
Tahukah kamu, pada era 60-an, Isabel Myers dan ibunya, Katharine Cook Briggs telah mencipta satu kuiz yang boleh menjadi panduan untuk mengetahui keperibadian seseorang. Ada beberapa tips yang boleh mencerminkan diri kamu sama ada kamu adalah adalah seorang yang Extrovert/ Introvert, feeling / judging. Macam menarik kan? Jom cuba kuiz ni!
Anak Bongsu Datuk M.Nasir Terima Ijazah Kelas Pertama! Datin Marlia Musa Kongsi ‘Throwback’ Semasa Hantar Ke Universiti

Terbaru, tahniah diucapkan kepada anak seniman terkenal, Datuk M.Nasir, Suci Musalmah (22) yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.
Khabar gembira itu dikongsi oleh Datin Marlia Musa yang menghadiri majlis konvokesyen anak bongsu mereka yang menamatkan pengajiannya di University Of Nottingham.
Suci Musalmah yang kini rasmi pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Hubungan Antarabangsa dalam Bahasa Sepanyol dengan Kelas Pertama diraikan oleh kedua ibu bapanya.
BACA: “9A, Mantap ar… Congratulations”, Adik Meerqeen Raih Keputusan Cemerlang Dalam SPM 2023!

“Alhamdulillah syukur. Segalanya berjalan baik hari ini. Macam baru semalam Suci masuk universiti. Macam baru semalam balik hantarnya ke rumah barunya di UniVillage. Sesudahnya saya menangis selepas pulang ke rumah kerana rindu.”
“Mungkin lebih perit lagi yang mama lalui sewaktu saya dan Nurul Musa Albakri berangkat ke United Kingdom dahulu. Perit kerana berpisah dengan dua orang anak serentak. Saya sekurang-kurangnya dari Sungai Buloh ke Semenyih kurang dua jam perjalanan.”

“Bila kenangkan itu, hati saya kurang laranya. Pejam celik rutin baru ini, berat tapi lebih mudah ditelan. Pejam celik, tiga tahun sudah berakhir. Terima Kasih Tuhan atas semua kurniaanMu. Terima kasih Suci for this happiness,” ucap Datin Marlia menerusi perkongsian di Instagram.
Dalam kegembiraan, Marlia yang juga pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) turut menitipkan kesyukuran dan penghargaan buat suami, ibu dan keluarga.
BACA: “Terima Kasih Untuk A Dalam Bio…” Pelajar Cemerlang Hadiahkan Guru Figura Animasi Popular One Piece!

“Terima kasih bapa Suci (M. Nasir) kerana percaya dengan cita-cita anaknya. Terima kasih mama kerana selalu mendoakan kami sekeluarga. Terima kasih adik-beradik dan keluarga kerana selalu berada bersama kami. Alhamdulillah,” katanya.
Bekas pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu juga sempat berkongsi tentang hasrat Suci yang ingin mengenakan persalinan yang dipakai ketika majlis graduasinya dahulu.
“Permintaan Suci untuk memakai baju kurung yang saya sarungkan semasa majlis graduasi saya lebih 20 tahun dahulu tidak dapat saya tunai. Baju itu entah ke mana, juga tidak muatlah dik. Mak ketika itu saiz enam. Terima kasih semua yang selalu bersama keluarga kami. Tahniah Suci!” tambahnya lagi.
Sekadar info, Datuk M. Nasir dan Datin Marlia mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2000.
Sumber: Sinar Plus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jumaat Barakah, Fizo Omar Umum Isteri Selamat Lahir Cahaya Mata Kedua Secara Normal

Alhamdulillah! Tahniah Remaja ucapkan buat Fizo & Fazeera!
Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar berkongsi berita gembira atas kelahiran cahaya mata perempuan secara normal, pada jam 5.57 petang tadi di sebuah pusat perubatan ibu negara.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri pelakon itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di platform Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sampai Setahun Timang Cahaya Mata Sulung, Isteri Fizo Omar Kini Hamil 5 Bulan
“Syukur Alhamdulillah. Isteri saya telah pun selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07 kilogram (Kg) pada jam 5.57 petang tadi di Hospital Andorra. Syukur Ya Allah, semuanya di permudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di labour room untuk melahirkan secara normal.
“Pengalaman yang berharga dalam hidup saya apabila diberi peluang untuk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang menyambut sendiri bayi keluar dari rahim ibunya. Ya Allah, tidak terkata…
“Terima kasih buat Doktor Kamsiah dan seluruh warga @andorrahospitalofficial diatas pengalaman yang luar biasa ini dan layanan yang sangat baik.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menumpang gembira selain mendoakan yang baik-baik buat bayi mereka tersebut.
Sebelum ini di hantaran terbaharu Fizo, dia memohon orang ramai mendoakan isteri tercintanya agar dipermudahkan urusan melahirkan cahaya mata kedua mereka.
“Bismillah… Di hari Jumaat yang penuh barakah ini, Isteri saya bakal melahirkan zuriat kami. Mohon doa dari semua semoga Allah permudahkan urusan kami,” coretnya ringkas.
Sekadar informasi, bekas peserta Hero Remaja dan Fazeera itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Wan Khaleeda pada 25 Jun lalu.
Sebelum itu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam kini berusia empat tahun.
SUMBER FOTO: Instagram Fizo Omar
Video Parodi Aktres, Pashini Sivakumar Untuk Lagu ‘Serumpun’ Mimifly Bukti Apresiasi Seni Budaya Tak Mengenal Perbezaan Kaum

Kecemerlangan sesebuah negara itu bukan hanya terletak kepada kejayaan ekonomi dan kestabilan politiknya; bahkan rasa cinta mendalam terhadap seni budaya ciptaan warga lokalnya juga adalah satu bentuk kecemerlangan dari sudut kemasyarakatan.
Begitulah rasa bangga yang terungkap apabila lagu raya berjudul ‘Serumpun’ nyanyian asal Mimifly telah menginspirasikan puluhan video parodi di media sosial.
Salah satu yang paling mencuri tumpuan adalah video parodi ciptaan aktres tempatan, Pashini Sivakumar.
Hanya dalam tempoh satu hari sahaja, video parodi yang memaparkan keharmonian masyarakat pelbagai budaya itu telahpun berjaya mencatatkan lebih satu juta tontonan.
Pashini yang lebih sinonim dalam kalangan penonton konten berbahasa Tamil tidak menukar gerak tari menggunakan bahasa isyarat yang diinspirasikan daripada video asal Mimifly.
Sebaliknya, Pashini mengekalkan esen kebudayaan tersebut hingga ke aspek pemakaian tradisionalnya yang cukup bersesuaian dengan semangat meraikan lebaran.
Untuk menonton video parodi oleh Pashini, klik DI SINI dan DI SINI.

Untuk pengetahuan korang, Pashini kini sedang mengorak langkah dalam industri hiburan tanah air berbahasa Melayu apabila beliau melakukan debut-nya sebagai teraju utama dalam filem berjudul Kari Kumari yang sedang dalam proses penggambaran.
Disamping sibuk sebagai aktres tempatan, Pashini terus-menerus mencipta kandungan di platform media sosial demi membawakan mesej keharmonian masyarakat yang hidup secara majmuk.
Tahniah Pashini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.