
Macam-macam jenis rekaan dan warna baju Hari Raya yang ditawarkan pada tahun ini dan kebanyakan daripadanya adalah baju raya selebriti Malaysia.
Semakin ramai selebriti muda Malaysia yang diberikan kepercayaan untuk mereka baju bersama-sama dengan pereka fesyen. Begitu juga dengan selebriti yang dipilih menjadi duta utama untuk sesuatu jenama tersebut.
Bukan saja perempuan tau, selebriti lelaki juga ramai dipilih pada tahun ini. Tapi disebabkan topik fesyen, kita fokuskan dulu kepada 4 orang selebriti perempuan ini dulu ya.
Cer try, gaya selebriti mana yang paling dekat dengan personaliti korang untuk Hari Raya tahun ini?
PM Finland Terbaru Berusia 34 Tahun! Adakah Malaysia Juga Bakal Ada?

#GirlPower!
Era pemerintahan sedunia telah berubah sama sekali kebelakangan ini.
Jika di Malaysia kita berbangga dengan perlantikan Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Menteri Belia & Sukan pada tahun lalu lantas menjadi menteri termuda pernah dilantik dalam parlimen negara.
Di Finland pula pada minggu ini, Sanna Marin yang baru berusia 34 tahun bakal memacu tampuk kepimpinan negara tersebut sebagai Perdana Menteri Finland.
Sebelum ini, beliau merupakan Menteri Pengangkutan & Komunikasi Finland.
Perubahan ini berlaku setelah Perdana Menteri Finland, Antti Rinne kehilangan kepercayaan di parlimen lalu Sanna dipilih sebagai pemimpin baru.
Upacara mengangkat sumpah dijadualkan akan berlangsung pada minggu ini dan secara automatik, Sanna akan menjadi peminpin negara termuda pernah dilantik.
Untuk pengetahuan korang, Sanna memulakan karier politik beliau pada usia 27 tahun.
Situasi mirip berlaku pada Syed Saddiq yang dilantik pada usia 25 tahun. Adakah beliau bakal berpeluang untuk memimpin negara satu hari nanti?
Liga Super Jadi Hadiah Terbaik Safawi Rasid Sebelum Terbang Ke Portugal

Setelah lama mengimpikan peluang untuk bermain di liga antarabangsa terutamanya di Eropah, akhirnya impian pemain JDT, Safawi Rasid tercapai juga apabila dia terpilih untuk menyertai kelab bola sepak di Portugal, Portinonense SC.
Ia direalisasikan setelah satu perjanjian dicapai oleh JDT untuk meminjamkan pemain berusia 23 tahun itu kepada Portimonense SC bagi satu musim.
Berita ini nyata memberi kejutan kepada peminat bola sepak tempatan yang baru menonton aksi Safawi ketika membantu JDT muncul sebagai juara Liga Super, semalam.
Safawi telahpun dijadualkan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Portugal pada 11 malam tadi .
Menurut Safawi kepada portal Goal.com, dia sedar pengalaman bermain di sana adalah berbeza berbanding di Malaysia terutamanya faktor cuaca.
Dia perlu pantas membiasakan diri kepada aspek-aspek tersebut demi membuktikan bahawa Portimonense tidak salah memilihnya sebagai pemain baru mereka.
Peminat bola sepak tempatan serba tahu bahawa rakan sekelab Safawi seperti Nazmi Faiz (kelab Beira-Mar, 2012) dan Syamer Kutty Abba (kelab Vilaverdense, 2018) pernah mempunyai pengalaman bermain di Portugal sebelum ini.


Kata Safawi, dua orang pemain itu telah berkongsi kisah corak perlawanan di Portugal yang lebih pantas. Lalu, dia akan memastikan dirinya bersedia untuk menyesuaikan diri sejak peringkat awal latihan kelak.
Apapun, REMAJA ucapkan selamat maju jaya kepada pemain bola sepak berbakat ini.
Sebelum ini, seorang lagi pemain remaja negara iaitu Luqman Hakim Shamsuddin telahpun terpilih untuk beraksi bersama kelab K.V. Kortijk di Belgium sejak Ogos lalu.
Luqman Hakim Jaringkan Gol Pertama Dalam Skuad Utama, Rakyat Malaysia Beri Semangat
Diserang Secara Seksual Oleh Peminat Sasaeng, Kim Jaejoong Terkejut Bangun Tidur Terus Kena Cium!

Terbaru, penyanyi terkenal Kim Jaejoong membuat pengakuan mengejutkan apabila dia diserang secara seksual oleh peminat ketika berada di rumahnya sendiri.
Jaejoong berkongsi kisah itu ketika menjadi bintang tamu dalam rancangan variety Midnight Horror Story iaitu sebuah rancangan yang berkisarkan cerita hantu dan segala kisah menakutkan.
Selama episod tersebut, Jaejoong turut mengungkapkan bahawa dia lebih takut kepada manusia daripada hantu dan berkongsi kisah mengerikan tentang bagaimana salah seorang peminat fanatik atau sasaeng iaitu terma yang digunakan untuk peminat yang suka mengintai.
“Saya yakin saya adalah orang yang kerap diganggu oleh sasaeng fans”
“Cerita tentang sasaeng fan masuk ke rumah dan cuma pegang tangan itu tidak benar”
“tapi apa yang berlaku adalah mereka masuk ke rumah dan terus mencium saya”
Jelas idola K-Pop tersebut lagi, pernah juga suatu hari ketika sedang tidur di dalam bilik. Dia terjaga dan melihat seorang wanita berada di atasnya.
Pada awalnya, dia ingat dirinya sedang bermimpi tetapi dia terus tersedar bahawa benar peminat ‘psiko’ tersebut memang betul-betul berada di atas badannya.
Kemudian, Kim Jaejoong juga menceritakan bahawa setiap hari akan ada seorang peminat sasaeng yang gemar menyembunyikan bel pintu rumahnya.
Apabila kes tersebut dibawa kepada pihak polis, peminat sasaeng mengungkapkan antara sebab mengapa mereka melakukan hal diluar batas tersebut adalah kerana mereka mahu merasakan tangan sang idola dengan menyentuh permukaan yang sama seperti artis kegemaran mereka.
Uish dahsyatnya! Tapi memang menakutkan betul bila benda seperti ini terjadi. Peminat pun janganlah pelik-pelik sangat!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.