
Are you an early birds or a night owls?
Kalau korang perhatikan di kalangan rakan-rakan terdekat pasti ada yang suka aktif di waktu pagi dan tidak kurang juga di waktu malam.
BACA: Ahli BLACKPINK Yang Manakah Korang?
Ada setengah orang suka buat macam-macam jenis aktiviti pada waktu pagi. Dan tidak kurang juga yang lebih bersifat seperti ‘burung hantu’, bila malam menjelma dia bertukar menjadi orang yang sangat cergas.
Walau apapun masa yang korang suka untuk lakukan aktiviti, kerja sekolah atau kegiatan suka ia terpulang kepada preferences masing-masing. Kita semua berbeza dan mempunyai cita rasa yang berbeza.
Nak tahu sama ada korang morning atau night person? Jom try kuiz di bawah!
Cendol Durian Smoothie Pulak! CoolBlog Perkenal 3 Perisa Baru Rasa-Rasa Malaysia

Musim durian sememangnya cukup dinantikan oleh peminat raja buah. Selain dimakan begitu saja, durian turut dijadikan juadah pelbagai bentuk. Antara resipi yang cukup viral sekarang ialah cendol durian.
Sekarang bayangkan cendol durian ditransformasikan kepada minuman ice blended. Pelik? No, korang harus cuba dulu baru tahu. CoolBlog selaku jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk antarabangsa memperkenalkan 3 perisa baru dalam kempen terbaru, Rasa-Rasa Malaysia.
Seiring dengan sambutan Hari Malaysia, CoolBlog melancarkan Rasa-Rasa Malaysia dengan perisa Coco Yam Pulut Hitam Smoothie, Cendol Durian Smoothie dan Coco Kacang Chocolate Smoothie. Ketiga-tiga minuman terbaru ini dihasilkan daripada juadah pencuci mulut tempatan yang cukup popular.
Remaja sendiri mencuba Cendol Durian Smoothie pada majlis pelancarannya sebentar tadi. Seriously, it’s not bad at all!
Majlis pelancarannya hari ini disempurnakan oleh Chef Selebriti Antarabangsa, Anis Nabilah dan rapper terkenal tanah air, Altimet. Pada majlis ini mereka turut mempersembahkan gimik tersendiri bagi meraikan pelancaran Rasa-Rasa Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CoolBlog Apps Sdn. Bhd., Keith Loh, pilihan terbaru perisa ini merupakan tribute kepada cita rasa tempatan yang memaparkan jenama negara kita.
Menu minuman terbaru CoolBlog ini akan mula dijual di seluruh negara bermula 7 September 2017.
Empat Tahun Ramalan AJL Neelofa ‘Mengena’, Pilihannya Kali Ini Ialah..

Setiap kali tiba malam kemuncak Anugerah Juara Lagu pada setiap tahun, peminat muzik di seluruh negara pastinya tidak akan ketinggalan untuk menetapkan lagu kegemaran masing-masing untuk membawa pulang gelaran juara kategori dan juara keseluruhan.
Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa tidak terkecuali daripada membuat ramalan peribadinya seperti orang lain juga.
Cumanya, apa yang menarik mengenai ramalan Neelofa pada setiap tahun adalah ketepatannya!
Sejak edisi AJL pada tahun 2016 lagi, Neelofa berjaya meramalkan gelaran juara jatuh kepada lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah dan lagu Jampi ciptaan Hael Husaini sepenuhnya pada tahun 2017 pula.
ARTIKEL BERKAITAN : “Nujum Mak Belalang!” Ramalan AJL Neelofa Tepat, SEKALI LAGI – REMAJA
Ia diikuti oleh Haram (Hael Husaini & Dayang Nurfaizah – AJL 33) serta Sumpah (Naim Daniel – AJL 34). Ketepatan ramalan Dewi Remaja 2009/2010 ini memang mengejutkan sehingga ada yang menggelar Neelofa sebagai ‘Nujum Mak Belalang’.
BACA LAGI : Neelofa Ramalkan Naim Daniel Juara AJL34
Sempena acara AJL35 yang dijadualkan berlangsung malam ini, Neelofa tidak terkecuali daripada menyenaraikan beberapa lagu pilihannya tahun ini. Biarpun tidak begitu mengikuti lagu-lagu baharu sepanjang tahun lepas, beliau merasakan setiap pilihannya ini mempunyai kekuatan masing-masing.
Antaranya ialah Semalam (Aina Abdul), Peluang Kedua (Nabila Razali, Hael Husaini) dan Belenggu Rindu (Datuk Jamal Abdillah, Wany Hasrita, Ezra Kong, Hael Husaini).
*
*
Neelofa turut meramalkan kategori vokal terbaik bakal menjadi rebutan di antara Azlan & The Typewriter dan Aina Abdul.
Biarpun selalu tepat, Neelofa masih berkata ramalannya tidak sentiasa tepat dan mengajak semua orang untuk menyokong kesemua penyanyi, penulis lirik dan komposer yang bertanding pada malam ini.
It’s just my predictions tau. I could be wrong. Anyway, just enjoy #AJL35, award yang really recognise our song writers and lyricists!
— Neelofa (@Neelofa) March 14, 2021
Rata-rata, warganet Malaysia juga mempunyai pendapat masing-masing berkenaan siapakah yang akan bergelar juara AJL35.
Antara lagu ‘favourite’ yang menjadi sebutan ialah 7 Nasihat (Kmy Kmo, Shiha Zikir , Luca Sickta), Gundah (Ernie Zakri) dan Gila (Kaka Azraff, Noki dan Loca B).
Sementara itu, penyanyi yang bertanding pada malam ini seperti Ernie Zakri dan Amir Masdi juga memohon doa semua followers mereka agar segalanya berjalan dengan lancar pada malam ini.
Guys, esok doakan saya OK. Doa saya boleh nyanyi dengan baik cukuplah. Amin inshallah.
— Ernie (@ErnieZakri) March 13, 2021
Its today. Thank you all for the beautiful journey together. I believe its gonna be another amazing journey ahead ❤️ #ajl35
— AM (@Amir_Masdi) March 14, 2021
All the best semua!
Sumber Foto: Instagram Muzik Muzik & Neelofa
Syasya Bukan Lagi Sebahagian Daripada DOLLA. Tarik Diri Atas Faktor Peribadi

Kumpulan pop wanita terkenal Malaysia, DOLLA hari ini telah mengumumkan pengunduran Syasya sebagai salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut.
Syasya, atau nama sebenar Noor Syasya Afiqah Shahrizal dikatakan mengundurkan diri atas faktor peribadi. Berita tersebut telah diumumkan menerusi Instagram rasmi kumpulan berkenaan.
“Kami sedar yang ketiadaan Syasya baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan anda semua. Dengan berat hati kami ingin mengumumkan yang Syasya telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri atas sebab peribadi,” kongsi penyataan tersebut.
Walaupun telah mengundurkan diri ahli kumpulan DOLLA yang lain menegaskan bahawa hubungan mereka bersama Syasya tetap utuh.
“Hubungan kami berempat sangat erat. Kami masih menganggap Syasya sebagai adik kami dan kami akan terus memberi sokongan kepadaya,” ujar mereka lagi.
Selain Syasya, DOLLA yang ditubuhkan pada tahun 2019 turut diangotai oleh Sabronzo, Tabby dan Angel. Kumpulan ini mengecap populariti apabila lagu mereka seperti Watch Me Glow, Bad dan Raya Raya Raya menjadi siulan ramai.
Selain berkemampuan menyanyi, mereka turut menampilkan showmanship yang baik menerusi tarian bertenaga sebagai sebuah girl group.
BACA JUGA: “Lebih Meriah, Lebih Bagus….” – Tabby DOLLA Mahu Lebih Banyak ‘Girl Group’ Maju Ke Hadapan
Biarpun tanpa kehadiran Syasya selepas ini, DOLLA akan terus maju kehadapan dan memberikan yang terbaik kepada peminat muzik mereka.
“Kami tetap akan memberikan komitmen yang penuh untuk teruskan perjalanan DOLLA dan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada peminat dan dan rakan media yang menyokong DOLLA selama ini,” kongsi kumpulan itu menerusi penyataan rasmi.
Sepanjang hampir lima tahun kerjaya DOLLA dalam dunia seni. Kumpulan ini telah berjaya memenangi beberapa anugerah antaranya seperti Artis Baharu Wanita Popular dan Kumpulan/Duo Popular di Anugerah Bintang Popular ke-34 dan 36.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.