Hobi & Minat

Kulit Tangan Kasar, Atasi Dengan Serbuk Kopi

Share

Kulit tangan yang kasar dan kering boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan kurang keyakinan terutama ketika berjabat tangan.

Namun, tidak perlu risau kerana ada cara semula jadi yang boleh membantu melembapkan dan melicinkan kulit tangan anda dengan menggunakan bahan yang mudah ditemui di dapur iaitu serbuk kopi.

ARTIKEL BERKAITAN : Hilangkan Parut Jerawat, Petua Guna Adunan Air Kopi, Kulit Cerah Dan Berseri!

Kopi Banyak Khasiat Untuk Kecantikan

Kopi ni banyak khasiat  untuk kecantikan sebab tu ia digunakan secara meluas dalam industri spa. Kopi dapat bantu tanggalkan sel kulit mati selain menghalus dan melembapkan kulit.  Kalau nak buat skrub badan pun elok kopi ni, amalkan dua kali seminggu. Bau kopi amat menenangkan, sesuai sangat untuk mak-mak yang penat dan stress.

Kopi dapat bantu tanggalkan sel kulit mati selain menghalus dan melembapkan kulit

Caranya : Gosok dengan teknik memutar ye. Bila dah siap gosok, bilas tangan dengan air bersih. Kesannya terus dapat rasa, lembut je tangan. Kalau nak best lagi, elok buat petua ni malam sebelum tidur. Lepas tu sapu losyen, berganda hasilnya nanti.

Petua mudah, modal pun satu bahan je. Selain kopi, ada banyak lagi bahan dapur yang boleh digunakan untuk rawat kulit tangan kasar. Jom kita try!

Lulur Tangan Dengan Kelapa Parut

Kelapa mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan. Ia mempunyai kadar lembapan yang tinggi. Gunakan kelapa parut untuk melulur seluruh tubuh termasuk bahagian tangan. Minyak yang terhasil daripada kelapa parut membantu mengatasi masalah iritasi dan kulit kering. Ia juga dikatakan dapat membantu mencerahkan kulit.

Pakai Sarung Tangan

Jika basuh pinggan, tangan kita terdedah dengan bahan kimia yang terkandung dalam sabun atau pencuci. Bahan kimia ini boleh menyebabkan kerosakan kulit. Bagi mengatasinya, gunakan sarung tangan khas ketika melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan.

Begitu juga ketika berkebun, sarung tangan dapat mengelakkan tangan anda daripada kotoran, bahan kimia dan mengelakkan kecederaan.

Khasiat Minyak Zaitun

Jika kulit kering, cuba petua ini. Campurkan 4 sudu minyak zaitun di dalam semangkuk air suam. Kemudian, rendam tangan anda selama 10 hingga 15 minit. Lakukan petua ini seminggu tiga kali. Kulit akan menjadi lembap, lembut dan ia juga dikatakan dapat melancarkan perjalanan darah di bahagian tangan.

Urut Tangan Dengan Minyak Aromaterapi

Pilih aroma yang disukai, kemudian gunakan minyak aromaterapi untuk mengurut tangan. Sebaiknya buat waktu malam sebelum tidur, so badan betul-betul rest. Lakukan amalan ini setiap hari, urutan yang lembut akan membantu menghilangkan keletihan dan lenguh. Ia juga melancarkan perjalanan darah dan melembutkan kulit serta dapat mengatasi masalah urat tangan timbul.

Selamat mencuba!

BACA LAGI : Bersin & Gatal Hidung Akibat RESDUNG, Atasi Dengan Petua Semula Jadi Ini!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana