Kun Fa Ya Kun, Sudah Tertulis Rezeki Miliknya! Adik Nak Pinjam RM5 Kini Bersekolah Tahfiz

Share

Beberapa hari lalu tular di media sosial seorang anak kecil, Hafiz Alim merayau-rayau dan meminta pinjam RM5 untuk membeli makanan. Kisahnya mendapat sorotan dari masyarakat yang berasa simpati dengan nasibnya.

Tapi sebagaimana janji Allah taala, setiap anak-anak itu ada rezekinya. Sudah tertulis rezeki anak kecil itu apabila kisahnya mendapat perhatian dari Ustaz Ebit Lew yang turun membantu dengan menziarahi ke rumah kanak-kanak tersebut. Lebih manis, bukan saja dirinya memasuki madrasah tahfiz tapi tiga dari adik beradiknya juga turut sama.

Dalam page fb Ebit Lew, beliau berkongsi membantu adik ini dan keluarganya.


Sayu rasa hati. Baca pasal seorang adik darjah 3 ini nak pinjam rm5. Ada 11 adik beradik. Katanya selalu pusing-pusing jalan di Pandamaran.

Sampai dirumahnya petang. Terus jumpa mak ayah dan adik beradik yang lain. Baik jer adik-adik ni. Comel jer. Saya tengok rumahnya dan ziarah mak ayahnya. Berbual dengan mereka. Baik-baik semuanya. Katanya syukur dah dibantu zakat selangor RM900 sebulan. Cuma kadang anak-anak ni suka merayau ustaz.

Saya terus kata siapa nak masuk madrasah. Sekolah agama. Asrama. Nanti ustaz bayarkan yuran semua. Adik keluar dari sini. Esok balik jadi imam besar. Cerita-cerita dan motivasi.










Semua nak pergi. Saya bawa 4 orang terus daftar madrasah. Terus shoping dan beli semua pakaian lengkap. Makan KFC.

Baik sangat anak ni. Sayu jer bila semua dah pakai jubah-jubah. Baik jer semuanya. Excited nak masuk asrama. Dah lewat kami terus ke Melaka. Ustaz dan ustaz disana semua dah tunggu walau lewat malam. Terharu rasa.

Di Melaka kami ke Madrasah Tahfiz Al Quran Ibnu Talib untuk 3 lelaki tu. Manakala adik perempuan tu saya hantar di Sekolah Pondok Tahfiz Tuan Guru Hj Husin. Baiknya akhlak anak dekat 2 madrasah ni. Suasana kemas cantik tempatnya.




4 adik ni sebelum bergerak balik berlari salam menangis cakap terima kaseh. Bahagia best sangat nak masuk sini. Puas rasa. Bakal pemimpin masa depan.

Terima kaseh semua yang tag. Terima kaseh Dzul Ikhwan yang bertemu adik ni. Rezeki takdir. Siapa sangkakan. Tadi viral tepi jalan sekarang bakal jadi daie Hafiz Alim.

Published by
Almaswa Haji Che Ros