Ini mungkin berita yang korang nanti-nantikan.
Terbaru, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim memberitahu Dewan Negara bahawa pindaan terhadap Akta Pekerjaan 1955 akan dibuat di mana waktu bekerja akan dikurangkan dari 48 jam seminggu ke 45 jam seminggu bermula 1 September ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Etika ‘Inemuri’ Di Jepun, Tidur Dalam Mesyuarat Tanda Dedikasi Bekerja
Aturan kerja fleksibel
“Setakat hari ini, masih belum ada lagi cadangan untuk kita tetapkan waktu bekerja empat hari seminggu pada peringkat kementerian.”
Dalam sesi soal jawab di Dewan Negara, pada Selasa, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pindaan tersebut bakal berkuat kuasa bagi menjaga kebajikan pekerja dan memberi fleksibiliti waktu bekerja.
Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Selain itu, pindaan tersebut juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai aturan kerja fleksibel yang membolehkan pekerja memohon pada majikan bagi melaksanakan pekerjaan ikut kesesuaian waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja.
Permohonan untuk bekerja dari rumah bagi situasi terdesak seperti pandemik COVID-19 juga termasuk dalam aturan kerja fleksibel di bawah pindaan tersebut.
Tapi ingat walaupun masa kerja disingkatkan, kena bijak rancang waktu juga untuk siapkan tugasan yang diberikan.
BACA LAGI : Hanya Perlu Buat Surat, Pekerja Boleh Mohon WFH Bermula 1 September!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
UPM Beri Respon Mengenai Staf Yang Didakwa Bertengkar Kerana Kesalahan Lalu Lintas
Semalam tular di media sosial tentang pengguna lalu lintas yang telah menghemburkan kata-kata kesat kerana membunyikan hon kepadanya selepas melakukan pusingan U di kawasan larangan. Pada mulanya, netizen menganggap individu tersebut adalah seorang staf Hospital Serdang, namun pihak KKM telah pun menafikan dakwaan tersebut.
Walau bagaimanapun, wanita tersebut adalah salah seorang staf di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pihak universiti telah pun mengeluarkan maklum balas di laman Facebook mereka dengan mengatakan bahawa UPM memandang serius berkenaan hal ini dan ia adalah reaksi spontan peribadi beliau.
Menurut UPM lagi, tatakelakuan beliau sama sekali tidak mencerminkan sahsiah serta etika yang sepatutnya diterapkan oleh warga UPM dan sehubungan dengan itu, perkara ini sedang dalam siasatan pihak UPM untuk tindakan selanjutnya.
Video tular yang dimuat naik oleh Fadzli Amin dua hari lalu mendapat perhatian ramai apabila kelakuan wanita tersebut berjaya dirakam. Lokasi kejadian berlaku di Hospital Serdang dan cara wanita itu membuat pusingan U adalah membahayakan orang lain. Beliau juga telah melakukan provokasi yang melampau serta mendoakan mereka dijangkiti COVID-19.
@kkmm_gov @KKMPutrajaya macam ni ke sahsiah seorang doktor? Lokasi di hospital serdang. Cara dia uturn membahayakan orang lain dan melakukan provokasi yang melampau. Wajar ke seorang doktor doakan orang kena covid? pic.twitter.com/AvuCadtPLO
— Fadzli Amin (@Fadzmin_) February 2, 2021
Wow dah la uturn macam tu..pukimak kan orang 👍🏻 pic.twitter.com/aqZ8cXLxQi
— Fadzli Amin (@Fadzmin_) February 2, 2021
Rata-rata netizen menyifatkan perbuatan staf UPM itu adalah tidak sepatutnya berlaku kerana beliau seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar.
Namun begitu, individu yang juga merupakan seorang Prof Madya itu telah pun membuat permohonan maaf di Instagramnya.
Hm, biarlah pihak UPM menjalankan siasatan tentang kes yang berlaku ini. Kita serahkan sahaja kepada pihak yang bertanggungjawab. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik.
Sumber: UPM, Fadzli Amin
Ini 8 Kes Dera Kanak-Kanak Paling Tragis Di Malaysia, Ada Mangsa Koyak Organ Dalaman…
Beberapa hari ini, ramai yang berbicara mengenai kes penderaan yang terjadi kepada adik Nur Aina Nabihah, 9 tahun yang didera sehingga mati oleh bapa kandung dan ibu tirinya dalam kejadian di Port Dickson, Negeri Sembilan. Allahyarham dikatakan dipijak malah sampai terkencing akibat terlalu sakit beberapa kali oleh bapanya selain penderaan lain.
Mangsa meninggal akibat kesan lebam serta kecederaan pada organ dalaman. Buah pinggangnya rosak kedua belah, rusuk kiri dan kanan patah, kecederaan pada usus besar serta koyakan dalam pada peha dipercayai dipukul dengan objek tumpul oleh bapanya yang juga seorang Sarjan tentera.
Susulan itu, bapanya dan ibu tirinya telah ditahan dan bakal dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun jika sabit kesalahan.
Selain Nur Aina Nabihah, sebenarnya ada banyak lagi kes-kes penderaan yang agak tragis berlaku kepada golongan kanak-kanak. Ada pelakunya terdiri dari ibu kandung, bapa kandung, bapa tiri, kekasih ibu, bapa saudara dan ramai lagi golongan dewasa yang sepatutnya melindungi anak-anak kecil ini.
Remaja senaraikan kes-kes penderaan agak tragis yang pernah terjadi dalam sejarah penderaan di Malaysia.
Kes 1 – Ditendang di tepi padang selain alami pendarahan otak
Kes kematian Syafiah Humairah Sahari, 3 tahun yang berlaku 5 Mac 2010, dianggap kes penderaan yang menyakitkan hati rakyat Malaysia. Mana tidaknya, allahyarham pernah ditendang di bahagian perut di tepi sebuah padang bola di Kuala Kubu Bharu, Kuala Selangor namun ramai yang menjadi pemerhati dari membantu.
Lebih menyakitkan hati, perbuatan dera ini dilakukan oleh kekasih kepada ibu mangsa yang mana dalam satu kenyataan selepas kejadian ini terjadi, ibu mangsa mendakwa masih menyayangi kekasihnya itu biar apa pun yang terjadi.
Kanak-kanak malang ini ditemui maut akibat pendarahan pada otak, mengalami kerosakan buah pinggang, dihentak dan ditendang dengan kuat termasuk kulit kepalanya terkoyak akibat dipijak. Keseluruhan tubuhnya turut lebam akibat sentiasa didera.
Kes 2 – Pendarahan dalam otak
Nur Khayra Mohamad Amirul Asnil, 6 bulan antara mangsa dera terbaru yang terjadi selepas kes Nur Aina Nabihah. Bayi kecil tidak berdosa ini pada awalnya dimaklumkan terjatuh dari buaian oleh ibu bapanya tetapi imbasan menunjukkan ada pendarahan pada otaknya serta bahagian mata. Namun kematiannya menunjukkan terjadinya pukulan dengan benda tumpul di kepala.
Ibu bapa mangsa berusia 19 dan 21 tahun dan hasil siasat polis mendapati lelaki yang bekerja sebagai pengusaha kantin itu mempunyai satu rekod lampau mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki kenderaan curi. Kes penderaan ini disiasat menurut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Kes 3 – 73 kesan lebam dilakukan oleh ibu tiri
73 kesan lebam dan luka yang ada ditubuh Nordiana Qistina Nurafizan, 3 tahun menjadi punca kepada kematiannya dalam kejadian di Kampung Sungai Tiram, Johor Bharu 10 Januari lalu. Bukan hanya Nordiana Qistina, malah adiknya, Danish Irsyad, 1 tahun turut menjadi mangsa kekejaman dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya.
Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, Nurafizan Ludin, 29, seorang pekerja kilang manakala ibu tirinya pula seorang suri rumah. Ibu kandung mangsa, Nor Aquilla Razali, 27, menetap di Pasir Gudang dan bercerai dengan Norafizan sejak setahun lalu.
“Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah. Awalnya ibu mangsa dimaklumkan lemas ketika mandi dalam besen tetapi ternyata ia berita diada-adakan untuk menutup perbuatan keji.
Kes 4 – Pendarahan di kedua belah telinga
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal selepas didera oleh ibu kandungnya sendiri dalam satu kejadian di Kulai, Johor. Awalnya, mangsa dihantar ibunya ke hospital Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim pada jam 7.30 malam tadi dalam keadaan tidak bernafas.
Bagaimana pun pemeriksaan doktor mendapati terdapat pendarahan di kedua-dua telinga mangsa, selain kesan lebam di bahagian kepala sebelah kiri, belakang badan dan takungan air di kerongkong. Ibunya yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya berusia 18 tahun telah ditahan polis dan dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kes 5 – Badan penuh kesan lebam akibat digigit
Seorang kanak-kanak, Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, 2, mati akibat didera teman lelaki ibunya. Mangsa dipercayai meninggal dunia jam 3 petang ketika berada dalam jagaan ibunya di rumah mereka di Kampung Berjaya, Mergong, dekat sini, semalam.
Mangsa maut dan terdapat beberapa kesan gigitan dan lebam di badan Muhammad Faiz yang dipercayai dilakukan lelaki terbabit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan V Saravanan berkata, pihaknya mendapati ada beberapa kesan kecederaan termasuk lebam di muka, bahu dan tangan mangsa.
Kes 6 – Mati didera ibu bapa angkat
Muhammad Al Fateh Abdullah, 21 bulan (setahun sembilan bulan) menjadi mangsa kerakusan manusia apabila mati didera oleh ibu bapa angkatnya yang berusia 30 dan 34 tahun.
Pasangan suami isteri ini mempunyai 8 orang anak. Terdapat kesan kecederaan lama dan baharu seperti lecur pada tubuhnya. Doktor juga mengesahkan mangsa pernah dirawat akibat menghidap tibi dan retak pada lengan kanan.
Kes 7 – Kekasih Nigeria dera anak kekasihnya
Mangsa, Mohd Adam Osi, 5 maut bila didera oleh kekasih kepada ibunya yang berasal dari Nigeria. Mangsa meninggal akibat pendarahan dalam otaknya dipercayai dipukul dengan objek keras oleh kekasih ibunya itu.
Nenek mangsa siap membuat rayuan agar tidak terus memburukkan anaknya itu kerana katanya anaknya berusia 28 tahun itu begitu tertekan selepas berita itu tersebar. Kata nenek mangsa, anak saya memang sangat sayang ketiga-tiga anaknya. Paling teruk pun dia hanya meninggikan suara kalau mereka terlalu nakal.
Termasuk kes Nur Aina Nabihah, inilah sebahagian dari kes dera yang sangat menyayat hati terjadi kepada anak-anak kecil. Apa yang boleh kita lakukan dalam hal ini ialah beranilah menegur, bertindak melaporkan jika kita sering terdnegar tangisan luar biasa seorang kanak-kanak. Ketepikan konsep hal kau hal aku kerana dengan sikap hal kau hal aku boleh menyelamatkan mangsa yang tidak berdosa.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada menyediakan talian NUR 15999 untuk sebarang kes aduan dan bolehlah kita sama-sama membantu apa yang diperlukan untuk menjadi sebahagian masyarakat yang prihatin.
Pembeli Shopee Boleh Jimat Bayaran Penghantaran, Boleh “Self Collection” Secara Percuma
Bagi memastikan para pelanggan berpuas hati dan gembira membeli belah atas talian, platform e-dagang popular, Shopee menambah baik perkhidmatan mereka.
Sebaliknya, servis kurier terbabit akan mengunakan pilihan perkhidmatan “Shopee Self Collection”.
ARTIKEL BERKAITAN : Penghantaran Terus Ke Rumah, 7 Kedai Aiskrim Boleh Order Dekat Shopee
Hadir dengan sebuah ciri baharu, pengguna boleh menetapkan supaya barangaan dihantar ke pusat sehenti, dan seterusnya mengambil barangan berkenaan mengikut keselesaan masa pengguna.
Dengan langkah ini, tidak perlu risau ketiadaan orang apabila barang sampai di rumah.
Malah, Shopee tidak lagi mengenakan sebarang cas penghantaran untuk pengambilan barangan sendiri daripada pusat-sehenti berdekatan.
Dengan langkah ini, anda boleh membuat pembelian dan meminta ia dihantar ke pusat sehenti berhampiran – seterusnya mengambil ia sendiri daripada pusat sehenti berdekatan anda, tanpa sebarang kos penghantaran.
Bagi anda yang kerap menggunakan Shopee, kini mungkin anda boleh berjimat dengan melakukan kutipan kendiri daripada pusat sehenti, sekaligus mengurangkan bayaran kepada caj penghantaran. Ciri ini hanya disokong di Lembah Klang buat masa ini.
Menarikkan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.