga saya banyak membeli pakaian ‘muslim friendly’ seperti kurta dan abaya untuk menunaikan solat sunat tarawih.
“Ia kerana, kami sangat teruja untuk menyambut ramadan bersama sebagai suami dan isteri,” katanya kepada Remaja.
Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 september tahun lalu, selepas setahun mengikat tali pertunangan.
SUMBER FOTO: Instagram Imran & Dahlia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Cara Nak Check Rekod Pasangan Sebelum Kahwin, Hanya Dengan Satu Langkah Mudah
Isi Kandungan
ToggleKeputusan untuk berumah tangga bukan sesuatu yang boleh diambil mudah, lebih-lebih lagi untuk memilih pasangan yang akan berkongsi hidup sehingga ke akhir hayat.
Dalam tempoh perkenalan semuanya indah belaka, namun kita hanya tahu perangai sebenar pasangan apabila sudah betul-betul hidup bersamanya. Sebelum berkahwin mungkin tidak semua perkara akan dikongsi bersama pasangan. Jadi jangan terkejut sekiranya selepas mendirikan rumah tangga, barulah korang tahu background sebenar suami atau isteri.
Walau bagaimanapun, melalui portal esyariah.gov.my, terdapat ruangan yang korang boleh semak latar belakang pasangan sama ada mereka pernah melakukan jenayah atau tidak dengan hanya menerusi nombor kad pengenalan.
Bukanlah nak menyiasat seperti polis, tapi setidak-tidaknya korang betul-betul mengenali pasangan sama ada mereka mempunyai sebarang rekod jenayah atau pun tidak.
Caranya mudah sahaja:
1. Layari website esyariah.gov.my
2. Cari ruangan ‘Semak Status Kes’
3. Pilih MAL (untuk kes kahwin/anak luar nikah, etc) atau JENAYAH
4. Masukkan nombor kad pengenalan
5. Semak keputusan
Paling penting, korang kenalah tahu nombor kad pengenalan pasangan terlebih dahulu. Ini hanya pilihan untuk korang buat atau tak, bukan paksaan okay?
Sumber: Faiq Fikrey via blogmaukerja
‘Off Market’, Pinn Yang Kongsi Hari Bahagia Bersama Isteri Tercinta
Usahawan dan personaliti media sosial, Pinn Yang berkongsi berita gembira apabila sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Rui Mei.
Berita gembira tersebut dikongsikan pengasas Good Foodie Media itu menerusi platform Tiktok miliknya sebentar tadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Pinn Yang Cadang Nak Buka Yayasan Sendiri, Mahu Bantu Lebih Ramai Golongan Yang Memerlukan
“Exclusive preview of our photos! ( My wife @Mei Mei (Rui Mei), Happiest day in our live,” coretnya.
Sama cantik dan sama padan, hantaran tersebut turut dilihat pasangan merpati dua sejoli itu secocok memakai baju berona putih suci, sementara Pinn Yang mengenakan blazer berwarna kelabu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut menzahirkan rasa gembira selain mengucapkan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli itu.
“Mesti isteri dapat kejutan hari-hari, tahniah Pinn Yang,” komen seorang pengguna.
“Syabas dan tahniah buat Pinn Yang dan isteri. Semoga kekal bahagia selamanya,” tulis lagi pengguna lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Pinn Yang