Kulit Tak Bermaya Semasa Kuarantin Adalah Normal, Atasinya Julai Ini Sebelum Terlambat

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Kuarantin sudah menjadi kemestian kepada penduduk dunia, at one point in their lives.

Sekiranya masyarakat Eropah terpaksa menghabiskan tahun 2020 dalam keadaan kuarantin dan kini barulah lebih bebas untuk keluar dari rumah, di Malaysia pula, kita masih disyaratkan duduk di rumah sehingga Abang Jamil m****s keadaan kembali stabil dan jumlah kes berjaya dilandaikan.

via GIPHY

Rutin kuarantin sedikit sebanyak telah mengubah gaya hidup kita dari aspek penjagaan wajah.

Jika korang selalu memandang ke cermin kebelakangan ini dan terfikir, kulit saya kelihatan lebih kusam dan bintik-bintik hitam mula kelihatan, jangan risau. Bukan korang je yang merasakannya.

Menurut pakar,  kuarantin adalah punca kulit kita menjadi lebih kering. Ia disebabkan keadaan di dalam ruang rumah korang sendiri yang tidak mempunyai aliran udara selancar jika berada di luar. Biarpun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, udara dalam rumah mengandungi habuk dan pollutant lain yang mendatangkan kesan negatif kepada kulit wajah.

via GIPHY

Kongsi pakar kulit, Audrey Kunin dalam satu temuramah bersama Allure baru-baru ini, udara kering di dalam rumah menyebabkan terhakisnya lapisan perlindungan kulit acid mantle. Ini secara tidak langsung memudahkan keradangan eczema

atau rosacea; sekaligus menjadi punca kulit kelihatan kemerahan dan mengelupas.

Tapi, korang tidak bolehlah tunding jari kepada keadaan udara kering di dalam rumah sebagai punca keadaan kulit kusam dan dinaiki jerawat. Lihat kepada diri sendiri dahulu. Adakah korang sekarang lebih kerap mandi selepas waktu tengah hari? Adakah korang tidak lagi kisah dengan rutin kecantikan sebelum tidur pada setiap malam dan terus terlelap?

Semua orang berada dalam tekanan sekarang disebabkan kuarantin. Namun itu tidak harus dijadikan alasan untuk tidak menjaga kulit.

Masih belum terlambat untuk korang menukar keadaan kulit yang semakin merosot sekarang menjadi lebih bermaya, bersinar dan overall, sihat.

Jom lihat tiga produk pilihan REMAJA pada bulan Julai ini.

 

01

innisfree

Jenama Korea Selatan ini mengerti keperluan kita semua sepanjang musim kuarantin sekarang apabila mereka mengesyorkan rangkaian produk penjagaan liang pori Volcanic Pore mereka.

innisfree telah memperkenalkan item seperti pupur muka (mask), pelembap dan minyak pencuci muka. Kesemuanya mengandungi Volcanic Sphere Plus yang mempunyai ‘kuasa’ 7 kali penyerapan sebum berbanding kandungan Volcanic Clusters sebelum ini.

Volcanic Calming Pore Clay Mask mampu membersihkan sel kulit mati serta blackhead. Krim Volcanic Pore Mattifying Cream-nya pula merupakan pelembap yang menyelesaikan masalah kulit wajah berminyak dan membuatkan kulit terasa licin serta segar.

Sementara itu, penulis juga tertarik dengan Super Volcanic Pore Cleansing Oil dalam rangkaian ini. Ia mengandungi minyak Jojoba yang diketahui ramai boleh mengawal sebum tanpa menyebabkan liang pori tersumbat. Ini adalah pencuci muka yang amat sesuai untuk korang yang mempunyai isu kulit sensitif dan cepat meradang.

Menariknya, innisfree turut memperkenalkan set edisi terhad Volcanic Calming Pore Clay Mask pada bulan Julai ini dan ia mengandungi tiga jenis produk iaitu Super Volcanic Pore Micellar Cleansing Foam 2X (30g), Volcanic Calming Pore Clay Mask (100ml) dan Jeju Volcanic Pore Toner 2X (30ml).

DAPATKAN DI SINI
Harga:
Volcanic Calming Pore Clay Mask (100ml) RM75
Volcanic Mattifying Cream (50ml) RM85
Super Volcanic Pore Cleansing Oil (150ml) RM80
Set edisi terhad Volcanic Calming Pore Clay Mask. RM75 – selagi stok masih ada.

.

.

02

Kiehl’s

Sekiranya korang mula sedar kulit wajah menampakkan garisan halus, mulai kelihatan kendur (disebabkan stres dan tidak cukup rehat), kusam dan warna kulit tidak sekata, produk ini adalah rahsia korang memperbaiki semula kulit tersebut.

Super Multi-Corrective Cream dari Kiehl’s ini dipercayai mampu memberikan 7 kesan positif pada kulit dengan penggunaan satu jenis corrector saja. Selepas penggunaan 12 minggu, korang akan mula mendapati kulit wajah bertambah lembut, contour di sekitar jawline dan tulang pipi juga kembali terasa segar. Secara keseluruhannya, kulit kembali tegang seperti biasa.

Ini semua mampu diperolehi dengan adanya kandungan seperti Phytomimetic Vitamin, cendawan jenis Chaga yang kaya dengan polyphenols untuk menambah seri kulit serta proxylance yang mengembalikan ketegangan kulit.

DAPATKAN DI SINI
Harga RM272 (50ml)

.

.

03

Sephora Collection

Well, well.. lets get natural! Nothing gets better than mix of fruits and plants.

Koleksi Colorful Skincare daripada Sephora Collection ini menggabungkan pelbagai kandungan menarik seperti vitamin, tumbuhan dan kebaikan buah-buahan untuk memastikan keperluan kulit wajah terjaga. Baunya jangan cakaplah, sedap! Nak je cuba jilat, but don’t.

Tiga produk dalam rangkaian ini yang REMAJA syorkan adalah Colorful Vitamin Face Mask, Vitamin Mask dan juga Vitamin Tonic Lotion.Colorful Vitamin Face Mask umpamanya menawarkan kebaikan vitamin C, E B3 dan B6 dalam masa lima minit je

semasa ia diletakkan ke atas muka. Korang pilih saja ‘perisa’ seperti aloe vera, dragonfruit, mangga ataupun betik untuk mengembalikan kesegaran wajah dan membuatkannya glowing serta-merta.

Untuk penggunaan yang lebih berpanjangan, why not dapatkan Vitamin Mask dalam bentuk tub ini. Selain wajah, produk glow booster ini juga boleh dilumur ke atas badan untuk 10 minit sebelum kulit segera kelihatan berseri.

Akhir sekali (dan kegemaran kami) ialah Vitamin Tonic Lotion yang memberikan kelembpan hingga 6 jam! Sesuai sekali digunakan selepas waktu mandi harian korang di rumah, ia melembutkan serta melembapkan kulit dengan kandungan timun, passionfruit, dragonfruit dan juga boleh dijadikan primer sebelum mekap. Well you know, jika korang rindu hendak mengenakan solekan di rumah.

DAPATKAN DI SINI
Harga:
Colorful Vitamin Face Mask RM21
Vitamin Mask RM59 
Vitamin Tonic Lotion RM48 

*

So girls (and guys), kecantikan kulit wajah bukan sekadar untuk dijadikan tayangan kepada orang ramai semasa di luar rumah. Ingat, kulit wajah yang cantik semasa kuarantin di dalam rumah juga adalah punca utama kepada keyakinan diri korang.

Published by
FZ