Setiap orang  ada cara tersendiri dan punyai minat yang berbeza-beza. Kalau peminat bunga bercakap-cakap dengan pokok meminta agar pokoknya berbunga, lain halnya dengan peminat tegar bola sepak pasukan Arsenal ini.

Demi memenuhi hobi gilakan pasukan kegemarannya, Awangku Khairil bin Awangku Shamsuddin sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli jersi pasukan kesayangannya itu. Terkini, dalam simpanannya, dia mengumpul 160 helai jersi Arsenal dan menurutnya, kalau tidak kerana banjir besar melanda Melaka beberapa tahun lalu, koleksi jersi pasukan itu sahaja ada lebih 200 helai. Wow.

Kumpul 160 Helai Jersi Arsenal, Bina Mini Galeri  Demi Hobi Gila
Koleksi jersi dan barangan Arsenal tersusun rapi di galerinya

Berasal dari Kampung Bunut, Mukah Sarawak dan kini bertugas sebagai Pegawai Tadbir Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Kolej Teknologi Aplha, terkini, dia telah membina sebuah mini muzium untuk menempatkan keseluruhan koleksi jersinya.

Jom baca kisah pemuda yang punyai hobi gila sebagai collecter jersi ini. Lebih menarik, katanya membelek dan mengubah kedudukan jersinya saban minggu adalah satu cara dia menangani stres yang dialami. Macam-macamkan.

Kumpul 160 Helai Jersi Arsenal, Bina Mini Galeri  Demi Hobi Gila
Khairil tak kisah melabur wang membeli barangan Arsenal kerana minat mendalam

“Pada peringkat awal, saya anggap hobi ini sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja. Saya mula mengumpul jersi secara serius agak lewat kerana dari awal meminati Arsenal, saya lebih banyak mengumpul barangan cenderahati daripada jersi.

“Bermula tahun 2003, saya mulai serius mengumpul jersi pasukan ini. Hingga ke hari ini ada 160 helai. Bukan Arsenal saja tapi banyak jersi kelab seperti  Bayern Munich, Manchester United, Real Madrid, Juventus dan ada beberapa helai jersi negara Jerman.

“Saya kumpul jersi-jersi ini kerana tertarik dengan designnya serta ada di antaranya nampak unik dan sedap mata memandang,” katanya ketika dihubungi.

Terkini, demi barangan kesayangannya itu, Khairil telah membina sebuah mini gallery yang dinamakan “Kiku Arsenal Galleria”.

Ads
Kumpul 160 Helai Jersi Arsenal, Bina Mini Galeri  Demi Hobi Gila
Inilah Kiku Arsenal Galleria yang menyimpan ratusan jersi dan barangan lain termasuk trofi yang terletak di Sri Sendayan, Nilai

“Saya ada lebih 200 barangan sama ada merchandise serta  memorabilia di galeri ini. Dari  sekecil pin sehingga sebesar replica trofi Barclays Premier League (BPL) boleh lihat di galeri saya. Terdapat juga buku, majalah, DVD serta lain-lain merchandise Arsenal di sini,” katanya memaklumkan jersi paling rare miliknya ialah koleksi jersi Arsenal bagi tahun 1969. Itu saya dapat dari seorang rakan yang membelinya di kedai cenderahati Arsenal di London dan ia menjadi jersi kesayangan,” katanya.

Ada hobi lagi pelik 

Setiap pengumpul jersi ada cara tersendiri. Begitu juga Khairil. Katanya, dalam seminggu, dua atau tiga kali dia mesti belai-belai dan belek jersinya.

Kumpul 160 Helai Jersi Arsenal, Bina Mini Galeri  Demi Hobi Gila
Ada juga versi pasukan lain di simpannnya

“Kadang-kadang saya ubah susun atur kedudukannya. Tidak cukup dengan itu, akan dicuci siap bagi pewangi. Ini kerana kebanyakan jersi koleksi, saya sangat sayang untuk memakainya. Kebanyakannya disimpan rapi dalam plastik dan ada juga di antaranya disimpan dalam almari. Begitu juga pelbagai koleksi merchandise di mana saya akan sentiasa mengelap serta memastikan ianya kelihatan baru meskipun ada di antaranya sudah berusia lebih daripada 30 tahun,” katanya memaklumkan  tujuan dia membuka Kiku Arsenal Galleria ialah untuk  berkongsi minat dengan rakan-rakan yang mempunyai kegemaran yang sama seperti saya.

Ads

“Bukan untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk. Saya buka mini galeri ini  sebagai sebahagian daripada cara untuk melepaskan stres. Saya ini agak pelik sikit. Bila stres saya suka ubah-ubah susunan dekorasi di galeri.

“ Saya suka belai-belai setiap barang dan memastikan ianya sentiasa terjaga agar tidak berhabuk, rosak dan sebagainya. Sebenarnya galeri saya ini tidak hanya untuk fans Arsenal sahaja. Fans dari kelab atau pasukan lain pun sangat saya alu-alukan. Secara tidak langsung saya dapat berkongsi pengalaman dan pendapat mereka mengenai pasukan Arsenal serta pasukan kegemaran mereka. Fans dari Liverpool, Manchester United, Barcelona serta fans lain pun pernah datang,” katanya menambah  para pengunjung yang datang ke galerinya lebih  gemar bergambar bersama replica trofi BPL yang saya kenakan sedikit bayaran sebanyak RM5.00 untuk merakam kenangan bersama trofi tersebut.

Ads

Kumpul 160 Helai Jersi Arsenal, Bina Mini Galeri  Demi Hobi Gila

Kata Khairil lagi, galeri ini dibukanya setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 10.00 pagi hibgga 6.00 petang di No.319, Jalan Nusari Bayu 1/2, Taman Nusari Bayu 1, 71950 Bandar Baru Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Para pengunjung juga boleh mendapatkan info mengenai mini galeri ini menerusi facebook : https://www.facebook.com/KikuArsenal. Masuk adalah percuma.

Kumpul 160 Helai Jersi Arsenal, Bina Mini Galeri  Demi Hobi Gila
Sapa yang nak bergambar dengan trofi ini, cuma RM5 bayarannya. Hebatkan kalau dapat pegang trofi yang orang idamkan.

Khairil yang begitu meminati Diego Maradona, Charlie George, Thiery Henry, Robert Pires dan Theodore Walcott. Malah dia juga menyimpul impian mahu menyaksikan pasukan Arsekal bermain secara live jika diizinkan satu hari nanti.

Bagi peminat jersi dan pasukan Arsenal, bolehlah kunjungi brader ni untuk tukar-tukar hobi.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI