Ya, ramai yang akan melupakan tentang pakaian dalam. Walhal pakaian dalam adalah item yang korang pakai serta tukar pada setiap hari. Jika pakaian dalam tidak menyelesakan, penulis pasti korang akan merasa ‘rengsa’ sepanjang hari tersebut dan akhirnya mengalami aura negatif.
Jadi bagaimana seharusnya kita tentukan pakaian dalam jenis apakah yang paling menyelesakan. Well, lain orang lain citarasanya. Oleh sebab itu, jenama S by sloggi memperkenalkan koleksi ZERO Feel Signature untuk perempuan.
Ia mempunyai 3 jenis pakaian dalam berbeza untuk korang cuba. Walaupun kesemua rekaannya cantik, fabrik lace
-nya selesa dan tidak meninggalkan kesan merah pada kulit, tetapi korang pasti mempunyai jenis baju dalam yang paling diminati.Girls, cuba jawab kuiz di bawah dan lihat mana yang paling sesuai: Bra, Bralette atau Body?
Setuju tak?
Koleksi ZERO Feel Signature ini adalah bagi korang yang mementingkan keselesaan. Tak kiralah korang memilih bra
top, body wear ataupun bralette, ketiga-tiganya memberi keselesaan kepada si pemakai.Didatangkan dalam warna Dust, Smoky Pink dan Hitam, ia juga ‘ringan’ dan cantik dipakai. Untuk info lanjut mengenai koleksi Sloggi terbaru, follow mereka di akaun Facebook /sloggiMalaysia.